AHAD | 02.01.2022
Alhamdulillah pada hari Ahad lepas saya sudah pun menerima suntikan dos penggalak (booster dose). Makluman menerusi SMS supaya menyemak butiran temujanji telah saya terima 7 hari sebelumnya.
Kali ni saya dan suami dapat temujanji dos penggalak di lokasi dan tarikh yang sama, cuma berbeza masa. Lokasinya juga lebih dekat dengan rumah kami, lebih mudah.
Lokasi PPV kami di Dewan Bandar Cassia. Saya terus je datang bersama suami, ikut masa temujanji suami yang lebih awal berbanding saya. Tak ada sesiapa pun tanya berkenaan masa temujanji tu. Selepas itu barulah saya tahu di sini kita boleh walk-in. Huh…kalau tau memang saya akan datang sebelah pagi. Tak payah datang ikut masa temujanji pada sebelah petang yang panas. Patutlah suasana agak kelam-kabut sebab orang ramai, mujur juga petugas cekap mengendalikan.
Prosedur untuk suntikan dos penggalak sama je seperti dos sebelum ni, kita perlu melalui 5 stesen. Mula-mula sekali kita perlu mengisi borang persetujuan. Dalam gambar (di atas), masa ni saya dan suami sedang duduk menunggu di stesen ketiga - konsultasi dan kebenaran. Di stesen ketiga inilah kita perlu pilih vaksin dos penggalak, sama ada nak Pfizer, Sinovac atau AZ. Doktor bertugas seorang perempuan berbangsa India berkata pada saya, “Harini ambil Pfizer boleh?”. Sebelumnya, saya dan suami sudah berbincang vaksin pilihan (selepas dapat tahu di PPV ni terdapat pilihan vaksin), kami sepakat ambil vaksin Pfizer. Tadi pun sempat berbual ringkas dengan seorang petugas lelaki, menurutnya stok vaksin Pfizer masih banyak berbanding yang lain.
Saya dan suami dapat masuk ke bilik suntikan yang sama. Dalam bilik suntikan terdapat dua orang petugas kesihatan perempuan yang memakai baju biasa (PPV ni kendalian swasta). Sebelum melakukan suntikan, petugas kesihatan memberitahu saya “Ni vaksin Pfizer ya..”. Saya dah bersedia untuk rasa sakit (seperti dos kedua), tapi nampaknya kali ni tak terasa sakit. Hehe…lega.
Alhamdulillah selesai semua urusan dalam tempoh sekitar 1 jam 10 minit. Sebelum beredar, kami diberi kad vaksin untuk diisi sendiri butiran peribadi bagi mempercepatkan urusan. Di luar masih ramai orang menunggu, juga ada bas-bas kilang yang menghantar para pekerja mereka untuk mendapatkan vaksin dos penggalak.
Profile MySejahtera saya (ambil masa beberapa jam untuk dikemas kini), catatan masa bagi dos penggalak tu tak tepat sebab kali ni kita tak perlu terus imbas kod QR selepas suntikan. Masa sebenar seperti yang dicatat oleh petugas kesihatan pada borang persetujuan adalah pada pukul 2.44 pm.
Dos pertama dan kedua saya dapat suntikan vaksin CoronaVac (Sinovac), manakala dos penggalak pula vaksin Cominarty (Pfizer). Boleh campur vaksin? Boleh je, sebab semuanya dihasilkan dengan tujuan yang sama iaitu melindungi diri penerima daripada kesan teruk sekiranya dijangkiti COVID-19. Cuma berbeza pengeluar saja. Kecuali ada masalah kesihatan, kenalah minta nasihat doktor.
Berkenaan kesan sampingan selepas vaksin dos penggalak, selepas beberapa jam disuntik barulah saya mula terasa sakit di bahagian suntikan, lebih-lebih lagi kalau buat pergerakan. Pada hari kedua, saya dan suami masing-masing mengalami gejala demam ringan. Kami ambil paracetamol dan minum vitamin C Redoxon. Alhamdulillah demam tak berlarutan. Sewaktu catatan ini ditulis, sakit di bahagian suntikan sudah pun berkurangan tetapi bahagian tersebut masih terasa panas dan agak keras bila disentuh. Saya juga mengalami sakit kepala (kadang-kadang), tapi tak pasti ni kesan sampingan selepas vaksin atau memang tengah nak sakit kepala.
Ok, tu saja perkongsian pengalaman saya mengambil vaksin dos penggalak. Dos penggalak adalah pilihan dan bukan wajib ambil. Setakat ni saya masih memilih untuk menerima suntikan vaksin selagi badan saya tak mengalami kesan sampingan yang teruk.
.
Alhamdulillah semoga sihat selalu
ReplyDeleteHari tu teman Mak untuk booster dose. Hari ni Abah pulak dapat date. Tak sabar tunggu turn diri sendiri hehe
Moga Abah Cici baik-baik je lepas vaksin. Bagus Cici, tak sabar tunggu turn ya..hehee
DeleteSelesai suntikan bosster.
ReplyDeleteSaya belum lagi... mungkin minggu depan, in syaa Allah.
InsyaAllah..tak lama lagi tu.
DeleteAda orang ambil di klinik, ada di PPV. Boleh pilih jenis pula.
ReplyDeleteOk itu cepat juga kemaskini maklumat dos penggalak.
Ahli keluarga saya ada yang dapat di klinik swasta, klinik kerajaan. Nampaknya lebih cepat urusan kat situ. Tapi takde pilihan vaksin la. Kena terima apa yang ada.
Deletekatanya ada ke 4 pulak selepas ni. Apa2 pun moga membawa manfaat kepada kita kan kak ujie :)
ReplyDeleteItulah…nak ambik ke tak yang ke-4? Nanti akan difikirkan.
DeleteSama! Uncle pun dapat booster Pfizer! Gimifai
ReplyDelete🖐 sepp!
DeleteTahniah Ujie...Angah belum lagi sebab tolak temujanji pertama last month....takuttt
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteInsyaAllah moga Angah pun nanti baik-baik je lepas vaksin.
saya dapat di klinik biasa je, terus bagi pfizer...oklah kan, boleh pilih booster..
ReplyDeletealhamdulillah. tahniah. selamat dah. moga terus sihat selalu. aamiin
ReplyDeleteMasih ada PPV dibuka untuk dos penggalak ni. Saya fikir semuanya kat klinik je. Mungkin sebab buka untuka walk in sekali. Lama jugak prosesnya tu. Mujur dekat dengan rumah je.
ReplyDeletebooster ketiga ni saya tak ambil lagi. Sebab AZ kena tunggu 6 bulan. Tapi..macam malas nak ambil. huhu
ReplyDelete