Morning walk hari Ahad lepas - saya dan Encik Suami berjalan santai sambil menikmati alam di kawasan tempat tinggal kami. Tiba di suatu tempat dengan deretan pokok kelapa di tepi jalan, saya memandang ke atas melihat hujung pokok kelapa.
Sekali pandang, nampak biasa je pokok kelapa ni.
Bila saya perhatikan, eh…ada banyak sarang burung!
MasyaAllah banyak sungguh sarang burung tempua bergantungan di hujung daun kelapa. Teruja saya melihat sarang burung yang sangat banyak begini.
Sarang burung tempua sangat unik dengan bentuk yang pelbagai dan warna sarang yang berbeza. Begitu hebat kuasa Allah menciptakan burung tempua dengan kemampuannya tersendiri.
Walaupun saya sudah agak biasa (sejak menetap di negeri paling utara) menyaksikan sarang burung tempua, saya tetap jua teruja setiap kali ternampak gantungan sarang burung di pokok. Selalu juga saya jumpa sarang burung tempua berjatuhan di tanah sewaktu melakukan aktiviti morning walk.
Saya pun teruja nak pegang tapi jauh nak capai...
ReplyDeleteEh, boleh pulak dia buat sarang di pokok kelapa ek. Banyak pula tu. Meriah dia punya sarang. Kalau saya pun teruja dan ambil gambar. Nampak macam ada yang masih baru, hijau² tu. Cantik seni sarang burung tempua ni.
ReplyDeleteSy pun selalu amaze dgn sarang burung tempua. Cantik dan unik kan...
ReplyDeleteTempua yang anyam sarang ni tempua jantan. Kalau ada tempua betina yang berkenan dengan sarang tu mulalah misi untuk menghasilkan telur. Banyaknya sarangnya. Musim mengawan agaknya.
ReplyDeleteBanyaknya sarang burung
ReplyDeleteBaru nak kata nanti jatuh bedebuk daripada pokok kelapa yang tinggi.
ReplyDeleteBanyak juga sarangnya.
Ye la.. first time tengok yg banyak cam ni! Sekampung!
ReplyDeleteSaya betul2 galfok (gagal fokus) melihat hasil foto kakak. Langsung teringin beli hp yg sama 🤣. Ini Samsung S24 ultra ya kak?
ReplyDeleteBetul lah kak, banyak betul sarangnya... cantik betul tu
ReplyDeleteBanyak ye sarangnya...pandai diorang buat sarang yang cantik, berapa lama agaknya bertahan tu...SA suka tgok suasana macam ni
ReplyDeleteBanyakkknya
ReplyDeleteMesti dia rasa selamat
Tinggi atas tu
Ohh sarang burung tempua namanya. Banyam pulak tu!
ReplyDeleteBurung2 pun nak hidup berjiran atas pokok kelapa hehw
Meriah tengok sarang burung tu.. first time tengok yang warna hijau tu.. orang selalu ambil buat hiasan
ReplyDeleteCantik sarang burung tempua ni..
ReplyDelete