Monday, 28 September 2020

Laksa Sarawak di Dayang Sarawak Corner Cafe, Putrajaya

Hari Khamis lepas saya ke Putrajaya, macam biasa...jadi peneman suami buat urusan kerjanya. Sambil tu dapatlah balik ke rumah kami di Negeri Sembilan selama beberapa hari. Bulan ni saja dah dua kali balik Negeri Sembilan. Setakat ni paling lama tak jenguk rumah ada la dalam sebulan setengah.

Berbalik kepada tajuk entri ni, untuk makan tengah hari kami mencuba Laksa Sarawak di Dayang Sarawak Corner Cafe yang terletak di Presint 15, Putrajaya.

Laksa Sarawak menggunakan bihun, di atasnya ada hirisan telur dadar, isi ayam yang dicarik, daun ketumbar, taugeh dan udang. Kuahnya saya tak reti nak terangkan macam mana rasanya. Saiz hidangannya tak besar, saya boleh habiskan tanpa rasa terlampau kenyang. Kalau nak saiz hidangan lebih besar, boleh minta yang special.

Menu makanan yang terdapat di Dayang Sarawak Corner Cafe. Macam mana la rasa Nasi Goreng Dabai tu ya. 

Ini merupakan kali pertama saya makan Laksa Sarawak di kedai makan di Semenanjung. Dulu pernah juga makan di kedai sewaktu berkunjung ke Miri, Sarawak.

Kalau di rumah memang dah agak biasa, sebab saya gunakan pes Laksa Sarawak Haji Manan yang diberikan oleh adik yang menetap di Sarawak. Kebetulan adik-beradik lain semua tak minat, Laksa Sarawak tak kena di tekak mereka. Jadinya memang untuk saya sajalah adik bawakan pes dari sana. Saya pulak dah memandai ubah resepi, saya gunakan pasta angel hair sebagai ganti bihun. Rasa lebih sedap di tekak kami suami isteri. Pes Laksa Sarawak Haji Manan mempunyai lebih rasa rempah berbanding Laksa Sarawak di Dayang Sarawak Corner Cafe. Kelebihan masak sendiri di rumah, bolehlah letak banyak hirisan telur dadar dan isi ayam yang dicarik. Lebih puas makan.






.

13 comments:

  1. nyummy nampak sedap plak laksa sarawak ni..boleh la ke putrajaya nanti nak cuba :D

    ReplyDelete
  2. Tak payak pegi Sarawak.
    Kat putrajaya pun ada makanan sarawak ek

    ReplyDelete
  3. Ada makan laksa Sarawak. Memang kuat rasa rempah.

    ReplyDelete
  4. tak pernah rasa lagi laksa sarawakkk, teringin

    ReplyDelete
  5. tak pernah try lagi menu ni, tapi nampak sodap :-)

    ReplyDelete
  6. dah lama tak makan laksa Sarawak..nmpk sedap..

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak... bagi dana laksa sarawak ni dia ada rasa berempah sikit, mungkin sebab tu ada yang tak suka... kalau dana semua laksa dana layan je, yelah mesti lah rsanya tak sama kan... tapi baru lah rasa harmoni tu duduk di malaysia ni

    ReplyDelete
  8. ammi lagi prefer laksa sarawak as compared to laksa penang.
    lain orang lain citarasakan

    ReplyDelete
  9. Pernah makan laksa Sarawak di beberapa buah kedai, rasa kuahnya memang ada beza. Teringin nak makan di tempat asalnya, di Sarawak. Mudah-mudahan ada rezeki ke sana.

    ReplyDelete
  10. Memang wajib pekena laksa Sarawak bila ke sana.. tapi sekarang ni dah ada dijual di pasar tani berhampiran rumah.. ohsem

    ReplyDelete
  11. kalau letak udang lebih banyak jadi lebih sedap...

    ReplyDelete
  12. Allahu sedap dan sangat menyelerakan!

    ReplyDelete
  13. Portion nampak mengenyangkan. Kalau saya mesti kena kongsi. Dah 2 kali ke Sarawak tapi belum pernah rasa. Sedih betul.haha

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****