RABU | 31.08.2022
Alhamdulillah…rancangan saya untuk masuk hutan pada Hari Kebangsaan semalam berjaya direalisasikan. Saya memilih untuk melakukan pendakian ke Bukit Jambul yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Ini merupakan pendakian kedua saya dan encik suami bagi tahun 2022. Juga pendakian pertama kami di bahagian pulau Pulau Pinang. Sebelum ini sudah beberapa kali kami melakukan aktiviti merentas hutan di Taman Negara Pulau Pinang.
Perjalanan dari rumah kami ke kawasan mendaki Bukit Jambul mengambil masa sekitar 45 minit dengan melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Gerbang merah jambu dengan tulisan ‘Kawasan Mendaki Bukit Jambul’. |
Berpandukan aplikasi Google Maps, kami tiba di kawasan mendaki Bukit Jambul. Pintu gerbang berwarna merah jambu itulah jalan menuju ke kaki bukit. Tiada kawasan parkir khas. Jadinya penuhlah kereta parkir di bahu jalan yang berbukit ni. Kami parkir kereta di tempat yang agak jauh dan lebih landai.
Laluan permulaan menuju ke kaki bukit. Terdapat tandas awam di sebelah kanan jalan. |
Tiada bayaran masuk dikenakan. Dari pintu gerbang tadi, kita akan melalui laluan tar begini untuk sampai ke kaki bukit. Terasa agak jauh sebab laluannya mendaki. Tak mudah bagi kami berdua yang dah cukup lama tak melakukan pendakian.
Tiba di hujung jalan, kita akan jumpa bangku batu dan tulisan ‘Bukit Jambul Hiking Trail’. Di sinilah bermulanya laluan pendakian ke Bukit Jambul.
Beginilah laluan permulaan pendakian. Struktur tangga batu. Suasana dalam hutan redup dan nyaman sebab jarang-jarang cahaya matahari menembusi lantai hutan.
Berhenti rehat seketika. |
Memang terasa berat kaki menghayun langkah. Tapi dalam masa yang sama, saya seronok menikmati suasana dalam hutan. Kehijauan alam, bunyi-bunyian di hutan, semuanya mengasyikkan.
Sesekali cahaya lembut matahari pagi menyimbah lantai hutan, menghasilkan warna alam yang mempesona pandangan.
Tandas di dalam hutan. Kalau jumpa tandas ni, maksudnya kita semakin menghampiri puncak bukit.
Walaupun foto ni tak memuaskan hati kerana sudut tak betul, syukur jugalah ada foto memori. |
Alhamdulillah…setelah begitu banyak kali berhenti, akhirnya kami sampai jua di puncak Bukit Jambul pada pukul 10.07 pagi. Ketinggian bukit - 241 meter. Tidaklah begitu tinggi. Tapi itulah kalau kurang stamina, bukit rendah pun rasa susah nak daki…haha!
Bahagian puncak Bukit Jambul ni agak luas dan nampaknya dijaga baik. Boleh saya katakan di atas ni macam taman mini. Ada tanaman bunga, bangku-bangku batu dan dua buah pondok yang agak luas. Juga sempena Hari Kebangsaan, kibaran bendera-bendera yang dipacak menambah keceriaan.
Terdapat sebuah pondok menempatkan alatan latihan jasmani - gimnasium di atas bukit. Menarik! Alatan tersebut semuanya kelihatan seperti dihasilkan sendiri. Unik.
MasyaAllah…pemandangan yang cukup indah dapat dilihat dari atas bukit ni.
Itulah Pulau Jerejak. |
Dari atas ni kita boleh menyaksikan panorama Pulau Pinang - bangunan yang berceracak, perbukitan berbalam, pulau-pulau dan jambatan penghubung antara pulau dengan tanah besar. Semuanya terbentang luas di hadapan mata.
Nun jauh di belakang saya tu Jambatan Pulau Pinang. |
Di atas ni terdapat banyak sudut menarik untuk kita berfoto. Setiap sudut ada pemandangan tersendiri.
Itu pula Jambatan Kedua, jambatan yang selalu saya lalu untuk menuju ke bahagian pulau. |
Dari atas ni juga, kita boleh nampak lapangan terbang (tak kelihatan dalam gambar). Saya dan encik suami nampak sebuah kapal terbang yang mula berlepas dari landasan, kemudian menghilang di balik bukit dan muncul semula di depan mata. Apa lagi, segera saya memotret momen ini.
Percubaan ikut denai hutan berdasarkan papan tanda tersedia. |
Lama juga kami bersantai menikmati keindahan panorama dari puncak bukit. Mula-mula sampai tadi kami dah makan kekacang dan coklat yang dibekal, juga minum air larutan ORS untuk mengelakkan dehidrasi dan kejang kaki.
Selepas sekitar 40 minit di atas, barulah kami mula bergerak menuruni bukit. Mula-mula cuba ikut denai hutan, lepas tu macam dah tak nampak denainya kami pun berpatah balik dan ikut saja laluan semasa naik tadi.
Perjalanan turun memang lebih mudah berbanding mendaki, tapi masih perlu berhati-hati mengatur langkah. Semasa perjalanan turun, saya banyak kali berhenti kerana memotret flora yang ditemui. InsyaAllah gambar-gambarnya saya akan buat entri lain.
Data dari Galaxy Watch. |
Jumlah masa yang kami habiskan di Bukit Jambul ini adalah sekitar 2 jam 07 minit. Bermula pukul 9.26 pagi dan berakhir pukul 11.33 pagi. Rekod perjalanan naik sekitar 40 minit dan turun pula sekitar 35 minit. Rekod bermula dari pintu gerbang warna merah jambu.
Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan pendakian di Bukit Jambul kerana suasana hutannya dan pemandangan indah di atas puncak bukit. Dari aspek laluan hutan, hampir seluruh laluan adalah struktur tangga batu. Penggunaan hiking stick sangatlah membantu kami meneruskan pendakian.
Menurut kata seorang pendaki yang kami temui, kalau nak lalu denai hutan pun boleh tapi jarak perjalanan ke puncak mungkin jadi lebih jauh selain risiko tersesat. Kalau ikut laluan bertangga ni InsyaAllah tak sesat, tambahan pula memang sentiasa ada tanda arah yang membantu kita. Selain itu, dari Bukit Jambul kita boleh ke Bukit Kukus dan bukit lain juga. Memang saya nampak ada beberapa simpang denai hutan untuk kita ke bukit lain. Hati teringin, tapi fizikal tak mampu…huhu.
Alhamdulillah selesai satu misi - pendakian. Syukur ada bukit yang nampaknya dijaga dengan baik dan tak dikenakan sebarang bayaran. Siap ada tandas di bawah dan di atas berhampiran puncak. Laluan pun jelas dan lengkap dengan tanda arah. Sesuai sangat untuk orang-orang macam kami ni yang mendaki cuma sesekali dan geng berdua saja.
Video berdurasi 0:45 minit memaparkan pemandangan dari puncak Bukit Jambul.
Subhanallah, cantiknya pemandangan di puncak Bukit Jambul tu Kak Ujie. Suka tengok gambar cahaya matahari (gambar #6) tu. Musykil jugak, hari sebelum tu Kak Ujie bukan di KL ke, tiba2 dah di Pulau Pinang pulak. Macam magic pulak hehe.
ReplyDeleteAkak kat KL 23 Ogos, tulis entri masa dah balik Penang..hehe
DeleteBagus juga terjaga dan percuma. Betul untuk orang yang jarang mendaki.
ReplyDeleteHehe ada tongkat mendaki (stick) maknanya kena selalu buat.
Hiking stick tu dah bertahun ada, tapi itu lah...mendakinya dalam setahun, boleh kira dengan sebelah jari je 😅
DeleteSubhanallah
ReplyDeletekeindahan ciptaanNya .
seronok.aktiviti begini.kan. ciknur pun rinduu nk daki bukit tgk.pokok2. tapi xda.gengg la he hee cik somi tak sanggup dah pancit katanya. Sakit lutut
Tunggu anak2 besar sikit nanti boleh ciknur geng dengan anak2.
DeleteLawanya pemandangan di atas puncak. Dah macam postcard dah, gambar Ujie yang ada kapal terbang melintas tu. Nice! Thumbs up untuk Ujie dan suami. Best ada tempat riadah macam ni. Dekat dengan alam.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih Nur 😊
DeletePendakian yg berbaloi, bila nampak pemandangan indah sebegitukan...tahniah puan!
ReplyDeleteBetul, sangat berbaloi.
DeleteTerima kasih PH 😊
selama ni saya tau bukit jambul ni untuk outing gi mall tu je. huhu. pas ni boleh cuba yang lagi ekstrem kak Ujie. Anggaplah ini warm up
ReplyDeleteCukuplah yg ekstrem masa zaman remaja. Sekarang yang ringan2 jelah..hehe
DeleteBestnya dapat hiking. Cantik gambar pemandangan matahari tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih Naniey 😊
DeleteTahniah sebab berjaya mendaki!
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih Syaz 😊
Deleteterbaik... badan sihat, minda tenang dapat tgk view mcm ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah..itulah tujuannya - untuk fizikal & mental.
DeleteRajin sis mendaki.. Cantik pemandangan di atas..
ReplyDeletecantiknya view dari atas puncak...siapalah yang beriadah di gym tu ya...hehe..
ReplyDeleteTrek hiking pun nampak macam terjaga, tak banyak dauncdaun kering yang menutupi trek . Paling best ada tandas awan dalam kawasan trek mendaki ni .
ReplyDelete