Friday, 28 January 2022

Ertugrul - Selesai Musim 1 & 2

Saya bukanlah seorang yang gemar menonton drama bersiri, tetapi siri Ertugrul telah berjaya membuat saya menonton sehingga musim ke-2. Kali pertama tahu pasal siri Ertugrul rasanya melalui blogger Nohas. Lepas tu muncul pula di YouTube, saya cuba klik dan menontonnya. Eh…syok pulak melayan! Saya tak ingat bila bermula, tapi dah berbulan-bulan juga saya ikuti siri Ertugrul ni.

Resurecction Ertugrul (judul Turki - Dirilis Ertugrul) mengisahkan tentang Ertugrul (sebutannya Er-tu-rul) dan bagaimana bermulanya Empayar Uthmaniyyah. Sebuah kisah genre sejarah dan aksi. Tetapi pastinya bukanlah seluruh jalan cerita adalah berdasarkan fakta sejarah. Bagi saya, itu tidaklah begitu penting. Yang penting jalan ceritanya sangat menarik untuk saya tonton dan mengandungi banyak pengajaran. Aksi berkuda dan pertarungan juga menjadi antara tarikan mengapa saya mengikuti siri ini.

Musim 1 | 76 Episod




Musim 2 | 103 Episod





Ciri-ciri seorang hero yang ada pada Ertugrul.
Watak kegemaran saya, Ibn Arabi (dalam gambar). Tenang mendengar kata-kata nasihatnya. Selain tu saya suka watak Hayme, emak Ertugrul. Seorang wanita dengan peribadi yang kuat.

Siri Ertugrul ada 5 musim semuanya. Tapi cuma ada musim 1 & 2 sahaja di YouTube. Jika di Netflix sudah lengkap 5 musim. Ada peminat Ertugrul kat sini yang dah selesai menonton 5 musim?


10 comments:

  1. Nama orang Ertughul rupanya.
    Panjang-panjang episodnya.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah tertengok dan best pulak memang layan sampai next seasons. Hihi..

    ReplyDelete
  3. Bilalah Malaysia nak ada cerita semi sejarah macam ini Kalau dulu banyak sekarang dah kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Bagus impak cerita sejarah begini kepada generasi hari ini.

      Delete
  4. Sejujurnya uncle first time dengar...

    Thanx

    ReplyDelete
  5. oh..ada di Netflix ye. nampaklah iklan hari tu tapi nantilah tungu habis siri saya tengah tonton sekarang

    ReplyDelete
  6. kat tivi pun dah ada banyak cerita-cerita dari Asia tengah..

    ReplyDelete
  7. dana ni kalau drama yang sampai ratus-ratus memang tak rajin nak layan kak.... tapi bila dah jatuh suka memang syok layan kan

    ReplyDelete
  8. drama epik mcm ni mmg sangat best..bagi yg minatlah kan..

    ReplyDelete
  9. cuknur suka cerita mcm ni
    memangg ada masa akan. layann

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita ^_^