Semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Terengganu melalui Lebuhraya Timur Barat tempohari, saya dan encik suami singgah di Hentian Royal Belum Amanjaya yang terletak di Pulau Banding.
Hentian Royal Belum Amanjaya ini merupakan terminal jeti awam yang telah dinaik taraf. Hentian ini menjadi pintu masuk utama ke Hutan Tropika Belum-Temengor (BTTR) dan Taman Negeri Royal Belum. Ia siap dibina pada bulan Oktober 2016.
Patutlah saya tak ada memori berkenaan bangunan hentian ini sewaktu pertama kali melalui Lebuhraya Timur Barat, rupa-rupanya ia memang masih agak baru dibina.
Cara ke sini - dari laluan utama Lebuhraya Timur Barat arah timur, hentian ini terletak di sebelah kiri jalan di Pulau Banding. Ada papan tanda makluman hentian. Selepas membelok ke kiri, teruskan perjalanan sehingga tiba di satu simpang ke kanan. Belok ke kanan melalui jalan yang menurun. Berhati-hati jalan sempit kerana ada kenderaan yang parkir di bahu jalan.
Jomlah kita lihat sekitar Hentian Royal Belum Amanjaya ni…
Kawasan parkir di bahagian bawah. |
Terdapat dua kawasan parkir. Satu kawasan parkir di bahagian atas, terletak berhadapan pintu masuk bangunan Hentian Royal Belum Amanjaya. Manakala satu lagi terletak di bahagian bawah. Tertera papan tanda notis bayaran parkir sebanyak RM5 / malam. Tapi tak nampak pula kelibat penjaga parkir atau pondok bayaran.
Kami parkir di bawah sebab bahagian atas dah penuh. Di bawah ni ada disediakan laluan tangga berbumbung untuk kita naik ke atas menuju pintu masuk bangunan hentian.
Sekadar makluman - pada bulan Januari 2021, kawasan parkir hentian ini dinaiki air akibat limpahan air tasik selepas hujan berterusan. Tetapi tidaklah sampai tenggelam kereta, cuma berlaku kenaikan air pada paras tayar kereta.
Menikmati keindahan pemandangan tasik yang luas dari bangunan hentian.
Cantik bot pelbagai saiz dan warna.
Rumah bot (houseboat) berlabuh di sini.
Tadi sudut pandang dari dalam bangunan, ini pula sudut pandang dari luar bangunan.
Pemandangan rumah bot dan Jambatan Tasik Temenggor.
Antara pakej rumah bot yang ditawarkan.
Antara kemudahan lain yang terdapat di Hentian Royal Belum Amanjaya - kaunter informasi, gerai makanan, gerai produk Orang Asli, surau dan tandas.
Tandas berbayarnya berada dalam keadaan baik dan selesa digunakan. Tetapi di ruangan yang menempatkan gerai-gerai dan laluan menuju ke tandas, berbau kurang menyenangkan. Encik suami kata bau kencing kucing. Tak jadi saya nak duduk minum-minum sambil menikmati keindahan tasik.
Tiga hari selepas itu (hari Isnin dalam perjalanan balik ke PP), sekali lagi kami nak singgah di hentian ini. Tapi nampaknya tiada parkir kosong. Di kanan dan kiri bahu jalan pun penuh kereta. Agaknya pemilik kereta semua sedang menikmati percutian di rumah bot. Saya pun ada menyimpan keinginan bermalam di rumah bot, tapi tak tahulah bila boleh direalisasikan sebab untuk percutian di rumah bot perlu dalam kumpulan besar. Ada yang berpengalaman menginap di rumah bot di Royal Belum ni?
Puan Ujie dan suami sampai masuk dalam.
ReplyDeleteTerima kasih saya dapat maklumat.
Harap Puan Ujie ada geng untuk menginap rumah not.
Sama-sama NA 😉
DeleteRumah bot tu sebenarnya ada juga yang buat open trip, tapi kena sedia campur dengan orang2 yang kita tak kenal.
rasa nak beli je satu houseboat....
ReplyDeleteIni saya sokong!
DeleteJangan lupa jemput kawan2 blog merasa naik houseboat tu ya...hehee
Cantiknya suasana kat sini . Air,tasik hijau kebiruan
ReplyDeleteMemang jadi leka memandang.
Deletecantik tasiknya..warna hijau airnya..
ReplyDeleteKann...
DeleteWiken sentiasa penuh la ye.. X pernah try lg cuti2 atas rumah bot
ReplyDeleteNampaknya gitu la kot, ramai orang bercuti weekend.
Deleteselalu baca orang bercuti di sini tapi sendiri belum berkesempatan. ya, ikut open group pun ada jugak tapi saya suka dengan kawan-kawan atau keluarga kalau berccuti macam ni
ReplyDeleteSetuju. Sebab kita akan tidur, makan dan buat segala aktiviti bersama.
DeleteCantiknya gambar-gambar yg diambil. Nampak bersih dan terjaga tempat ni. Rasa-rasa sy pernah berhenti di sini tapi waktu tu lengang sangat, atau belum dilakukan. Ingat2 lupa dah 😅
ReplyDeleteTerima kasih PH. Tempat cantik, gambar pun jadi cantik.
DeleteMungkin jugak lengang kalau PH singgah masa tengah minggu.
Saya belum pernah sampai ke tempat ini. Terima kasih Ujie, kongsi pengalaman dan gambar yang cantik-cantik!
ReplyDelete