Friday 15 July 2022

HIG Hotel Langkawi - Hotel Islamik

Sewa Kereta di Langkawi

Bersambung kisah mabuk laut. Saya rasa sangat lega apabila feri mula merapat di Jeti Kuah. Rasa mual dan ketidakselesaan perut pun berkurangan. Tapi kepala masih rasa pening. Melihat keadaan saya yang tak sihat, encik suami tolong bawakan beg galas belakang saya.

Keluar dari terminal feri, perkara pertama dibuat adalah ambil kereta sewa. Saya dah buat tempahan awal melalui Shopee dengan kadar RM80 / hari untuk kereta Axia. Bayar deposit RM50 di Shopee dan bakinya dibayar semasa kita ambil kunci kereta di kaunter Shah Kawi Holidays.

Saya rasa sedikit kesal apabila pihak pemberi sewa tak bersihkan terlebih dahulu kereta sebelum menyerahkan kepada pelanggan. Kereta Axia yang kami terima tidak memuaskan dari aspek kebersihan. Antaranya, masih ada sampah tisu terpakai dan plastik jajan di tempat duduk kereta.

Bab sewa kereta ni, kalau masa sampai di Langkawi baru nak cari pun boleh juga. Ramai yang akan mendekati kita dan menawarkan sewaan kereta. Ada yang menawarkan kepada kami serendah RM60 / hari.

Lepas dapat kereta, kami menuju ke hotel penginapan iaitu HIG Hotel yang terletak tak begitu jauh dari Jeti Kuah. Sampai je di sana kami makan dahulu di medan selera berhadapan dengan bangunan HIG. Kemudian barulah daftar masuk hotel.


HIG Hotel - Hotel Islamik

Sengaja kami pilih HIG Hotel ni sebab nak ambil pengalaman penginapan di Kuah. Satu malam di sini dan malam berikutnya di Pantai Cenang pula. Dapatlah merasa pengalaman berbeza.

HIG Hotel Langkawi - Hotel Islamik
Bilik Deluxe Sea View
Inilah bilik penginapan kami - ada pilihan sama ada nak 2 single bed atau 1 double bed. Tapi bilik dengan double bed dah penuh, kami dapat bilik dengan 2 single bed. Staf hotel kata, rapatkan je dua katil ni. Oh ya, ni foto zoom out jadinya katil tu nampak lebih lebar berbanding katil sebuah lagi.

Bilik ni sangat memuaskan - cukup luas, lengkap meja panjang, juga set kerusi meja untuk duduk bersantai. Paling utama, semuanya berada dalam keadaan bersih. Memang sangat selesa tidur di sini. Sesuailah untuk saya berehat pada petang tersebut, tak berjalan ke mana sebab masih pening kepala.

HIG Hotel Langkawi - Hotel Islamik
Bilik air juga luas, bersih dan selesa digunakan. Saya suka rain shower tu dan juga ada paip yang sesuai untuk kita berwuduk.

HIG Hotel Langkawi - Hotel Islamik
HIG Hotel Langkawi - “We are an Islamic Hotel”. Sebenarnya sebelum sampai sini saya tak tahu pun HIG Hotel ni merupakan hotel islamik. Saya cuma tahu ia hotel milik orang Islam iaitu Haji Ismail Group. Rasa seronok bila tahu ini adalah hotel islamik. Antara ciri-ciri hotel islamik - larangan membawa arak masuk ke hotel ni. Bagus sungguh kan? Saya pernah dapat bilik hotel dengan deretan tin arak di dalam peti sejuk mini, memang rasa tak selesa.

HIG Hotel Langkawi - Hotel Islamik
HIG Hotel juga menyediakan sejadah dan telekung. Satu usaha yang baik dan memudahkan bagi tetamu hotel yang tak membawa sejadah dan telekung sendiri.

HIG Hotel Langkawi - Hotel Islamik
Al-Quran terjemahan turut disediakan. Bagus al-Quran ni diletakkan di paras yang tinggi.

HIG Hotel Langkawi - Hotel Islamik
Kutipan bayaran warisan.
Selain bayaran bilik hotel, kita turut dikenakan bayaran tambahan mengikut kategori hotel. HIG Hotel ni bertaraf 3 bintang, jadinya kami perlu bayar RM3 / malam.

Menara MAHA, Kuah, Langkawi
Panorama indah dari jendela bilik penginapan kami.
Masya Allah cantik sungguh pemandangan lautan, gugusan pulau, kapal-kapal layar dan Menara MAHA yang berketinggian 138 meter. Terasa macam lihat pemandangan di luar negara pula. Mungkin disebabkan reka bentuk menara tersebut seakan-akan Menara Eiffel.

Foto zoom in di atas saya ambil pada keesokkan paginya. Pada waktu malam, menara ini dipasang lampu yang bertukar-tukar warna. Boleh tonton video di bawah. Sebenarnya menara ni masih belum siap sepenuhnya dan belum dibuka kepada pengunjung. Bila tengok dari kejauhan dan kerlipan lampu pada waktu malam, saya sangkakan menara ni dah beroperasi.

Keindahan Menara MAHA pada waktu malam.

Selain bilik penginapan yang cukup memuaskan, hidangan sarapan pagi yang disediakan di sini juga memenuhi cita rasa saya. Walaupun tak banyak pilihan (sesuai dengan hotel bertaraf 3 bintang), tetapi semuanya sedap. Paling saya suka - Nasi Lemak Pandan (nasi berwarna hijau), cukup lemaknya dan sedap sambalnya.

Apa lagi yang menarik bila kita menginap di sini? Hotel ni berada di bangunan yang sama dengan Kompleks HIG. Mudahlah kalau nak membeli-belah coklat dan lain-lain. Keluar je hotel, terus ke Kompleks HIG di sebelah. Sepanjang menginap di sini, dua kali kami masuk kompleks untuk membeli coklat sebagai kudapan. Kalau nak beli bawa balik kenalah tunggu hari terakhir di Langkawi.

Insya Allah kalau ada ke Langkawi lagi, HIG Hotel yang terletak di Kuah ini akan menjadi pilihan saya. Kawasan yang tenang, bebas sesak dan mudah nak parkir kereta.





21 comments:

  1. Seronok kalau mereka yang hendak membeli-beli di Kompleks HIG.
    Saya pun nampak menara itu macam Eiffel Tower.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...betul, kalau suka shopping memang sesuai sangat duduk HIG Hotel ni 😀

      Delete
  2. Dulu pernah juga pergi Langkawi dengan family sewa van masa sampai jeti tu. Tapi itulah terpaksa terima keadaan van tu macamana. Sabar je lah kalau dorang tak bersihkan. Tapi lepas ni memang cari yang lain lah kan. Cantik pilihan bilik tu. Permandangan dari bilik superb. Suka seaview :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak booking awal kat Shopee sebab baca review rata2 kata kereta bersih. Sekali dapat kat kita tak bersih pulak 😅

      Delete
  3. Cantiknya pemandangan dari jendela hotel. Ha ah, ada rupa macam Eifel Tower. Dah jadi macam tu dah sekarang Langkawi yek. Entah bila saya nak sampai sana. Last pergi, masa zaman sekolah rendah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat tu Nur...memang dah banyak beza sekarang ni. Lagi pulak area pantai Cenang, memang jauh berbeza.

      Delete
  4. Replies
    1. Kan...syukur dan tumpang bangga ada hotel begini.

      Delete
  5. Memang macam Eiffel Tower. Lagi-lagi waktu malam. Lama juga ye penangan mabuk laut. Nasib baik hotel best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur akak belum tempah/beli apa2 pakej aktiviti untuk petang tu. Rupanya aktiviti tidur 😇. Dah makan Panadol, tidur, Alhamdulillah malam tu sihat.

      Delete
  6. Jika nasi lemak sedap, maka saya kena mginap disini nnt hehee tq sharing kak uji :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Shida 😉
      Pakej lengkap kalau menginap di sini - bilik selesa, siap sarapan yang memuaskan & boleh shopping/window shopping puas2.

      Delete
  7. kalau ada hotel islamik ...memang bagus sebab tiada maksiat boleh berlaku...biasanya hotel adalah port yang cun untuk buat benda yang jadi kemurkaan Allah

    ReplyDelete
  8. Cantik pemandangan dari tingkap!

    ReplyDelete
  9. leeya tak pernah sampai ke langkawi lagi kak..hihihi..nanti ada rezeki boleh la ke sana..bagus ada hotel macam ni.. :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah
    subhanaullah cantik view nya
    mengamit keinginan ciknur nk ke langkawi

    ReplyDelete
  11. siap ada hotel dh hj ismail tu yek... mmg betul² menjadilah bisnes HIG ni

    ReplyDelete
  12. Menariknya, saved.. kalau ke sana nanti bolehlah try duduk sini.. hihi

    ReplyDelete
  13. menara maha tu baru ek .. ntah la pi langkawi bertahun2 yg lepas.. best hotel tu .. hurmm so mkna kata boleh sewa kereta kat sana je la tak perlu in advance..

    ReplyDelete
  14. bagus ada hotel islamik mcm ni...selesa & view cantik..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****