Friday, 18 September 2020

Rindu Bau Pohon Tin

Judul : RINDU BAU POHON TIN
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Jejak Tarbiah
Tahun terbit : 2020
Jumlah muka surat : 221
Harga : RM28

Rindu Bau Pohon Tin bukanlah sebuah karya baru, tetapi ia terbitan semula dengan penampilan yang lebih segar oleh Jejak Tarbiah. Sungguh pun saya sudah lama tahu mengenai buku ini (terbitan terdahulu), tetapi ini merupakan kali pertama saya membacanya. Mungkin kerana penampilan barunya yang lebih segar membuatkan saya tertarik nak mengetahui isi buku 😀.

Buku ini merupakan catatan kisah kembara penulis di bumi Jordan sekitar tahun 90-an. Bumi di mana penulis menyambung pengajian, juga selaku kumpulan pertama pelajar tajaan JPA yang dihantar ke sana. 

Membacanya membuatkan kita turut bersama merasai pengalaman hidup penulis selama berada di sana. Merasa debaran sewaktu pertama kali tiba di kota Amman, Jordan. Merasa kagum dengan kesungguhan seorang pemuda Cina Muslim dari negara China yang menulis perkataan bahasa Arab yang baru diketahui di tangan, supaya dihafal sebelum waktu solat berikutnya. Juga turut sama menangis sewaktu penulis kehilangan 5 orang sahabatnya dalam satu kemalangan jalan raya di Aqabah.

Bukan sekadar ‘menikmati’ pengalaman penulis, buku ini juga memberikan info sejarah dan ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil sebagai panduan hidup. Ia sebuah buku travelog tarbiah.


Antara isi dan petikan buku yang menarik perhatian saya :

1. Soal kewangan sering menjadi fokus kerisauan belajar di perantauan, tetapi sebenarnya ujian terbesar di perantauan yang sering mengorbankan seorang penuntut ilmu ialah sebuah kebebasan. Kebebasan yang sering memutuskan tali pada sebuah layang-layang.

2. Mu’tah (lokasi universiti penulis) pernah mencatatkan peristiwa bersejarah - peperangan Mu’tah. Ia berlaku pada tahun 8 Hijriah disebabkan oleh pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan Rasulullah S.A.W. kepada Raja Busra.

3. Jujur terhadap kejayaan dan kesilapan, pencapaian dan kejatuhan - pada semua itulah munculnya ibrah (pengajaran) yang matang untuk diteladani oleh mereka yang mahu berfikir.

4. Berdoalah dalam bahasa yang kita fahami. Semua bahasa adalah bahasa hamba Allah. Doa dalam bahasa Melayu, Urdu dan Turki, dengan memaksudkan apa yang dipinta, lebih bermakna daripada doa bahasa Arab yang panjang sedepa, tetapi kosong daripada makna dan penghayatan.

5. Sistem pembelajaran di Jordan memerlukan pelajar hadir kuliah di universiti dan melakukan perbincangan serta perbahasan di dalam kelas. Perbahasan di dalam kelas itulah yang mencanai pemikiran untuk sembuh dari asabiyyah, bertaklid buta, memusuhi perkara yang kita tidak tahu.

6. Besarnya peranan sabar dan pendekatan secara hikmah dalam usaha memperbaiki dan memperbetulkan amalan manusia.

7. Manusia yang memaksa dirinya untuk berubah, mereka itulah yang berjaya.

8. Mereka yang mahu menjadi pemimpin, jiwanya mesti jiwa integrasi dan engagement, bukan pemencilan, menghukum dan mengesampingkan golongan yang tidak sekepala atau serasa.

9. Pada 26 Oktober 1994 di Wadi Arabah, berlangsung Perjanjian Damai di antara Jordan dan Rejim Yahudi Israel yang menyaksikan Jordan mengalami perubahan.

10. “Children might fail to follow our word but they will never fail to follow our action. If you want to have listened, listen first. If you want to be respected, respect first. Teach your children with actions and if you want to deliver a message, be the message!”


Rindu Bau Pohon Tin - sebuah buku travelog yang cukup menarik dibaca dan membuka fikiran kita. Juga bacaan baik untuk mereka yang bergelar pelajar, supaya lebih memahami tujuan menuntut ilmu dan tidak tenggelam dalam mengejar keperluan yang tak pernah cukup.

——————————————————————-

Selesai membaca buku ini, saya masih ada 2 buah buku dalam siri Travelog Tarbiah untuk dibaca. Juga sebuah lagi dalam siri sama yang masih belum sampai ke tangan saya, buku terkini penulis - catatan kembara di Finland.




14 comments:

  1. Dahulu pun saya teringin hendak beli buku ini tapi tidak berkesempatan.
    Wah sudah bertukar wajah kulit.

    ReplyDelete
  2. dulu saya suka baca blog Ustaz Hasrizal ni..rasanya buku tu kompilasi entry yg ditulis dlm blog beliau..mmg best travelogue Ustaz di Turki & Jordan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul nohas, buku ni hasil catatan di blog beliau.

      Delete
  3. mesti best baca novel kisah benar dan travelog macamni

    ReplyDelete
  4. buku mcm ni mmg byk pengajaran yg dapat diambil sebagai iktibar utk kehidupan kita kan ujie..

    ReplyDelete
  5. seronok baca pengalaman orang ni kan :)

    ReplyDelete
  6. Ummi screenshoot yg kata2 no 10 ye kak ujie.. rs mcm tersentuh pulak..huhuhh

    ReplyDelete
  7. memang best baca kisah pengalaman ni

    ReplyDelete
  8. menarik naskah travelodge ni ujie

    ReplyDelete
  9. Saya suka baca buku kategori travelogue. Pengalaman sebenar penulis yang boleh dijadikan panduan untuk kita.

    ReplyDelete
  10. dah lama sangat x baca buku2 macam ni..

    ReplyDelete
  11. buku travelog ye ni.Tak pernah lagi baca genre camni.mungkin patut cuba

    ReplyDelete
  12. Isi buku yang bagus. Tertarik dengan isinya dan juga cover buku yang menarik :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****