Saturday, 19 September 2020

The Cool Point Hotel, Cameron Highlands

Selesai urusan di Bentong, saya dan suami merancang nak jalan-jalan ke Cameron Highlands (CH). Suami ambil cuti kerja pada hari Isnin, dengan harapan berjalan hari Isnin tidaklah sesak seperti hari Sabtu/Ahad.

Dari Bentong, kami melalui Jalan Sungai Koyan - Cameron Highlands.

The Cool Point Hotel, Tanah Rata
Kunjungan kali ini, saya pilih untuk menginap di The Cool Point Hotel setelah membuat carian di Facebook. Hotel yang tak pernah saya perasan walau dah agak banyak kali ke CH. Padahal lokasinya cuma di belakang Terminal Freesia (Terminal Bas Tanah Rata) dan boleh nampak dari jalan utama.

Pandangan hadapan hotel. Sebuah hotel lama. Cuaca yang nyaman dan pemandangan sekitar hotel yang mendamaikan.

Masuk kawasan hotel dari arah depan tu. Bangunan bertingkat tu pulak - Terminal Freesia. Ada jambatan di hadapan hotel ni, bolehlah berjalan kaki dari hotel untuk cari makan disekitar pekan Tanah Rata.

Kawasan parkir yang luas. Juga sangat dekat dengan Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill, tepi hotel je. Dibuka dari pagi sehingga malam. Kot malas jalan jauh, makan je kat sini.

Kita tengok bilik pulak. Alhamdulillah biliknya memuaskan - luas, bersih, kemas dan tak bau hapak. Sebelum ni dah beberapa kali dapat bilik hotel bau hapak di CH ni. Mungkin sebab bilik hotel yang saya duduk semua tu guna lantai karpet, kurang sesuai dengan cuaca CH yang sejuk dan lembab.

Bilik saya dapat ni terletak di bahagian depan, nampak la Terminal Freesia dan jalan utama pekan Tanah Rata. Pintu ni bahagian bawahnya ada ruang aliran udara, memang bertambah sejuklah bilik bila udara luar masuk melalui celahannya.

Bilik air pun berada dalam keadaan memuaskan, tapi sebab ni hotel lama memang ada la bahagian yang nampak buruk. Yang penting mesti bersih.

Tuala yang disediakan pun dalam keadaan elok, tak lusuh. Walaupun saya memang bawa dan guna tuala sendiri, tapi saya selalu perhatikan tuala yang disediakan di hotel-hotel. Ada hotel bagi tuala macam sesuai buat lap kaki je, lusuh dan buruk. Satu kekurangan di sini yang saya perasan, pihak hotel sediakan jug elektrik dan dua cawan tetapi tak menyediakan peket kopi/teh. Jadinya kalau rasa nak minum air panas dalam bilik kenalah bawa bekalan sendiri.

Ni pulak gambar bumbung di pintu masuk hotel. Saja saya ambil gambar sebab rasa menarik pulak berlumut gini...hehe.

Masa masuk hotel awal tadi, nampak papan tanda Hillside Cottage ke arah belakang hotel. Saya saja pergi tengok. Rupanya ada penginapan ala rumah kayu di atas tu. Nampak menarik jugak sebab lebih dekat dengan rimbunan pokok belakang tu, mesti lebih sejuk. Mungkin boleh cuba pada kunjungan akan datang.

Kadar harga terkini bilik penginapan di The Cool Point Hotel. Saya ambil di Facebook hotel dan letak semua kat sini, mudah saya nak rujuk pada masa akan datang. Untuk kali ni saya bayar RM115 sahaja sebab daftar masuk hari Ahad.

Secara keseluruhannya saya berpuashati menginap di sini. Hotel yang sesuai untuk mereka yang mencari penginapan bajet sederhana di Tanah Rata (saya andaikan kalau bajet rendah tu adalah RM100 ke bawah). Lokasi strategik - berhampiran dengan tempat makan, Taman MARDI, bank. Ruang parkir yang luas dan insya Allah selamat.

18 comments:

  1. raub-batu talam tu kampung saya

    ReplyDelete
  2. Tidak perasan pula hotel ini tapi pernah nampak Restoran Apple ini.
    Wah Puan Ujie selalu pergi CH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah selalu NA..kebetulan ada kerja bolehlah lajak naik CH jap :D

      Delete
  3. harga pun berpatutan kan, biliknya luas

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selamat balik Wak, pergi awal bulan haritu..hehe

      Delete
  5. Cantiknya hotel! Saya pun rajin juga bawa tuala kalau nak menginap di hotel. Setakat ini tuala yang disediakan di mana-mana hotel yang kami inap, semuanya ok. Kalau yang lusuh tu kami jumpa di homestay. Bukan tuala saja lusuh, tapi cadar dan sarung bantal pun sama walaupun tidak semua homestay begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di hotel pun saya pernah dapat cadar lusuh siap carik/lubang 😇

      Delete
  6. menarik juga tempat ni... harga pun murah je

    ReplyDelete
  7. Srnk kak ujie jalan2 merata da.. hehej.. srnk suasana CH sejuk je..

    ReplyDelete
  8. menarik hotelnya..lokasi pun bagus..

    ReplyDelete
  9. Untuk harga tu okaylah dengan keadaan hotel yang dah lama dan taklah teruk sangat kan. janji bersih dan selesa. Banyak hotel dan resort di CH yang lama. Pernah stay di hotel agak lama, boleh tahan banyak kekurangan dia. Tak buat maintainance mungkin. Kalau ke CH suka cari hotel baru.

    ReplyDelete
  10. aida ke CH, akan stay di copthorne. suka di atas sana.
    tapi tu la, sesekali nanti nak stay d tanah rata pula.
    senang nak ronda town CH.
    nice hotel ni. murah.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****