[Catatan hari Ahad, 25 Ogos 2024]
Tu diaaa…bukan main panjang tajuk entri π
Jika hujung minggu sebelumnya, saya dan geng konvoi ke wilayah Satun balik hari (day trip). Hari Ahad lalu kami balik hari ke wilayah Songkhla pula. Sebabnya, salah satu jenis insurans (voluntary insurance - property damage) yang dibeli sah selama 9 hari dengan bayaran RM80. Rugi pulak kalau cuma gunakan sehari je kan, maka kita masuk Thai sekali lagi iaitu pada hari terakhir tempoh sah insurans tersebut.
Cadangan awal - kami nak bertolak hari Sabtu dan bermalam di bandar Hatyai satu malam. Lebih santai dan dapat pergi banyak tempat disekitar wilayah Songkhla. Disebabkan buat keputusan saat akhir, memang susahlah nak dapat hotel dengan bilik yang banyak untuk ahli konvoi seramai 10 orang dewasa. Maka, balik hari sajalah nampaknya.
WILAYAH SONGKHLA, THAILAND
Info ringkas wilayah Songkhla :
- Songkhla merupakan sebuah wilayah (negeri) yang terletak di selatan Thailand dan bersempadan dengan Malaysia.
- Nama asal bagi Songkhla adalah Singgora atau Singora yang bermaksud kota singa dalam bahasa Melayu.
- Bandar Songkhla merupakan ibu negeri bagi wilayah Songkhla.
- Bandar Padang Besar, Hatyai dan Sadao merupakan antara bandar-bandar di wilayah Songkhla. Bandar Hatyai merupakan bandar terbesar di Songkhla.
‘DAY TRIP’ KE SONGKHLA
Trip kami tidak fokus kepada tarikan di bandar Hatyai, tetapi kami pergi ke beberapa tempat lain di sekitar wilayah Songkhla. Saya tandakan perjalanan kami dan tempat yang sempat kami pergi dalam peta di bawah :
Lokasi kediaman kami di tanda dengan bulatan warna biru. |
- A - Masuk Thailand melalui pintu sempadan Padang Besar, Perlis
- B - Zoo Songkhla
- C - Makan di The Seaside Halal
- D - The Central Mosque of Songkhla
- E - Central Hatyai (mall)
- F - Makan di Dannok
- G - Keluar Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
MASUK THAILAND MELALUI PINTU SEMPADAN PADANG BESAR, PERLIS
Ini merupakan pengalaman pertama saya melalui pintu sempadan di Padang Besar. Menariknya, Malaysia dan Thailand berkongsi nama tempat yang sama iaitu Padang Besar. Jadinya kalau nak sebut Padang Besar di kawasan sempadan, perlu sebut sekali nama negara supaya tak berlaku salah faham.
9.53 pagi waktu Malaysia | Pos sempadan Padang Besar, Thailand. |
Urusan lancar di pos sempadan Malaysia, tetapi selepas itu kenderaan kami perlu ‘beratur panjang’ dalam keadaan sesak kira-kira 30 minit untuk ke pos sempadan Padang Besar, Thailand.
Prosedur di sini - kenderaan terus sahaja pandu lalu di pos imigresen. Kami (saya, Encik Suami dan seorang rakan lelaki) tak perlu keluar dari kenderaan, hanya hulurkan pasport/pas sempadan dan tunjukkan muka menghala kamera untuk proses imbasan. Tak perlu imbas jari dan tak perlu borang TM6 (white card) seperti pengalaman saya di pos sempadan Wang Prachan tempoh hari. Bayar overtime fee di kaunter ini (baca info overtime fee di entri INI).
Juga tiada pemeriksaan kenderaan. Pegawai kastam arahkan kenderaan parkir di tepi, Encik Suami kemudiannya perlu ke satu pos lain untuk urusan bawa kenderaan masuk Thailand (custom declaration form).
Tetapi, lain ceritanya dengan dua buah lagi kenderaan ahli konvoi kami. Kenderaan A dengan tiga orang penumpang - pegawai imigresen arahkan penumpang semua turun dan buat urusan cop pasport di bangunan passport control. Manakala kenderaan B pula, tidak diarahkan parkir tepi untuk urusan custom declaration form. Jadinya kenderaan B terus keluar meninggalkan pos sempadan dan menunggu kami di tepi jalan.
Wayar berselirat dan berjatuhan di tanah, pemandangan biasa di Songkhla. |
Lokasi kenderaan B menunggu. Sebaik tiba di sini, Encik Suami turun dan maklumkan berkenaan kekeliruan yang berlaku. Apa lagi, terpaksalah kenderaan B berpatah balik. Custom declaration form merupakan dokumen penting dan perlu dikembalikan semasa meninggalkan Thailand.
TANDAS TANPA PAIP AIR DAN SISTEM ‘FLUSH’
Selesai urusan di pos sempadan, konvoi kami berhenti seketika di Stesen Minyak PTT yang terletak tak jauh dari pintu sempadan. Di stesen minyak ini terdapat kemudahan surau, tandas, Cafe Amazon dan 7 Eleven. Kami mengisi perut di sini - beli minuman di Cafe Amazon dan beli burger di 7 Eleven.
Saya rasa kagum tengok tandas di stesen minyak PTT sebab luas, bersih tanpa bau tak menyenangkan dan ada banyak unit tandas. Memang berbeza dengan tandas di stesen minyak negara kita.
Unit tandas di Stesen Minyak PTT. |
Tetapi saya rasa terkejut sebab tandasnya tak ada paip air dan sistem flush π. Terdapat kolah mini di tepi tu, mungkin sama macam sistem tangki - air akan masuk apabila paras air berkurangan. Nampaknya lain kali kena bawa portable travel bidet, lebih selesa dan yakin digunakan untuk bersuci.
BANDAR PADANG BESAR
10.11 pagi waktu Thai | Padang Bezar City |
Berkongsi nama yang sama dengan Padang Besar di Malaysia, tetapi di sini ada beberapa versi ejaan iaitu Padang Besa, Padang Bezar dan Padang Basar.
BANDAR HATYAI
Kami tiba di bandar Hatyai setelah kira-kira satu jam perjalanan dari bandar Padang Besar. Memang ketara perbezaan suasana kesibukan aliran trafik dan deretan bangunan tinggi di bandar paling besar di Songkhla ini.
11.07 pagi waktu Thai | Hatyai |
Papan tanda arah tempat menarik di Songkhla. |
KELUAR THAILAND MELALUI PINTU SEMPADAN BUKIT KAYU HITAM - SADAO
Pintu sempadan di Padang Besar hanya beroperasi sehingga pukul 10 malam (waktu Malaysia), manakala pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam (waktu Malaysia).
Memandangkan kami sibuk berjalan sana sini, memang tak sempatlah nak kembali ke pintu sempadan Padang Besar sebelum pukul 10 malam waktu Malaysia. Jadinya, kenalah keluar melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam (Malaysia) - Sadao (Thailand).
10.39 malam waktu Thai | Sadao Border Checkpoint, Songkhla, Thailand. |
Kami tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam - Sadao kira-kira 30 minit sebelum pos sempadan ditutup pada pukul 12 tengah malam waktu Malaysia.
Tak banyak kenderaan pada ketika ini. Urusan lancar dan pantas - tak perlu berhenti untuk pemeriksaan kenderaan. Untuk urusan cop pasport/pas sempadan - terus saja pandu lalu di pos imigresen, semua orang perlu turun untuk imbasan wajah dan serahkan overtime fee. Kemudian Encik Suami turun menuju ke pos kastam untuk pulangkan custom declaration form. Kegagalan serah kembali borang akan dikenakan denda maksima 10,000 Baht.
InsyaAllah nanti saya akan buat entri berkenaan tempat-tempat yang kami pergi di Songkhla. Banyak sungguh entri yang tertangguh, antaranya catatan trip ke Kuching. Begitulah bila berblog ikut mood π
Syukurnya di mudahkan di perjalanan, untuk urusan imigrasi lancar,....WC gitu kalo di sini namanya WC jongkokπ
ReplyDeleteIya Alhamdulillah. Urusan imigresen memang buat berdebar.
DeleteJongkok tu mungkin sama maksud cangkung. Kami panggil tandas cangkung. Saya lebih prefer tandas begini berbanding jenis duduk. Cuma jadi sedikit masalah kerana yang ini tak ada paip air π
Wayar berselirat tu boleh jumpa sampai ke bangkok tau... hehehe
ReplyDeleteBetul sangat π
DeleteDi Satun je saya lihat wayar lebih teratur.
Padang Bezar, teringat pula perkataan Bazar :D
ReplyDeleteRezeki PU sungguh la, dapat selalu keluar masuk negara jiran kita ni. Anak Kedah ni pun belum sampai lagi ke sana huhu
Biasalah PH, kalau sejak lahir di situ, kita tak rasa nak pergi.
DeleteSaya orang Johor, pernah ke Singapore semasa kanak-kanak je. Dah dewasa ni tak terasa nak pergi pun π
Artikel yang banyak informasi dan berguna seandainya ada peluang ke Hadyai...saya pernah pergi Padang Besar Malaysia sahaja
ReplyDeleteKalau bawa passport, boleh dah tu terus ke Padang Besar Thai, naik van je tak perlu buat urusan bawa masuk kenderaan sendiri.
DeleteAlamak, kenapa tandas mcm tu? airnya mana?? nk nangis tgk trs x jadi nk kincing
ReplyDeleteAirnya kat kolah mini tu jelah Mim π
DeleteJalan-jalan tempat orang kena peka waktu balik semula untuk masuk sempadan. Mesti penat berjalan seharian ke sana.
ReplyDeleteKalau tak peka, tak sempat lepas sempadan kena tidur di Siam dululah π
DeleteMemang rugi kalau tak digunakan sepenuhnya kan. Untung duduk Perlis anytime boleh kesana. Dulu pun ke Thailand ikut Padang Besar juga. Ohh sekarang dah kena imbas muka ye. Senang tak payah nak turun kenderaan. Wayar berselirat tu dengan Thailand berpisah tiada.
ReplyDeleteMemang untung boleh kerap ke Siam. Tapi kalau drive sendiri, banyak jugak kos beli insurans (1 wajib, 2 pilihan). Tak beli salah satu, susah jugak kalau jadi perkara buruk.
DeleteSaya pun sering begitu kak. Even trip yg dah lewat 2-3 THN msh ada yg blm selesai saya tulis π€£. Mood tak ada.
ReplyDeleteAneh juga toiletnya tak ada paip air yaa. Tak ada flush pula. Berarti automatic? Tp WC nya model jongkok, biasa yg automatic model duduk π
Akak kalau dah bertahun, mau lupa apa nak cerita π
DeleteToilet tradisional ni Fanny. Guna bekas bulat tu sebagai gayung untuk cuci dan curah air ke mangkuk tandas π