Tuesday, 27 August 2024

Sawi Hidroponik

Hari Jumaat lepas, jiran datang hantar seplastik besar hasil tanaman hidroponik. Sebenarnya di rumah saya pun ada set hidroponik pemberian orang, tapi masih belum digunakan 🤭

Ada dua jenis sawi - sawi hijau dan sawi bunga. Lebar dan segar, seronok tengok 😍

Bahagian bunga sawi saya jadikan hiasan sebab rasa cantik ceria bunga warna kuning.

Saya gunakan LECA balls, iaitu lightweight expanded clay aggregate sebagai medium tanaman. Kemudian letak air tak melebihi permukaan leca balls. Sudah empat hari, bunga sawi masih segar menjadi penyeri meja makan kami.

Sawi bunga ni boleh dimasak dan makan kesemuanya termasuk bahagian bunga. Tapi saya belum pernah lagi masak dengan bunganya.

Alhamdulillah dapat rezeki sayuran segar, semoga Allah mengurniakan rezeki berlipat ganda buat jiran kami yang baik hati berkongsi hasil tanaman hidroponik beliau.







14 comments:

  1. Cantik segar dan subur sawi hidroponik ni ye kak Ujie..SA ni ntah bila la nak cuba bercucuk tanam..guna hidroponik pun bagus ni...

    ReplyDelete
  2. Wah, cantik & besar2 daun sawi yang jiran akak bagi tu.

    ReplyDelete
  3. Cantik juga jadi rangkaian bunga😀 saya juga belum pernah masak bunganya,selalu daun dan batang, masak buat campuran mie, tumis pake udang, sedaap.

    ReplyDelete
  4. Wak pernah juga buat tanaman sawi hidriphonik dulu
    Memang mudah pengurusannya

    ReplyDelete
  5. geram je tengok bunga atas meja tu terbayang2 sup sayur hehe
    saya kalau beli sawi memang cari yang ada bunga

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah segar & subur nampaknya sawi tu, luv it!
    Sy pun dah lama teringin nak tanam sayur secara hidrofonik ni, tapi tak beli² pun alatannya 🤭

    ReplyDelete
  7. Oh boleh makan bunganya...selalu saya buang je.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki. Cantik bunga sawi dijadikan hiasan.

    ReplyDelete
  9. Orang kata hidroponik ni lebih rangup eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak…tak perasan pulak bab rangup nih 😄

      Delete
  10. Dulu, kalau masak sawi bunga, part bunga tu mesti saya buang.

    Cantik pulak bila dijadikan hiasan, hijau + kuning. suka tengok.

    ReplyDelete
  11. Memang cantik bunganya 😍. Sawi pun saya suka, biasa rebus saja makan dengan sambal belacan 😄🤤

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...segar betul sayur sawinya. Sedap tu buat masak air campur telur, atau masukkan dalam mi maggi. hihi..Cantiklah pula buat perhiasan. Tahu-tahu nanti tumbuh daun pulak.

    ReplyDelete
  13. dulu masa kecik arwah mama suka beli sawi yg ada bunga ni dan mmg dia masaklah bahagian bunga tu sekali.
    skrg ammi suka beli yang tak ada bunga (sawi cameron).

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****