Monday 19 August 2024

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Kangar

[Catatan hari Sabtu, 17 Ogos 2024]

Kupi Kahfi terletak di Bukit Tau Adventure Park, Kampung Padang Lati, Beseri, Kangar, Perlis. Jaraknya kira-kira 14 km dari rumah saya. Tak begitu jauh, tapi baru kali ini saya dan Encik Suami berkesempatan ke lokasi yang menawarkan suasana mengopi di dalam sebuah gua.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Bukit Pau - di sinilah terletaknya kafe Kupi Kahfi. Kahfi (bahasa Arab) bermaksud gua. Kami tiba di sini menghampiri pukul 6 petang.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Pandangan keseluruhan luar gua.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Terdapat dua buah gerai menjual makanan di hadapan gua. Antara pilihan makanan yang ditawarkan - set ramen, jagung manis, kerabu maggi dan pilihan roti bakar. Pengunjung boleh membuat pesanan makanan di sini dan terus buat bayaran, dah siap nanti akan dihantar ke meja kita.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Gerai kopi pula terletak betul-betul di depan pintu gua (sila klik foto untuk paparan lebih jelas). Di bahagian depan ini juga terdapat sebuah buaian. Ramai yang cuba berbuai dan merakam foto memori di sini.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Terdapat pilihan tempat duduk di luar pada kedudukan sedikit jauh dari pintu gua.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Beginilah suasana kafe di dalam gua. Boleh pilih nak duduk di hadapan/pintu gua atau duduk betul-betul di dalam gua. Kami memilih tempat duduk di dalam gua bagi merasai sendiri pengalaman mengopi dalam gua.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Suasana tempat duduk di dalam gua. Foto dirakam dari sudut dalam gua. Walaupun tanpa kipas, ruangan dalam gua ini memang terasa nyaman berangin. Ini kerana terdapat aliran pengudaraan yang baik dan berangin dari lima buah pintu gua di sini. Berkenaan bau najis kelawar, saya tak mengesan sebarang bau yang tak sedap di ruangan ini.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Terdapat juga pilihan tempat duduk di bahagian lain sudut gua. Tiada pengunjung duduk di sini. Saya dapati bau najis kelawar agak kuat di ruangan ini.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Salah satu dari lima pintu gua yang terdapat di sini. Maha hebat Allah dalam penciptaan-Nya, setiap gua yang pernah saya kunjungi mempunyai keunikan tersendiri. Nampak gua semua macam sama je, tetapi sebenarnya berbeza.

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Hiasan di dinding gua. Boleh baca ayat bertulisan Jawi di atas? 😁

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park, Beseri
Makanan pilihan kami - roti titab RM5.50 dan kerabu maggi RM8. Minuman kami beli satu je - caramel macchiato RM10.

Jika sebelum ini saya masuk gua kerana melakukan aktiviti eksplorasi, kali ini saya masuk gua untuk mengopi 😄. Sebenarnya bukanlah nak ngopi atau makan-makan, tetapi lebih kepada nak merasai sendiri suasana kafe dalam gua. Memang satu pengalaman yang unik!

Bagi kalian yang tak pernah masuk gua atau fobia ruangan sempit seperti gua, mungkin boleh cuba ke kafe Kupi Kahfi. Ini kerana keadaan gua di sini tidaklah sempit dan gelap. Bolehlah bersantai mengopi sambil memerhati persekitaran gua. Tetapi kalau jenis geli/takut labah-labah (tempat duduk saya berhampiran dengan sarang labah-labah di dinding gua), saya sarankan pilihlah tempat duduk di luar gua.

Kupi Kahfi tidak menawarkan pilihan makanan yang pelbagai bagi menjaga kebersihan persekitaran dan di dalam gua. Jadi kalau kalian datang sebab nak makan beria, ini bukan tempatnya ya. Kupi Kahfi untuk kita menikmati keindahan gua batu kapur dengan cara santai sambil menikmati hidangan ringan.


***********************************************

KUPI KAHFI
Bukit Tau, Kampung Padang Lati,
Mukim Beseri, Kangar,
Perlis.

Google Maps | Kupi Kahfi @ Bukit Tau Adventure Park

Waktu operasi :
Isnin - Khamis | 10.30 pagi - 7 malam
Sabtu - Ahad | 8.30 pagi - 7 malam
Cuti | Jumaat







19 comments:

  1. Bestnya menarik jugak tu mengopi dalam gua. Tenang je sambil menikmati pemandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi pulak kalau datang waktu awal pagi atau lewat petang, suasana lebih menarik.

      Delete
  2. Kreatifnya tuan punya kupi kahfi ni, memanfaatkan ruang yang ada. Boleh singgah nanti bila ada trip jalan-jalan ke Perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena singgah kalau nak merasai pengalaman unik 😁

      Delete
  3. Wowwww, best sangat, suasana, lokasi, kopi dan semua nya.

    ReplyDelete
  4. Kopi tidak perlukan gula jika kamu di hadapanku, cewahhh!


    Lain dari yang lain tempat ngopinya. Untung la orang Perlis ada port ngopi macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena baca depan si dia…cair! 😀
      Perlis kaya alam semula jadi, sesuailah buat port ngopi gini.

      Delete
  5. menarik-menarik... cantik dan rare betul kak

    ReplyDelete
  6. hebat anak-anak muda sekarang macam2 idea buat tarikan pelanggan..
    kadang pelanggan memang pilih untuk datang sebab nak dapatkan suasana yang lain dari lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau ikut menu ditawarkan mungkin kurang menarik. Tapi suasana berbeza tu yang menarik.

      Delete
  7. Uniknya mengopi kat situ. Cumanya kena berhati2 sebab ini adalah gua batu kapur. Dekat Tasik Cermin memang ada signboard suruh berhati-hati jika ada batu besar atau ranting yang jatuh. Tapi....gunung/bukit ni kecik pulak ya....sekeliling dah ditarah ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Perlis memang banyak bukit kecik. Setongkol-setongkol gitu 😄

      Delete
  8. Ya Allah uniknya diaaaa 😍😍😍😍😍. Langsung masuk dalam bucket list saya 👍.

    Walo menu tak banyak, tp yg Kaka pesan itu saja dah sedaap juga. Yg penting kan suasana mengopi dalam gua 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah…Fanny mau datang ke negeri paling utara. Boleh kita ngopi sama di gua 😁

      Delete
  9. kopi tidak perlukan gula jika kamu dihadapanku. auwwww. ayat manis mulut ni.

    ReplyDelete
  10. Inisiatif yang bagus buat satu daya tarikan yang unik di Perlis. Lain suasananya mengopi dalam gua. Tapi tang bau tu kalau boleh dikurangkan bagus juga kan. Eh eh, ada pickup line pula di situ.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****