Monday 17 January 2022

Seketika di Sekinchan

10 hari tak menulis blog dek sibuk ke sana sini. Bermula Sabtu 8hb. bergerak dari rumah Penang ke Kedah ambil mertua bawa balik ke kampung di Johor. Beberapa malam di Johor, bergerak pula ke rumah Pajam beberapa malam lagi. Kemudian ke Sekinchan 1 malam, seterusnya kembali ke utara (menginap di Changlon beberapa malam).

Alhamdulillah, semalam petang selamat kembali ke rumah Penang setelah ke sana sini selama 9 hari 8 malam. Sekarang masa untuk mengemas kembali beg dan membasuh kain baju. Sambil tu kena juga menulis blog sebagai sebuah catatan hidup, walaupun badan masih terasa lenguh gara-gara cari penyakit semalam pergi mendaki di Kedah sebelum kembali ke rumah 😄


Seketika di Sekinchan, Selangor
Tak banyak yang boleh dicatat sebab saya dan suami sampai di Sekinchan pada waktu malam. Kemudian esoknya selepas selesai urusan suami, kami terus bergegas kembali ke utara tanah air. Yang pasti, banyak perubahan di Sekinchan setelah kunjungan terakhir saya di sini sekitar 7 tahun lalu. Dah banyak hotel, jalan rayanya pun dah banyak perubahan. Juga dah banyak tempat menarik boleh kita kunjungi. InsyaAllah kalau ada kesempatan boleh datang ke Sekinchan lagi khusus untuk jalan-jalan sambil menjana ekonomi penduduk setempat.

Pemandangan dari bilik penginapan kami di tingkat 6, The One Boutique Hotel. Nun di hujung sana lautan terbentang luas. Di bawah tu pula Kampung Nelayan Bagan Sekinchan.

Pemandangan dari sudut lain hotel, nun di sana sawah padi luas menghijau. Pemandangan yang indah.

MasyaAllah cantik sungguh warna alam! Langit membiru dengan tompokan awan putih, sawah padi menghijau dengan deretan pokok kelapa. Pemandangan indah yang dapat kita lihat dari jalan raya di Sekinchan. Masa ni kami dalam perjalanan keluar dari Sekinchan dan menuju ke utara pula.

Mee Udang & Mee Jawa Sekinchan
Malam semasa tiba di Sekinchan sempatlah kami merasa makanan di sini. Ada banyak pilihan kedai makan, sama ada menjual Mee Udang Banjir atau kedai makanan laut. Juga kedai mentarang bakar (yang ni buka waktu siang dan kami tak sempat nak mencuba).

Mee Jawa pilihan saya. Sedap memuaskan selera. Memang dah lama tak makan Mee Jawa ni.

Mee Udang Banjir. Di menu memang ada dinyatakan Mee Udang Banjir harga RM12 ada 4 ekor udang. Kalau nak tambah udang pun boleh, tambah duit jelah. Hehe. Mee Udang di sini menggunakan kuah yang sama dengan Mee Jawa tadi.

Ok, itu saja catatan saya di Sekinchan. Sekinchan sangat sesuai bagi yang nak menikmati suasana kampung tetapi tak kampung sangat (sebab dah maju) dan sesuai bagi penggemar makanan laut. Istimewa di Sekinchan ni sebab ada mentarang, tak semua tempat ada mentarang kerana habitatnya di pantai berselut. Saya pernah juga cuba makan mentarang sewaktu di Perlis suatu ketika dulu, itu yang pertama dan terakhir setakat ni.

16 comments:

  1. Seronok gi Sekinchan..tengok sawah padi...sedapnya mee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat layan mata, juga layan selera 😀

      Delete
  2. saya pun suka Sekinchan. Cuma tak tahan panasnya jelah, tapi bila fikir balik baguslah panas. kalau hujan macamana nak berjalan. hehe. moga ada rezeki kak Ujie menikmati mentarang nanti

    ReplyDelete
  3. Hehe lama berjalan. Utara ke selatan dan patah balik ke utara. Tidak silap mentarang ada juga di Sungai Besar.
    Memang seronok makan hasil laut. Julung-julung dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu, sebab Sg Besar dan Sekinchan di pesisir pantai yang sama.

      Delete
  4. sedap nmpknya mee udang banjir tu...pernah mkn juga kt sekinchan dlu...lupa nama tmptnya..

    ReplyDelete
  5. Pemandangan di daerah ini memang sangat menenangkan!

    ReplyDelete
  6. Merancang juga nak bercuti ke Sekinchan & Kuala Selangor. Perasan jugak The One Boutique Hotel ni. Macam strategik dan menarik juga lokasinya. Kalau ke sini memang membeli mentarang sebab abah saya suka betul mentarang rebus. Mi udang belah belah kawasan nelayan ni memang sedap dapat udang fresh. Macam tu pulak guna kuah yang sama. Sebenarnya kedua dua kuahnya berbeza kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi akak tak recommend hotel ni Fiza. Ada pengalaman tak menarik 😅

      Ya, biasanya mi udang bukanlah kuah mi Jawa. Tak taulah, mungkin di Sekinchan begitu. Atau di kedai ni je.

      Delete
    2. Jimat bahan nak buat kuah lain agaknya tu. hihi..Janji sedap kan kak :)

      Delete
  7. Tak boleh nampak udang tu terus lapar sebab memang suka udang. Kalau pergi area sana cantik betul sawah padi terbentang luas.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****