SABTU | 03.09.2022
Dalam entri terdahulu, saya ada menyebut berkenaan tujuan saya dan encik suami ke Besut, Terengganu kerana hendak berkumpul bersama keluarga encik suami dan menziarahi adik ipar sekeluarga yang baru beberapa bulan berpindah ke Besut. Sambil tu dapatlah kami jalan-jalan di tempat orang kan…hehe.
Antara aktiviti yang dirancang - pendakian ke Bukit Keluang yang terletak tak jauh dari rumah adik ipar. Tapi kami tidaklah menginap di rumah adik ipar, kami dan ahli keluarga yang lain menginap di sebuah homestay.
Menariknya Bukit Keluang ni sebab ada bukit, pantai dan gua kecil. Jadinya Bukit Keluang ni memang menjadi tumpuan orang ramai untuk beraktiviti bersama keluarga, apatah lagi waktu cuti sekolah dan hujung minggu begini.
Ini merupakan kali kedua saya melakukan aktiviti pendakian di Terengganu. Kali pertama semasa zaman universiti, iaitu sekitar akhir tahun 90-an saya mendaki Gunung Tebu yang juga terletak di Besut. Terkenang pula pengalaman mistik pada malam saya dan kawan-kawan berkhemah di gunung tersebut.
Pendakian Ke Puncak Bukit Keluang
Tiada bayaran dikenakan dan tak perlu juru pandu arah untuk kita mendaki Bukit Keluang. Siap ada kawasan parkir percuma. Untuk mendaki Bukit Keluang, terdapat dua tempat permulaan laluan (trailhead) pendakian :
- Trailhead pertama terletak berhampiran kawasan parkir kereta, deretan gerai jualan dan tandas awam. Pendakian bermula dengan meniti anak tangga, kemudiannya perlu memanjat menggunakan tali dengan jarak yang agak jauh juga. (Rujuk gambar no. 16, 15 & 14)
- Trailhead kedua terletak agak jauh dari trailhead pertama dengan jarak kira-kira 950 meter. Ada ruangan parkir di kawasan trailhead kedua. Pendakian bermula di laluan denai hutan.
Adik ipar mencadangkan agar kami masuk ikut trailhead kedua dan keluar di trailhead pertama (loop trail). Jadinya dapatlah kami merasa kedua-dua laluan. Kenapa bermula di trailhead kedua? Sebab ia lebih mudah, tidaklah patah semangat bila permulaan pendakian dah kena daki tangga dan panjat guna tali.
Jadinya kami semua parkir kereta di kawasan berhampiran trailhead pertama, kemudian perlu berjalan kaki kira-kira 800 meter ke trailhead kedua. Jauh juga. Kiranya itu aktiviti memanaskan badan (warm up) sebelum kita mendaki.
1. Dengan bantuan seorang pengunjung lain, dapatlah kami berfoto sekeluarga sebelum memulakan pendakian. Kami 13 orang semuanya. Ada lagi empat sekeluarga yang masih dalam perjalanan ke Terengganu dan dua orang anak saudara yang berada di asrama tak dapat turut serta. Paling mengejutkan saya, emak mentua pun bersungguh nak ikut mendaki. Manakala adik ipar seorang lagi pun turut membawa bersama dua orang anak kecil (yang belum sesuai jalan sendiri).
2. Encik suami (memakai topi) bantu dukung anak saudara, manakala adik ipar mendukung seorang lagi anak kecilnya. Anak-anak lain yang sudah boleh berjalan sendiri ada bersama seorang lagi adik ipar di kumpulan hadapan. Saya pula pada kebanyakkan masa berada di posisi tengah antara kumpulan depan dan belakang. Mudahlah saya nak memotret momen pendakian kami sekeluarga.
Selain kami, ramai lagi pendaki lain pada masa ni. Meriahnya macam ada acara di atas puncak bukit. Jadinya dalam foto-foto saya ni akan kelihatan orang lain jugalah.
3. Selepas 10 minit mendaki, kami sampai di Check Point 2. Ada pondok untuk kami berkumpul kembali dan melepas lelah seketika. Walaupun cuma 10 minit, tapi terasa lelahnya bila mendaki.
4. Monyet dengan ekor panjang seakan warna putih ni menghampiri kumpulan kami apabila terdengar bunyi plastik (saya keluarkan sesuatu dari dalam beg). Segera saya sorokkan risau dirampas oleh monyet. Sebab tu di mana-mana pun kita jangan beri makan kepada monyet liar. Nanti monyet tu terbiasa pula nak dapatkan makanan dari manusia sampai membahayakan kita.
5. Kami kembali menyambung perjalanan. Perlu berpaut pada akar dan dahan pokok, juga tali yang disediakan untuk memudahkan pendakian. Bertudung hitam itulah mak mentua saya. Gigih memanjat tanpa bantuan.
Panorama Indah Dari Puncak Bukit Keluang
Alhamdulillah, kami sampai ke puncak bukit setelah mendaki kira-kira 35 minit. Tapi tidaklah serentak semua sampai, kumpulan depan dah sampai lebih dahulu dan kumpulan belakang yang mendukung anak kecil lambatlah sedikit.
6. Masya Allah indah sungguh alam ciptaan-Nya 😍
7. Panorama di puncak Bukit Keluang yang mempesona. Terus hilang rasa penat saya, berganti dengan rasa teruja walaupun masa ni cuaca panas terik. Lautan biru kehijauan dan pemandangan pulau-pulau kecil cukup memukau pandangan. Dari sini juga kita boleh nampak pantai indah di bawah sana. Tapi hati-hati ya, jangan berdiri terlalu hampir dengan tebing. Dah ada kes terjatuh sewaktu berfoto di Bukit Keluang ni.
8. Foto saya bersama encik suami, anak saudara dan mak mentua yang berusia 71 tahun.
9. Tempat tadi sempit dan panas terik. Kami bergerak ke hadapan, ada ruang yang agak redup dan ada sebuah pondok yang agak luas binaannya di situ. Kami merakam memori di sini. Saya tukang potret jadinya tiada dalam foto di atas. Papan tanda ‘Tahniah anda telah berjaya mendaki ke puncak Bukit Keluang’ tu sebenarnya dah jatuh dari tempat asalnya dan diletakkan di tepi tong sampah. Kami ambil dan pegang untuk berfoto.
10. Lagi panorama indah yang sempat saya rakam dari puncak bukit. Orang lain dah jalan ke depan, saya beginilah suka berhenti merakam foto itu ini.
Perjalanan Menuruni Bukit Keluang
Bunga Jejarum / Jungle Flame / Ixora Javanica |
11. Seperti selalunya bila masuk hutan, saya suka mencari flora yang menarik sebagai subjek fotografi. Tapi nampaknya di sini agak sukar saya temui, kecuali ada sedikit bunga-bungaan di puncak. Bunga di atas ditemui oleh seorang anak saudara yang berbaik hati memerhatikan bunga apabila Mak Longnya kata mahu ambil foto bunga tapi tak jumpa. Hehe…
12. Tiba di satu laluan yang ada batang pokok tumbang. Juga cahaya mentari yang menembusi hingga ke lantai hutan. Memang cantik dapat merakam kenangan di sini.
13. Bermulanya laluan menurun yang boleh saya katakan agak sukar.
14. Menurut saya, ini laluan yang paling sukar kerana kurangnya akar dan batang pokok untuk berpaut. Beberapa tali disediakan, tapi talinya dah jadi licin dipegang ramai orang. Beberapa kali juga saya lihat orang tergelincir sewaktu menuruni laluan ini. Saya lalu di bahagian tepi je sebab nak berpaut pada batang pokok.
15. Bila dah nampak tangga begini, itu bermaksud kita dah menghampiri kaki bukit. Tangga ni boleh tahan jauh juga tau, curam dan kecil anak tangganya.
16. Alhamdulillah selamat sampai di bawah. Beginilah rupa trailhead pertama, yang saya sebut di awal entri ini. Berhadapan dengan tangga ni ada penjual air kelapa. Apa lagi, terus kami serbu! Nikmat sungguh dapat minum air kelapa sejuk selepas penat mendaki.
Data dari Galaxy Watch saya. Dapatlah workout calories - 980 kcal. Saya tak pasti berapa ketinggian sebenar Bukit Keluang, kalau ikut data pada jam saya puncak tertinggi - 154 meter.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kami semua selamat naik dan turun. Ini merupakan pengalaman pertama kami mendaki bersama ahli keluarga dengan jumlah seramai ini dan daripada pelbagai peringkat usia. Pengalaman yang manis. Kagum melihat semangat mak mentua saya dan nampaknya mak baik-baik saja sepanjang pendakian. Anak-anak saudara semuanya pun nampak gembira sepanjang pendakian.
Kalian ada ke Besut? Boleh cuba mendaki Bukit Keluang ni. InsyaAllah laluan pendakian tidaklah terlalu sukar, namun tidak juga mudah ya.
Paling penting - pakailah pakaian yang selesa, berkasut dan sekurang-kurangnya bawalah air minuman. Kasihan saya melihat ada kumpulan yang cuma berselipar termasuk kanak-kanak. Tidak selamat untuk kaki dan jadi susah nak mendaki/menurun bukit. Selain tu elok juga bawa sarung tangan untuk memudahkan tangan memaut pada tali.
memang cantik betul gambar di puncak tu kak.... auto hilang penat lelah mendaki
ReplyDeleteberbaloi mendaki, hadiahnya pemandangan yg indah...seronok mendaki sama2 ahli keluarga...tabik kat mak mertua..
ReplyDeleteBerbaloi mendaki hingga ke aras tertinggi. Dapat melihat pemandangan yang sangat cantik!
ReplyDeletePatutlah puan suka mendaki, dari muda lagi ye dah biasa hiking :)
ReplyDeleteSatu lagi pengalaman yang manis ni bila mendaki beramai-ramai gini. Salute dgn mak mertua puan, gigih beliau turut serta. Teringat nak mertua sy, pun aktif juga.
Itulah, minat hutan dari muda sampai tua 😄
DeleteHehe...saya masih ingat entri mentua PH siap berbasikal di awan.
Satu keluarga besar mendaki. Memang sporting mak mertua hendak ikut serta.
ReplyDeleteWah hebat. Bawak anak tu saya respect. Cantiknya view. Boleh nampak pulau Perhentian x?
ReplyDeleteAda nampak gugusan pulau di kejauhan, mungkin jugak Pulau Perhentian. Yang pasti nampak, Pulau Rhu. sebab tu paling dekat.
Deleteohsem giler pemandangan atas bukit tepi jurang ke laut ituuu., hebatts ;p
ReplyDeleteUish, ini mecabar ni... tak mampu uncle!
ReplyDeleteKuat mak mertua Ujie. 71 tahun, boleh naik bukit lagi. Cantik pemandangan atas bukit. Memang femes bukit ni. Saya pun pernah nampak ramai hikers upload gambar di puncak. Setuju dengan apa Ujie tulis. Kalau tak dapat beli kasut trail atau hiking, kasut potong getah tu pun selamat. Kasut dari getah, kat kedai bata lama ada jual, atau kedai DIY pun ada. 10 ringgit atau kurang harga dia. Memang tak kan tergelincir kalau pakai naik bukit. Orang lutut longgar tak boleh naik ni. Bahaya bila turun. Hehe.
ReplyDeleteHaa..iya, kasut getah tu murah dan memang ramai yang recommend pakai, lagi kalau nak hiking tempat berselut bagai.
DeleteMula2 baca tajuk, ingatkan tempat ni di Johor (Kluang) ;p dah lama tak bawak anak2 pergi hiking dulu masa dieorg kecik pun suka bawak dieorg hiking. Selamat Hari Malaysia Kak Ujie :)
ReplyDeletepantai bukit keluang saya pernah sampai ketika pergi ke jerteh dulu... tapi naik bukit x pernah lagi.
ReplyDeletetak pernah terfikir nak mendaki dalam masa terdekat ni
ReplyDeleteberbaloi daki bawa anak2.. cantik view laut ganu
ReplyDelete