Friday 5 August 2022

Mr Asam Pedas, Kuah, Langkawi

Pada hari terakhir di Langkawi, saya dan encik suami makan di restoran Mr Asam Pedas yang kami ketahui hasil carian di Google Maps. Restoran ini terletak di pekan Kuah, di deretan bangunan kedai. Tak susah mencarinya, ikut saja panduan di Google Maps.

Mr Asam Pedas, Kuah, Langkawi
Semasa kami tiba di restoran ini, ada beberapa orang pengunjung lain. Suasana di dalam restoran begitu menyenangkan, dekorasi yang sedap mata memandang dan alunan muzik lagu Melayu yang sedap didengar.

Mr Asam Pedas, Kuah, Langkawi
Di sini kita boleh memesan makanan secara set atau ala carte. Set asam pedas dan masak lemak cili padi, kedua-duanya makanan kegemaran kami. Tapi akhirnya kami memesan set yang sama, iaitu set asam pedas. Bezanya, satu asam pedas ikan dan satu lagi asam pedas daging tetel.

Mr Asam Pedas, Kuah, Langkawi
Asam pedas sampai dulu. Tengok rupa asam pedas ni pun dah rasa tak sabar nak makan. Bila dimakan, memang sedap rasanya dan cukup pekat kuahnya. Kalau kuah asam pedas sedap, memang saya siap hirup kuahnya. Hehe…

Mr Asam Pedas, Kuah, Langkawi
Sotong goreng tepung, yang ni tak termasuk dalam set. Sotong bersaiz kecil, tapi tak kisahlah asalkan rangup dan sedap.

Mr Asam Pedas, Kuah, Langkawi
Set asam pedas - asam pedas dihidangkan bersama nasi putih, ulam-ulaman, sambal belacan, telur masin dan keropok. Kami makan sewaktu hujan turun semakin lebat, memang terasa lebih nikmat.

Mr Asam Pedas, Kuah, Langkawi
Ni pula minuman pilihan saya - Mr Asam Boi. Campuran karbonat, asam boi, daun pudina, gula merah dan jus kasturi. Encik suami memilih minuman panas, tapi lupa pula saya minuman panas apa. Sedap minuman Mr Asam Boi ni, menyegarkan. Tengoklah alas gelasnya tu, diperbuat daripada kain batik. Menarik sungguh.

Alhamdulillah, semua makanan dan minuman yang kami pesan memang sangat sedap! Layanan pun pantas dan mesra. Harganya pun sangat berpatutan, tak mahal pun dengan rasanya yang sedap dan ruang makan yang selesa. Semuanya sangat memuaskan hati. Memang akan mengulang datang kalau berpeluang ke Langkawi lagi. 

Datang ke Langkawi? Bolehlah mencuba makan di Mr Asam Pedas ni yang terletak di Kuah.




7 comments:

  1. air tu nampak sedap giler... siap ada peluh peluh kat luar gelas...yummmehh

    ReplyDelete
  2. Persembahan makanan dan minuman yang cantik.
    Betul deko restoran pun menarik.

    ReplyDelete
  3. Sedap-sedap lauk pauknya tu Ujie. Ditambah pula dengan mr asam boi. Mantap!

    ReplyDelete
  4. Wah? Ada Mr. pulak kat asam boi tu? Kalau Mrs. macam mana pulak?

    ReplyDelete
  5. nampak sedap jugak asam pedas utara ni. bolehlah cuba kalau tiba-tiba pergi Langkawi

    ReplyDelete
  6. Sedap² makanan & minuman semua..
    Tak pernah lg mkn asam pedas tetel..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****