Tuesday, 1 September 2020

Tapai Pulut Daun Pisang

Tapai merupakan antara makanan yang saya suka makan. Tak kisahlah sama ada tapai ubi atau tapai pulut, dua-dua pun saya suka. Kalau jumpa orang jual di pasar atau di kedai makan, mesti nak membeli.

Balik dari kerja di Kedah, suami belikan Tapai Haji Ismail. Tapai pulut yang dibungkus menggunakan daun pisang. Rasanya ini pertama kali saya dapat makan tapai pulut yang dibungkus begini. Yang biasa saya makan...tapai pulut dibungkus menggunakan daun getah atau dalam bekas plastik kecil.

Ada 12 bungkusan di dalam bekas ni. Harganya RM5.

Cara bungkus macam bungkusan nasi lemak. Comel je. Rasanya pun sedap lebih-lebih lagi lepas disejukkan, jadi lebih manis! Kalau ada ais krim perisa Vanila pun sedap jugak ni 😋


13 comments:

  1. sedapnya kak oi.... dana dulu tak suka tapai pulut tapi makin tua makin suka heheheh

    ReplyDelete
  2. alamak.. rasa perut mcm ada gas pulak tgk tapai ni. haha .. sedap ni.

    ReplyDelete
  3. Saya lagi suka tapai ubi. Tapai nasi tidak pandang. Hehe. Selamat makan ya.

    ReplyDelete
  4. Saya bukan penggemar tapai, tapi saya suka bau tapai hehe

    ReplyDelete
  5. tapai pulut saya suka.. tapai ubi kurenggg skittt

    ReplyDelete
  6. Sekarang dah ramai orang bisnes tapai pulut dan ubi ni.

    ReplyDelete
  7. feveret ni Ujie makan dengan aiskrim vanila pun sodap kan :)

    ReplyDelete
  8. samalah kita, suka dua2 jenis tapai...

    ReplyDelete
  9. sedapnya tapai kalau dimakan dengan aiskrim vanilla lagi best tu

    ReplyDelete
  10. Sedapnya tapi. suka makan gak tapi tak leh makan banyak. manis dan nanti pening. Sedap tapai bungkus dengan daun pisang. yang tapai dalam bekas tu kurang sedap sikit. Suka tapai pulut daripada tapai ubi.

    ReplyDelete
  11. Mak mentua saya suka betul tapai. Saya tak jalan pula. Hahah

    ReplyDelete
  12. ammi tak pandai makan tapai..pernah cuba jadi pening pulak

    ReplyDelete
  13. Sedapnya tapai pulut! Lagilah yang sudah berair... manis!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****