AHAD | 23.01.2022
Cuti hujung minggu, encik suami ajak berjalan-jalan ke Taiping, Perak. Tak begitu jauh dari rumah kami di PP, pemanduan sekitar 1 jam 15 minit sahaja. Destinasi utama kami - Taman Tasik Taiping. Suatu masa dulu pernahlah juga kami ke Taiping, tapi tak sampai ke Taman Tasik Taiping.
Sebelum pergi, saya buat carian di Facebook berkenaan tempat makan sarapan sedap di Taiping. Saya pilih salah satu nama kedai yang dicadangkan oleh warga maya iaitu Nasi Lemak Kambus.
Kami tiba di kedai Nasi Lemak Kambus menghampiri pukul 9 pagi. Orang tak begitu ramai, kami masih dapat ruangan parkir berhampiran dan boleh memilih meja makan.
Kami pilih duduk di ruangan luar tepi kedai. Rasa lebih lapang dan seronok dapat melihat pokok-pokok tanaman yang nampak dijaga baik oleh pemilik kedai. Di atas meja tersedia buku menu berserta borang pesanan dan pensil. Ada 6 menu pilihan semuanya. Kami pilih Nasi Lemak Kambus dan Nasi Lemak Kambus Ayam Berempah.
Nasi Lemak Kambus Ayam Berempah pilihan suami. Lepas dapat hidangan kami ni, terdengar orang kedai kata “Nasi Lemak Kambus Ayam Berempah dah habis..” kepada seorang pelanggan. Cepat betul habisnya, mungkin ramai yang dah datang lebih awal atau bungkus bawa pulang. Memang saya nampak ramai juga yang beli bungkus dalam kuantiti yang banyak.
Nasi Lemak Kambus pilihan saya. Apa tu nasi lemak kambus? Nasi lemak yang dibungkus dengan telur dadar, dihidang bersama sambal ikan bilis, kacang, hirisan timun dan opak. Sedap dan memuaskan selera.
Menu Nasi Lemak Kambus ni cuma ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari lain ada menu biasa sarapan pagi seperti nasi lemak dan roti canai.
Kalau nak ke sini, buat carian di Google Maps ‘Nasi Lemak Kambus’. Lokasinya bersebelahan Muzium Perak. Kawasan parkir agak terhad. Waktu operasi bermula 7.30 pagi - 12 tengah hari.
.
menggodanya yg ada ayam berempah tu kak oi... dahla banyak gitu harga pun kira berpatutan sangat lah kak
ReplyDeletestail nasi lemak pattaya..banyak sambalnya..the best!
ReplyDeletewahh blk tepeng blh cari ni
ReplyDeleteminggu ni cadang nk blk tp cancelled adoii tgk jln jemm rasa malas abang driver cik nur huhuu
Betul..buang masa kat jalan je nanti 😅
DeleteBestnya kampung kat Tepeng...tempat yang tenang.
Wahh dikambus macam tu ye. Menarik dan nampak sedap
ReplyDeleteunik namanya...sedap nmpk tu
ReplyDeleteMacam-macam nama. Makanan yang namanya luar biasa mesti hendak cuba. Rupanya macam nasi pattaya. Eh saya nampak ada keropok. Apabila baca bahan iringan ia dipanggil opak.
ReplyDeleteYa NA, keropok opak - diperbuat daripada ubi kayu. Sedap.
DeleteNampak kelainanya
ReplyDeleteStrategi menarik pelanggan
kambus la pulak! Macam2 nama! hehehe
ReplyDeleteMenarik untuk dicuba
ReplyDeleteoh ok..kami hari tu ke Taiping tak tau nak breakfast di mana. mana tau ke sana lagi bolehllah cuba
ReplyDeleteJemput singgah dan support Nasi Lemak Kambus ya Puan
DeleteUnik nama dan presentation nasi lemak nya. Bagus marketing dia, jadi satu daya tarikan pelanggan.
ReplyDeleteTerima kasih Puan sekeluarga sudi singgah dan support Nasi Lemak Kambus. Semoga berpuas hati dengan citarasa hidangan dan layanan yang diberikan. Kami amat menghargai komen yang diberikan. Jemput singgah lagi ya andai berkunjung ke Taiping Bandar Warisan.
ReplyDeleteSama-sama. Semoga bisnes terus maju jaya.
Delete