Wednesday 10 August 2022

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang

Sudah beberapa entri saya bercerita tentang kedai makan Warong Muse yang terletak di Muse Ecopark, Gua Musang. Kali ini saya nak berkongsi cerita tentang sebuah kedai kopi yang terletak di kawasan sama, iaitu di Muse Ecopark.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Inilah kedai kopinya - KB Brewster, merupakan salah sebuah cawangan KB Brewster yang terdapat di Kelantan.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Pemandangan alam yang menarik, kawasan ini dilatari perbukitan batu kapur.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Nun di hujung sana terletaknya Warong Muse.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Sebuah kedai kopi dengan konsep moden dan minimalis. Kalau orang sekarang panggil kedai kopi hipster. Di sini kita boleh pilih nak duduk di bahagian dalam kedai atau nak lebih santai boleh pilih duduk di bahagian luar saja.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Menu yang ditawarkan di sini - minuman kopi, ada juga minuman selain kopi dan pilihan makanan Barat.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Ada juga beberapa pilihan kek. Ish...menggoda sungguh, tapi kena kawal diri supaya tak makan terlampau banyak. Tak apa, yang kita belum cuba makan ni Insya Allah kita ‘simpan’ untuk kunjungan akan datang ya. Hehe.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Inilah pilihan kami - hot latte, cold mocha, chicken chop dan pasta bolognese. Pasta bolognese di sini menggunakan pasta angle hair. Kalau buat sendiri di rumah pun saya gunakan angle hair sebab lebih sedap dan senang dikunyah berbanding spaghetti.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Kami makan di meja luar, lebih santai sambil menikmati suasana sekitar.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Pemandangan luas dari meja makan kami - landasan keretapi, kawasan perumahan baru, kubah Masjid Razaleigh dan perbukitan. Santai sungguh makan di sini sambil dihembus angin petang.

KB Brewster di Muse Ecopark, Gua Musang
Ni foto hari lain (esok harinya), singgah lagi ke sini membeli minuman dan donut sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis pula. Kebetulan saya nampak keretapi menghampiri kawasan Stesen Keretapi Gua Musang ni, segera saya memotret. Setelah beberapa kali makan di kawasan Muse Ecopark, ini kali pertama saya nampak keretapi lalu di sini. Insya Allah jika ada kesempatan, teringin juga saya nak mencuba naik keretapi ke laluan berdekatan. 

Ada ke Gua Musang? Bolehlah mencuba menu yang ada di KB Brewster ni. Harganya saya rasa agak premium jika diukur berdasarkan lokasi (bandar Gua Musang). Tetapi dengan konsep kedai dan rasa makanan serta minuman yang memenuhi cita rasa, ianya boleh dikatakan berbaloi. 



18 comments:

  1. menarik cafe nya...food pun nmpk ok...

    ReplyDelete
  2. KB Brewster ni jauh ke dari stesen keretapi Kak Ujie? Ada jugak teringin nak naik keretapi ke Kelantan mana tau boleh singgah di KB Brewster ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh sangat, boleh jalan kaki dari stesen. Cuma penat sikitlah sebab bentuk muka bumi berbukit. Tapi berbaloi sebab ada 3 tarikan kat kawasan yang sama ni - Masjid Buloh, Warong Muse dan KB Brewster.

      Delete
    2. baru nak tanya soalan yang sama. menarik jugak. teringin nak naik keretapi malam tu

      Delete
    3. Hehe..bolehlah buat trip ke Dabong dan singgah jalan2 di GM ni.

      Delete
  3. cantik pemandangan dengan bukit di tepi tu kak... pastu tengok menu dia pun mantap sangat

    ReplyDelete
  4. wow..location yg sgt menariks.... menu pun nampak sedap2...nice utk relax

    ReplyDelete
  5. Menarik ni. Bilalah nak sampai sini agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada kesempatan untuk PH sampai sini jugak.

      Delete
  6. Hehe selalu singgah ke Guna Mustang ya Puan Ujie? Bolehlah rancang hendak makan apa setiap kali.
    Pemandangan itu yang buat kafe itu mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah 2x ke GM dalam tempoh 2 bulan. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin akan selalu jugak datang sini. Ya, bolehlah cuba makanan berbeza setiap kali datang 😄

      Delete
  7. nice pemandangan sekeliling Gua Musang nih., cikkak Ujie dh penah masuk masjid Razaleigh yg ada kaabah itu keeew., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih belum sempat masuk. Cuma tengok dari jauh je ni 😄

      Delete
  8. Nampak sedap, hidangannya. Harga kira ok ler tu, standard. Saya jarang lalu Gua Musang. KB Brewster ni ada cawangan dia kat kampung suami di Tumpat, sebab pernah nampak dalam foodpanda. :)

    ReplyDelete
  9. Suasana cozy makan slow-slow sambil menikmati pemandangan sekitar

    ReplyDelete
  10. Cantiknya kawasan.. kena masuk list untuk dikunjungi ini..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****