Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas hari ini pada tahun 2022. Tak ada apa pun nak diceritakan pada 1 Januari 2022 ni, saya melalui hari-hari seperti biasa. Catatan ni sekadar nak mengabadikan beberapa gambar di blog sebagai memori akan datang.
Pukul 12.01 tengah malam tadi, dari balkoni rumah saya dapat menyaksikan percikan warna-warni bunga api di udara. Berdentam-dentum di sana sini. Pemandangan yang cantik dilihat oleh mata, tapi bila ambil gambar jadi rupa gini jelah gambarnya.
Pemandangan pukul 7.11 pagi. Pagi yang sejuk dan nyaman.
Pagi ni keluar bersarapan di kedai makan berhampiran rumah. Maggi Celup panas berasap-asap.
Lepas bersarapan terus ke pasaraya untuk membeli barang keperluan. InsyaAllah esok petang, saya dan suami akan menerima suntikan dos penggalak. Jadinya harini siap-siap beli stok makanan, persediaan kalau dua-dua orang tak sihat dek kesan sampingan selepas vaksin. Harapnya baik-baik jelah, tapi tetap kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Selamat tahun baharu 2022 semoga dipermudahkan urusan boosternya
ReplyDeleteInsyaAllah, aamin.
DeleteYa Alla, saya tiba-tiba macam tidak gembira tidur awal semalam. Hari ini mata galak.
ReplyDeleteSelamat ambil penggalak. Saya ini ingatkan sudah selesai 2 dos boleh lompat-lompat bintang. Ini gemuruh. Selagi tidak dapat rasa berat bahu ini. Hehe. Selamat semuanya ya Puan Ujie.
InsyaAllah moga dipermudahkan Allah untuk NA jugak ya.
DeleteCantiknya pemandangan waktu malam dan pagi.
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2022 Ujie. Moga yang baik-baik sahaja untuk sepanjang 2022.
Aamin..untuk kak Amie juga.
DeleteCantiknya dapat tengok view macam tu.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan esok. Jangan lupa sediakan panadol/pain killer sekali ❤
Aamin. Haa..ya, panadol ada. Pain killer je takde.
DeleteSelamat tahun baru Ujie..semoga baik2 aje selepas suntikan..
ReplyDeleteInsyaAllah, aamin.
Deletebest view !
ReplyDeleteAlhamdulillah ❤
DeleteWah! Cantiknya view Ujie! Bukan semua orang dapat pemandangan macam ni!
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapatlah tengok gini sementara duduk kat PP ni. Pertengahan tahun ni InsyaAllah kembali ke rumah di NS.
DeleteSelamat tahun baru puan :)
ReplyDeleteCantik view siang & malam, dua-dua lawa.
Alhamdulillah ❤
DeleteSelamat tahun baru PH.
Selamat tahun baru 2022 kak. Cantiknya permandangan dari rumah akak. Sedap dapat makan maggi celup panas panas. Betul betul panas asap kepul kepul tu. Semoga baik baik je lepas cucuk vaksin nanti. Aaaminn...
ReplyDelete