Sunday 30 August 2020

Koleksi Buku Kisah Perjuangan Kemerdekaan dan Kisah Sebelum Merdeka

Membaca buku-buku kisah perjuangan kemerdekaan dan kisah sebelum merdeka akan membuatkan kita lebih memahami situasi yang pernah terjadi di negara kita.

Siapa yang datang menjajah, bagaimana sukarnya kehidupan rakyat pada masa tersebut dan kisah kecekalan hati serta semangat juang individu-individu yang ingin melihat tanah air kita bebas dari penjajahan.

Koleksi buku kisah perjuangan kemerdekaan dan kisah sebelum merdeka milik saya, kecuali siri Platun Harimau (ianya kisah selepas merdeka dalam misi membebaskan negara dari saki baki komunis, tetapi masih sinonim dengan tema perjuangan kemerdekaan). 

Buku-buku ini menyedarkan saya bahawa kebebasan dan keamanan yang kita kecapi sekarang adalah sesuatu yang sangat bernilai dan bukan diperolehi dengan jalan mudah. Sekaligus membuat saya bersyukur lahir di bumi bertuah ini pada zaman selepas negara mencapai kemerdekaan.


Ulasan Buku
Ada di antara buku di atas yang saya pernah tulis ulasan mengenainya di blog ini. Boleh klik pada tajuk buku tersebut untuk membaca ulasan :

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020 🇲🇾
Ya Allah...berkatilah tanah air kami, kurniakanlah dengan keamanan dan kemakmuran.


10 comments:

  1. Amiin..selamat mnyambut hari kemerdekaan yg ke-63..

    Kemerdekaan ini hasil perjuangan berteraskan nyawa, darah & keringat..mahalnya harga sebuah kemerdekaan..

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut hari kemerdekaan juga :)

    ReplyDelete
  3. Buku Platun Harimau itu mmg popular tetapi GV sendiri belum baca lagi. Selamat menyambut hari kemerdekaan juga kak. :)

    ReplyDelete
  4. Banyak juga koleksi buku kisah perjuangan akak. Selamat Hari Merdeka dan selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  5. Buku2 sejarah ni sesuai letak kat library sekolah2, kasi anak2 muda kita baca, boleh diorang isi buku nilam hehe

    ReplyDelete
  6. dana sangat jarang ada koleksi buku yang berkaitan dengan perjuangan gini kak... tapi pernah baca lah bila pinjam di library hehehe

    ReplyDelete
  7. Selamat hari Merdeka yang ke 63.
    Menarik koleksi buku-buku tu

    ReplyDelete
  8. Memang hendak tahu keadaan zaman sebelum merdeka kena baca buku berkaitan.

    ReplyDelete
  9. bestnya banyak buku,saya ni dah lama tak membaca buku

    ReplyDelete
  10. Ammi suka gak baca kisah sejarah tapi jarang beli bukulah...biasa baca online je

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****