SABTU | 15.01.2022
Masih cerita di Perlis, negeri paling utara di Semenanjung Malaysia. Selepas menikmati keindahan panorama di View Point Wang Kelian, saya dan suami ke satu lagi tempat menarik di Perlis iaitu Dataran Empangan Timah Tasoh.
Kami tiba di Dataran Empangan Timah Tasoh pada waktu senja. Masih ramai pengunjung, tetapi tidaklah sesak. Dapatlah kami menyaksikan keindahan matahari terbenam di sini. Golden hour dalam istilah fotografi.
Suasana terlihat lebih indah ketika ini. Sungguh saya terpesona melihat panorama begini. MasyaAllah ❤️
Di dataran ini juga terdapat menara tinjau dan Galeri Paleo Tethys Timah Tasoh.
[Info] Geotapak Timah Tasoh terletak dalam kawasan Empangan Timah Tasoh. Empangan Timah Tasoh merupakan tasik buatan dan menjadi pusat tadahan air hujan di Perlis. Keluasan kawasan takungan adalah 13.3 km² dan dapat menakung sebanyak 40 juta meter padu air. Empangan ini dipengaruhi oleh cuaca panas dan kering yang menyebabkan isipadu air empangan menjadi kurang dan merekah sekitar bulan Januari hingga Mac setiap tahun. Geotapak Timah Tasoh banyak menyimpan maklumat berkenaan geologi dan fosil terutamanya fosil fauna beriklim sejuk di geotapak ini. -sumber perlisgeopark.com
Fosil batuan yang dipamerkan di sini.
Kami menyaksikan detik-detik indah matahari terbenam sehingga hilang di balik perbukitan dari galeri tadi.
Selepas itu kami berjalan dan melihat-lihat sudut lain dataran ini. Masa ni para peniaga gerai makanan sudah pun berkemas, begitu juga penyedia perkhidmatan kayak. Nampaknya jika masih siang, tempat ni mungkin meriah dengan pengunjung dan aktiviti air.
Aktiviti saya ketika ini, sibuk memotret sana sini.
Buaian itu, tadinya saya pun sempat merasa keseronokan berbuai sambil menikmati panorama alam. Orang tak ramai, kuranglah rasa segan seorang makcik ni nak main buaian 😅
Terima kasih Allah yang memberi peluang untuk saya menyaksikan keindahan alam ciptaan-Nya.
Kemudahan, tarikan dan aktiviti yang ada di Dataran Empangan Timah Tasoh.
Kalau datang ke Perlis, bolehlah berkunjung ke Dataran Empangan Timah Tasoh ni ya. Setiap tempat ada keunikan tersendiri untuk kita nikmati. Untuk ke sini, buat carian ‘Dataran Empangan Timah Tasoh’ di aplikasi Google Maps.
Subhanallah. Memang rasa asyik.
ReplyDeletePuan Ujie pun pandai ambil gambar. Teringin hendak ke sana.
Terima kasih NA 😊
DeleteRezeki..sampai sini sedang elok pulak matahari terbenam.
InsyaAllah moga NA sampai sini nanti.
Pandai cari timing ni.... Cantik warna langit!
ReplyDeleteAlhamdulillah...kebetulan je ni.
Deletesubhanallah
ReplyDeletecantikkk ciptaanNya
memang kalau dpt peluang xkan lepaskan
snap pic byk2😍
Kan..teruja punya pasal 😁
DeleteCantik sangat subhanallah!
ReplyDeleteRasa tenang je w/pun sekadar tengok gambar :D
Begitu indah ciptaan Allah 🥰
DeleteSaya sangka kan hanya sekadar tasik yang ada gazebo macam tu. Rupanya ada juga tarikan lain di sini. Banyak aktiviti jugaklah kat sini. Bagus jugak letak papan tanda info tu. Cantik tangkapan panorama golden hour akak :)
ReplyDeleteBagus kan, ada aktiviti barulah hidup tempat gini.
DeleteTerima kasih Fiza, Alhamdulillah ngam kena masa.
wahh chuantek giler sunset keemasan ittewww 👍👍
ReplyDeletesubhanallah...cantik...
ReplyDeletesubhanallah kak.... cantiknya gambar matahari terbenam tu, warna biru dan jingga yang cantik sangat
ReplyDeletetak jemu nengoknya kak oi
cantik gambar-gambar kak Ujie tangkap. Subhanallah. Memang indah ciptaan Allah. baru tau Perlis ada tempat best macam ni. thanks for sharing.
ReplyDeletep/s: kalau terkomen lebih sekali, delete jelah komen lama. Blogger pening