Ahad | 20.09.2020
Ada beberapa orang bertanya saya, “Dah sampai Balik Pulau?”. Jadinya hujung minggu lalu saya dan suami ke Balik Pulau, saja nak melihat-lihat. Sebelum pergi, saya buat carian di internet mengenai Balik Pulau.
Dalam lingkaran warna merah itulah Balik Pulau, terletak di sebelah barat daya pulau. Patutlah namanya Balik Pulau, sebab memang terletak disebalik pulau. Balik Pulau ni berada di bawah daerah pentadbiran Barat Daya. Saja letak peta sekali kasi mudah faham. Sebab saya pun tak faham lagi Pulau Pinang ni, maklum saja baru beberapa bulan menetap di sini.
Setelah melalui jalan yang berliku, kami tiba di Balik Pulau sekitar pukul 9 pagi. Saja datang awal sebab nak cuba sarapan pagi di sini. Mata saya tertarik pada binaan rumah di sebelah kanan tu.
PAK KU ROTI CANAI
Saya buat carian ‘roti canai’ pada aplikasi Google Maps, nak cari kedai roti canai yang paling hampir dengan lokasi semasa kami. Jumpalah kedai Pak Ku ni, sebuah kedai yang terletak di bahagian tepi hadapan Pejabat Agama.
Tu dia...berderet menu roti canai kat atas, siap letak harga. Senang nak pilih. Saya pilih ‘roti canai cotek extra’ setelah bertanya kepada pelayan kedai maksud ‘cotek extra’.
Air teh o limau suam pilihan saya. Saya perasan kalau di bahagian utara memang akan letak ais begini. Mungkin sebab pekedai guna air panas sepenuhnya, untuk jadikan suam maka letak ais di keliling gelas. Dalam gambar ni dah jadi selonggok sebab saya dah mula minum dan tolak ais untuk mudah letak gelas.
Inilah Roti Canai Cotek Extra - roti canai dilekat dengan dua biji telur yang tak pecah kuningnya. Memang sedap dan memuaskan selera. Rotinya lembut je. Masa menunggu roti canai ni agak lama...kira-kira 25 minit. Tapi berbaloi sebab sedap dan banyak pilihan. Patutlah ramai pelanggan makan kat sini.
Kalau nak makan kat sini kena awal pagi, sebab nampaknya cepat habis. Masa kami sedang makan, orang-orang yang baru datang semua terpaksa beredar hampa. “Habih! Habih!” akak kedai jerit bagitau pada sekumpulan penunggang basikal yang baru tiba. Tapi kalau nak roti kosong je, masih ada.
Sawah Padi, Kampung Terang
Menurut info yang saya baca, satu-satunya tempat yang ada sawah padi di pulau adalah di Balik Pulau. Terdapat beberapa lokasi, saya pilih untuk ke Kampung Terang.
Kalau ikut Google Maps di bawa ke satu jalan yang agak susah kereta nak parkir. Tapi kalau jalan je terus nanti akan jumpa lokasi macam dalam gambar di atas. Ada la sikit ruangan untuk kita parkir kereta. Lepas tu jalan kaki pergi kat dinding tengah sawah tu, ada wall art boleh bergambar di situ. Takde gambar wall art dari dekat sebab saya malas pulak nak turun.
Seterusnya kami ke Pantai Pasir Panjang dan melihat beberapa wall art yang menarik di bandar Balik Pulau ni. Catatannya pada entri akan datang...
ummi suke kalau roti canai orang melayu buat sedap..kuah die..tekak kite..hehehe..penang femes bnyk mknnn sedap...
ReplyDeleteBetul ummi...memang ada beza.
Deleteoh ujie pindah pineng ye :)
ReplyDeleteshida baru bbrapa kali jln2 sana,
pineng jln sibuk selalu..kn
xkira weekend weekdays
Semoga seronok ditempat baru ye.. :)
Pindah Penang kat tanah besar - Seberang Perai.
DeletePindah sekejap je...tu ambil kesempatan explore Penang :)
sampai beratur pelanggannya
ReplyDeletetentu sedap tu
Ya Wak, ramai pelanggannya. Tapi cekap ambil order dan mesra layanannya.
Deletesedapnya roti canai melayu! saya pernah gi penang haritu, ronda punya ronda sampai ternaik atas bukit mana tah, penuh spot durian, dahlah curam..nak gelak pun ada bila ingat balik hahaha
ReplyDeleteRasanya memang Syaz dah ke Balik Pulau lah tu..hahah
DeleteMemang laluan berbukit.
seronoknya..jalan2 mencuba local foods..kalau kt sini, panggil roti tampal..
ReplyDeleteNak kenal satu2 tempat tu, memang wajib try local foods kan..
DeleteBiasa dengar roti tampal, tapi tak pernah try...rupanya sama roti cotek..haha
Saya pun mula-mula tertanya apalah cotek itu sebab pernah singgah kedai jual roti cotek. Rasanya makna 2 biji telur kuning yang cair.
ReplyDeleteSeronok duduk Balik Pulau?
Pelayan kedai tu kata, roti cotek = roti tampal telur, kuning cair. Jadinya cotek extra = telur tu tambah lagi satu, jadi 2 biji. Hehe
DeleteAkak tak duduk belah pulau NA, akak kat tanah besar - Seberang Perai.
bestnya pusing-pusing pulau kak, dana bila lah nak ke sana lagi.. tak puas jalan ke pulau pinang lagi, kalau nak ke sana nanti nk roger akak la heheheh
ReplyDeleteBoleh Dana, tapi akak bukan duduk belah pulau tau..hehe
DeleteAkak duduk dekat dengan Ikea.
rupanya banyak tempat makan sedap kat penang. biasa g padang kota makan pasembor je :)
ReplyDeleteLepas ni boleh try round Balik Pulau pulak :)
DeletePadang Kota...saya pulak yang belum sampai..haha
Comel pula tengok nak suamkan air letak ais di tepi gelas.
ReplyDeleteKan..memang tersenyum masa mula2 dapat gitu :D
DeleteBanyaknya jenis roti canai! Macam-macam nama ada. Jenuh nak pilih ni.
ReplyDeleteItu lah...memang confuse nak pilih. Terus pilih roti dengan nama yang pelik sebab nak tahu..haha
DeleteWah ada lagi sawah di Pulau Pinang.. roti canai cotek tu mcm roti tampal kalau di kedai mamak..
ReplyDeleteItulah..kalau ke kedai mamak tak pernah order roti tampal.
Deletekena cuba ni!!!!! kadang klu jem kat area town, balik teluk bahang ikut balik pulau, satu hari sure kena singgah sniri
ReplyDeleteAlang-alang lalu Balik Pulau, boleh explore Balik Pulau sekali ni Atie :)
DeleteCotek tu maksud apa ye. Lupa dah
ReplyDeleteBalik Pulau ni kalau explore sangat menarik sebenarnya. Pernah tengok channel alif satar berbasikal kat sana. Serius cantik tempatnya untuk mereka yang suka dengan view kehijauan dan kampung.
ReplyDelete