Monday, 21 September 2020

Cameron Highlands | YZ Agro Farm & Nan Scones

Isnin | 07.09.2020

Seawal pukul 8 pagi saya dan suami dah keluar dari bilik hotel. Walaupun hari Isnin, tapi berdasarkan pengalaman lepas saya dapati pengunjung tetap ramai di tempat tumpuan utama. Jadinya untuk mengelakkan kesesakan kenalah keluar awal pagi. Tak boleh bermalas-malasan melayan suasana sejuk di bilik hotel.

Selit satu gambar yang diambil pada hari Ahad petang di Cameron Valley Tea House. Pemandangan indah ladang teh. Tak dapat nak turun ke bawah untuk bergambar sebab hujan. Ni pun ambil gambar cepat-cepat sebab orang ramai, masing-masing menunggu nak ambil gambar juga. Dapat melayan mata seketika dan ambil gambar sekeping dua, cukuplah.

TAMAN EKO RIMBA SUNGAI PAUH
Berbalik kepada kisah pagi Isnin, lokasi pertama dituju mestilah tempat makan sarapan. Memandangkan tempat yang kami nak pergi - YZ Agro Farm, Kampung Taman Sedia mula beroperasi pukul 8.30 pagi, jadinya kami ambil peluang ke tempat lain dulu. Kami nak meninjau tapak perkhemahan yang terletak berhampiran dengan Kampung Taman Sedia.

Inilah Taman Eko Rimba Sungai Pauh atau dikenali juga sebagai Kem Sungai Pauh. Terletak di belakang Pejabat Perhutanan Cameron Highlands. Caj minimum dikenakan untuk pengunjung yang datang. Lengkap dengan kemudahan tandas, bilik mandi dan tempat solat. Teringin jugak saya nak berkhemah kat sini suatu hari nanti. Perlu buat tempahan awal secara dalam talian, tak boleh datang redah je kat sini.

YZ AGRO FARM
Pukul 8.30 pagi, kami dah tunggu depan pintu YZ Agro Farm ni. Eh bukan kami je, ramai juga pengunjung lain yang datang awal dan menunggu dalam kereta. Kawasan parkir depan ni dah penuh pun.

Konsep makan dalam kawasan ladang strawberi. Segar mata tengok.

Menu biasa saya kalau makan kat sini - Nasi Lemak. Konsep layan diri. Pergi kat kaunter, buat pesanan dan bayar. Nanti dia panggil nama kita kalau dah siap.

Sesekali datang, tak kan makan nasi lemak je kan. Kita ambil scone satu, walaupun ikut hati tergoda dengan macam-macam makanan lain yang ada. Satu tak cukup, suami pergi beli lagi satu. Makan sorang satu...haha.

Sebelum balik, beli jugak jem strawberi buatan mereka. Beli 2, RM15. Puas hati dapat makan kat sini, sebab semuanya memenuhi selera saya. Ni tempat wajib kalau saya ke CH. Rasa macam tak sampai CH, kalau tak dapat makan kat sini tau...hehe!

NAN SCONES, AYAHMAN CAMERON HIGHLANDS
Saya dapat tau pasal Nan Scones ni di Facebook. Alang-alang dah sampai CH, saya pergi la cari kedainya.

Lokasi kedai Ayahman di Medan Agro Kea Farm, bangunan depan sekali. Senang boleh nampak dari jalan raya. Kalau dari Tanah Rata, ia terletak di sebelah kiri jalan. Kat sini dikenakan caj parkir RM3 sekali masuk.

Nan Scones dengan 2 pilihan - RM10/original dan RM12/campur perasa. Setiap bekas ada 6 biji.

Pilihan saya scone pelbagai perasa - original, strawberi, coklat dan cheese. Dalam setiap bekas disertakan butter dan jem strawberi. Sebelum makan saya panaskan sekejap di Air Fryer (kalau ada microwave lebih sesuai). Rasanya? Sedap! Kalau datang CH bolehlah cari Nan Scones sebagai oleh-oleh CH.

Sekejap je saya di CH, sebelum pukul 2 petang dah bergerak untuk balik rumah di Pulau Pinang melalui Jalan Simpang Pulai. Hujan lebat di sepanjang perjalanan menuruni CH. Agak seram bila tengok banyak limpahan air dari lereng bukit di tepi jalan, macam deretan air terjun mini.

Cameron Highlands...lokasi yang tak pernah jemu untuk saya datang selalu. Walaupun cuma datang untuk menikmati udara nyaman dan makan-makan saja pun dah memadai. Cuma sekarang semakin sesak dengan pembangunan dan pengunjung (walaupun di luar musim cuti sekolah). Nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat pun boleh jadi ambil masa yang lama. Itu jelah yang mengurangkan keinginan nak ke CH, malas nak bersesak.

19 comments:

  1. Memang ada nampak kain rentang Ayahman jual ikan patin tempoyak tapi kami tidak jumpa tempat pula. Lagipun sudah penat jalan di MARDI. Kemudian ada budak-budak jadi beli makanan tengahari bawa balik apatmen. Tiada rezeki.
    YZ Farm tu ada lalu. Hehe ikutkan semua hendak pergi tapi masa tiada. Lagipun kami pergi Rabu-Jumaat pun sudah ramai orang.
    Lain kali. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayahman ikan patin tempoyak tu seberang jalan dengan kedai ayahman yang jual scone ni.
      Takpe NA, boleh masuk list untuk pergi lain kali bila ke CH :)
      Tapi itulah..sekarang ni walaupun hari biasa tetap ramai je orang kat sana kan.

      Delete
  2. Saya pun suka berkunjung ke CH. Nyaman, tenang saja pemandangannya. Memang sesuai untuk bersantai-santai. In shaa Allah, jika ada kesempatan ke CH, nak juga singgah di Nan Scones.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah list oleh-oleh CH kali ni...scone..hehe

      Delete
  3. Wow menarik review sis.
    So far LZ tak pernah lagi sampai ke tempat-tempat yang sis pergi walaupun dah berkali-kali ke CH.
    In shaa Allah, blog ini boleh dijadikan rujukan. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 LZ
      Bolehlah masuk list untuk kunjungan akan datang :)

      Delete
  4. ramai juga rakan blogger dah camping kat sana rasanya, sejuk memalam kata depa, rindu juga nak ke CH lama dah tak pii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membayangkan tidur dalam khemah kat CH je dah terasa sejuk sampai ke tulang :D
      Kalau betul2 tidur gitu kena sedia pakaian tebal la jawabnya.

      Delete
  5. bestnya kak, bila lah nak bwak aiyan ke CH nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tarikan baru kat CH..Sheep Farm, mesti Aiyan suka.

      Delete
  6. agaknya kalau bercamping dekat taman eko rimba tu, bangun pagi dah jadi ais apa..haha
    menariknya, rindu CH

    ReplyDelete
  7. menarik tu kak ade tempat berkemah dekat CH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak datang berkelah je pun boleh ummi. Ada la sungai kecik untuk budak2 celup kaki :D

      Delete
  8. Hi, good afternoon. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm a follower number
    623.
    https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  9. Sedapnya scones tu. Nanti kalau ke CH nak cari la.

    ReplyDelete
  10. Best betul review akak. rasa teringin nak terjah semua tempat ni.

    ReplyDelete
  11. Salam, masuk air fryer, suhu berapa dan berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam, saya agak2 je sebab cuma nak panaskan. Suhu 160, masa sekitar 5 minit.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****