Dari Rumah Sungai Bonda Rozita (entri DI SINI), destinasi saya dan suami yang seterusnya adalah Bentong, Pahang. Perjalanan diteruskan dalam hujan yang kadang renyai dan kadang lebat.
Untuk ke Bentong, akan jumpa simpang ke Genting Highlands terlebih dahulu. Memandangkan kami belum pernah sampai ke Genting Highlands, suami ajak singgah sekejap melihat-lihat Genting Highlands Premium Outlet (GPO).
Setelah melalui jalan yang berliku, sampailah ke GPO ni. Orang tak begitu ramai, tapi masih perlu beratur agak panjang di sesetengah kedai. Kami sekadar masuk ke beberapa kedai yang tak perlu beratur untuk masuk sebab nak cepat. Lagi pulak bukan ada apa nak dicari dan beli.
Pemandangan yang menarik dan menyegarkan mata. Haa...kalau tengok pemandangan gini memang saya suka! Kalau nak masuk kedai-kedai tu memang saya lemah sikit. Tak minat membelek 😬
Kami jalan-jalan di GPO tak sampai satu jam pun. Betul-betul cuma nak melihat dan ambil pengalaman di pusat membeli-belah tanah tinggi. Memang syok bab sejuknya tu, nyaman je. Lagi pulak masa kami datang ni hujan masih lagi membasahi bumi, bertambah sejuk.
Jadiklah...walaupun tak sampai ke puncak Genting Highlands, sampai la jugak di GPO ni. Kalau nak tunggu saja-saja datang, memang taklah sebab tak pernah ada keinginan nak ke sini pun. Tapi bila dah pernah sampai ni, barulah tau yang GPO tu tak jauh mana. Patutlah ramai orang suka datang jalan-jalan hujung minggu ke sini.
Ok, perjalanan diteruskan ke Bentong. Masih ditemani hujan sepanjang jalan...Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.
Saya belum pernah singgah GPO.
ReplyDeleteYa alang-alang sudah lalu, baik singgah tengok apa ada kan?
dana yang dekat pun tak pernah sampai GPO kak heheheh... takde rasa or ada keperluan kot...
ReplyDeletetapi cantik pemandangan di tanah tinggi kan kak...
bestnya akak serata semenanjung jalan-jalan walaupun sambil kerja heheheh
saya jangan kata genting, GPO pun belum jejak hihi
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi ke GPO ni. Cantik tempatnya. Kalau boleh nak je pergi selalu tempat tanah tinggi ni. Apakan daya semua jauh jauh.
ReplyDeleteCntik betul suasana dr tanah tinggi.. lapang je rs minda...
ReplyDeleteTak pernah lg sampai ke GPO ni. Tgk dalam gambar cantik tempatnya. Inshaa Allah ade masa kelapangan boleh jln2 sana :)
ReplyDeleteThanks sharing ujie :)
murah2 ke barang di GPO selepas diskaun?
ReplyDeleteMurah kot. Nampak orang lain pegang banyak shopping bag kat tangan masing-masing.
DeleteBelum berpeluang lagi nak jejak kaki kat sini. Tengok gambar nampak cantik :)
ReplyDeleteGPO ni time sale mmg best...nyamannya pemandangan bukit-bukau, awan gemawan..
ReplyDeleteOrang kata best shopping di GPO.... hehehhe bagi yang kaki shopping memang inilah syurganya ye.
ReplyDelete