Thursday 3 September 2020

Cara Simpan Daun Limau Purut Agar Kekal Segar dan Tahan Lama

Sebelum ni saya pernah tulis pasal cara simpan halia & kunyit agar kekal segar dan tahan lama, entrinya DI SINI. Hari ni saya nak kongsikan pula cara saya simpan daun limau purut agar kekal segar dan tahan lama.

Sebelum saya cuba cara ni, saya dah pun buat carian internet dan jumpa beberapa cara lain. Antaranya ada yang simpan dalam bentuk ais kiub, ada yang keringkan dan simpan dalam peti sejuk dan ada yang terus je masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk beku.

Saya perlukan satu cara yang boleh kekalkan daun limau purut dalam keadaan segar - iaitu daun masih berwarna hijau dan kekal menghasilkan aroma segar limau purut walaupun selepas berbulan-bulan disimpan. Sebab saya bukanlah selalu gunakan daun limau purut ni, kalau masak pun tak banyak. Memang biasa beli, baru guna sekali dua dan akhirnya terpaksa buang sebab dah tak segar.

Saya jumpa satu cara dari sebuah laman web berbahasa Inggeris dan rasa macam menarik untuk dicuba. Cara yang dicadangkan adalah menggunakan teknik pembekuan (freezing). Saya mula buat ni pada tahun lepas (2019).

30.10.2019 - Saya beli satu pek daun limau purut. Basuh bersih, toskan dan tekap-tekapkan menggunakan tisu dapur supaya kering. Sediakan dulang atau pinggan besar, ikut mana yang muat dalam peti sejuk beku kitalah. Alaskan dengan tisu dapur dan letakkan daun limau purut tadi. Selerak-selerakkan. Kalau guna dulang lagi bagus sebab tak berkumpul gini. Kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama beberapa jam atau semalaman. Tujuan buat gini supaya daun limau purut dapat disejuk bekukan secara sekata.

31.10.2019 - Inilah rupa daun limau purut selepas semalaman saya sejuk bekukan ia.

Lepas keluar dari peti sejuk beku, terus masukkan dalam bekas yang bertutup rapat atau dalam beg plastik berzip. Catatkan nama herba dan tarikh mula simpan. Kemudian boleh simpan semula dalam peti sejuk beku. Keluarkan sikit setiap kali nak guna.

02.09.2020 - Inilah rupa daun terakhir yang saya guna semalam, setelah 10 bulan disimpan! Memang cukup lama. Dari rumah di Negeri Sembilan siap bawa pindah ke sini (rumah Pulau Pinang). Dah sekian lama barulah warna daun berubah. Selama ni saya guna memang elok je warna hijau. Dari segi aroma, memang masih kekal. Setiap kali buka bekas tadi, terus terbau aroma segar daun limau purut.

Sempatlah daun terakhir semalam saya masukkan dalam tomyam ni. Lepas ni kena beli lagi dan boleh buat cara simpan gini lagi. Memang puas hati dan mudah untuk saya yang tak menanam pokok limau purut ni.

Cara ni juga sesuai untuk apa-apa daun herba yang kita nak kekalkan warna daun dan aromanya. Lepas ni saya nak cuba buat teknik yang sama untuk daun kari dan daun kunyit pulak, sebab setakat ni saya tak menanam apa-apa tumbuhan herba kat rumah Pulau Pinang ni.

Ok, selamat mencuba untuk sesiapa yang ada masalah sama macam saya - tak ada pokok limau purut tapi nak jugak guna daun segar, dan beli sekali tapi boleh simpan berbulan lamanya 😁

18 comments:

  1. Cuma kena ingat untuk guna, kadang-kadang simpan lama apabila hendak pakai tidak jumpa letak di mana.

    ReplyDelete
  2. dana biasa lepas cuci keringkan masuk dalam plastik zip lock dan simpan dalam bhg sejuk beku, bila nak guna baru keluarkan buat masa ni alhamdulillah masih lg hijau dan beraroma bila nk digunakan...

    ReplyDelete
  3. good info. selalu ammi basuh pastu simpan je terus. masuk je dalam lauk waktu kejung2 tu.

    ReplyDelete
  4. Menarik ni...boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  5. Uih lama betul tu! Kena cuba untuk daun2 lain pulak

    ReplyDelete
  6. Cara zhi mengekalkan kesegaran daun limau purut adalah dengan menanam pokok limau purut di depan rumah.. haha. btw, thanks for the info.

    xo.

    ReplyDelete
  7. Bagus la info ni, selama ni kita simpan cam biasa je. Lepas ni boleh ikut cara ni 🌸

    ReplyDelete
  8. Wow! 10 bulan simpan masih elok!

    ReplyDelete
  9. Jimat la kak ujie klu ade cr cmni.. kalau ade pokok sng lah..klu xde pokok mmg kne fikir cr nk bg sayur tahan lama

    ReplyDelete
  10. Lama jg tahan..hampir setahun...berbaloi buat mcm ni..

    ReplyDelete
  11. bagus kan boleh simpan lama. kalau sy leraikan dan masukkan dalam bekas plastik ziplock.

    ReplyDelete
  12. baguslah tips ni..memudahkan, yg penting lama boleh simpan..

    ReplyDelete
  13. Insyaallah,boleh buat ni..tq tips nya

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lagi cuba simpan daun limau purut ke tempat beku . Selalu simpan dalam tupperware dan diletakkan tisu

    ReplyDelete
  15. Sama cara dengan daun kari juga ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sama cara. Saya dah try buat untuk daun kari juga.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****