Sambungan catatan trip ke Taman Negara Bako, Kuching. Entri sebelum ini - Penginapan di Taman Negara Bako, Kuching.
Aktiviti kami pada waktu malam di Taman Negara Bako - berjalan malam (night walk). Tak perlu buat tempahan awal, peserta hanya perlu hadirkan diri di kaunter pendaftaran pada pukul 7.45 malam. Tulis butiran diri di buku pendaftaran aktiviti night walk dan buat bayaran sebanyak RM15 seorang.
7.38 malam |
Sebelum menyertai aktiviti night walk, saya makan malam di Kafe Kerangas. Encik Suami masih kenyang sebab petang tadi dah makan mi goreng yang dibeli sewaktu sarapan pagi di Satok. Saya pulak sebenarnya tak ada selera nak makan - mungkin sebab keletihan, tapi terpaksa makan juga sebab perut rasa lapar. Hidangan makan malam disediakan secara bufet, bayar apa yang diambil sahaja. Satu senduk mi goreng (dalam foto) berharga RM3. Bagi menambah selera, saya order telur mata.
Aktiviti Berjalan Malam (Night Walk)
Aktiviti ini bertujuan memerhati hidupan liar pada waktu malam. Sebelum aktiviti bermula, semua peserta berkumpul untuk mendengar taklimat berkenaan keselamatan dan pengenalan haiwan yang ada di sekitar taman negara.
Ada lebih kurang 25 orang peserta termasuk saya dan Encik Suami. Semuanya warga asing, kecuali kami orang Malaysia. Berdebar jugalah sebab dah sekian lama tak pernah ikut night walk dan sekumpulan dengan orang asing pula. Tapi sebab masih di bumi Malaysia dan guide orang tempatan, tidaklah rasa terasing sangat.
Aktiviti bermula kira-kira pukul 8.05 malam. Kami dibahagi kepada tiga kumpulan, setiap kumpulan ada seorang guide. Masing-masing bawa lampu suluh sendiri dan juga peralatan lain seperti binokular dan kamera.
Untuk trip ke taman negara ni saya bawa dua jenis lampu - headlamp dan lampu suluh mini (saiz besar jari). Lampu suluh Encik Suami dah dicuri (baca kisahnya DI SINI), jadinya saya beri guna headlamp saya. Saya pula gunakan lampu suluh mini, lebih mudah nak on/off sebab saya juga pegang handphone untuk merakam foto.
Berikut merupakan foto-foto hidupan liar yang kami temui. Ada yang tak berjaya dirakam kerana kedudukan terlalu tinggi atau hasilnya kabur. Sila klik pada foto untuk paparan lebih jelas ya.
Ular kapak (pit viper). Foto waktu siang boleh lihat DI SINI.
Kubung (flying lemur). Saiz lebih kecil berbanding yang kami temui siang tadi.
Kalau tak silap, ini ular lidi. Tak berbisa tapi tetap rasa seram bila terjumpa.
Tinggi biawak ni memanjat 😄
Entah apa nama. Besar jugak saiznya.
Pepatung.
Katak kecil.
Rupa macam ketam kecil.
Labah-labah cantik warna hitam kuning.
Tiba di suatu kawasan berair. Terdapat aliran mini air terjun dari celahan batu besar. Ada banyak ikan keli, ikan kecil (entah spesis apa) dan kura-kura.
Belalang ranting.
Unik rupa serangga ni, berbintik putih dan ada banyak ‘kaki’.
Penemuan paling rare - burung hantu! Menurut guide, agak susah nak jumpa burung hantu pada kedudukan rendah begini.
Sejenis lagi serangga yang tak pernah saya temui. Entah apa namanya. Guide memang ada beritahu nama, tapi kadang tak berapa dengar kalau berada pada kedudukan belakang kumpulan.
Alhamdulillah selesai aktiviti memerhati hidupan liar yang mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Tak terasa lama dan saya begitu seronok dapat ikut serta aktiviti begini.
Ikut aktiviti begini juga mengajar saya satu hal - saling membantu dan bertolak ansur walau tak saling mengenali. Kalau ada bahaya seperti lubang, orang depan saya akan suluh pada lubang tersebut dan pandang saya (maksudnya suruh hati-hati lubang). Setiap kali jumpa hidupan liar, masing-masing bergilir memerhati dan merakam foto. Juga ada yang tolong suluhkan dan kadang ada juga yang rajin tolong sampaikan maklumat berkenaan hidupan tersebut dari guide di hadapan.
Berborak Dengan Penghuni Bilik Sebelah
Penghuni bilik sebelah kami, iaitu dua orang perempuan warga United Kingdom (UK) ikut sama dalam aktiviti night walk tadi. Sebaik kami tiba di penginapan, mereka berdua pun baru tiba dan duduk berehat di bangku beranda.
Kami sama-sama berehat di luar sambil berborak. Rupa-rupanya mereka berdua merupakan anak dan emak. Si anak bekerja di Singapura, emaknya datang dari UK bercuti tiga bulan untuk melawat anak sambil berjalan-jalan di Sabah dan Sarawak. Emaknya pertama kali berkunjung ke Malaysia dan kagum dengan keindahan bumi Borneo.
Saya juga ditanya, datang sini sebab minat alam semula jadi atau saja jalan-jalan? Kalau tak kerana minat, mana mungkin saya sanggup bermalam di kawasan taman negara 😁
Sebelum beredar masuk bilik masing-masing, si anak sempat ucap ‘selamat malam’. Tersenyum lebar saya mendengar orang putih cakap Melayu.
Rekod steps saya pada hari ini, paling tinggi sepanjang trip di Kuching. Terima kasih Allah yang memberi kudrat dan kesempatan buat kami 💙
Aktiviti eksplorasi hutan masih belum tamat, esok paginya kami jungle trekking ke Teluk Delima pula. InsyaAllah bersambung pada catatan seterusnya.
Menariknya Ujie. Kalau terjumpa ular tu tak kira besar atau kecik Dania mesti takut....memang takut betul dengan ular. Burung hantu tu macam pose khas untuk Ujie je. Lawa mata dia macam warna biru. Belalang ranting tu kalau tak tengok betul2 sure tak perasan sebab macam ranting kayu je kan.
ReplyDeleteRezeki malam tu, dapat tengok burung hantu dari jarak dekat.
DeleteBetul, belalang tu kalau bukan guide tunjuk memang tak perasan 😄
Ya Allah seronok nya.... explore dalam hutan di tgh malam.. bab ular tu ada bisa ke tak bisa ke.. kalau jumpa pertama mmg nak menjerit hahahaha.. nasib dalam berkumpulan dgn guide huhu.. mmg rare sgt2 binatang yg dijumpani.. btw pakai camera apa amik gmbr malam cantik sgt :D
ReplyDeleteGuide dah maklumkan, ikut nasib dapat jumpa binatang apa. Alhamdulillah dapat tengok macam-macam, memang pengalaman yang seronok! Akak pakai hp Samsung S24, ada fungsi night mode.
Deletemesti mak nya nampak muda sbb tu ingat dari awal kawan.. tapi bila dah kenal baru tahu mak dgn anak.. untung anak kerja oversea.. boleh dtg jenjalan negara dan negara jiran tmpt anak bekerja :D
ReplyDeleteHa’ah…maknya nampak muda. Macam kawan-kawan tapi nampaklah tak sebaya. Tersenyum maknya bila kita cakap dia nampak muda, tak macam mak dengan anak.
DeleteSeronok ikut aktiviti night walk. Macam-macam haiwan keluar waktu malam yang boleh dilihat. Seingat saya sepanjang berada di Sabah, dua kali saja pernah ikut night walk iaitu di Lembah Danum dan Bilit Rainforest.
ReplyDeleteWah bestnya…saya teringin nak ke Lembah Danum.
Deletekak ana tak boleh la kut Ujie , seram dengan haiwan2 reptilia ni hehe :)
ReplyDeleteHehe…takpe kak, setiap orang ada fobia masing-masing.
DeleteBest, seronok lah night walk ni. Woww 22,000 steps. Bila keluar travel atau beraktiviti, memang beribu2 lemon lah steps nya kan.
ReplyDeleteItulah…letih tapi puas hati jugak tengok dapat banyak steps 😄
DeleteMenariknya aktiviti night walk ni. Anak2 saya mesti suka kalau join aktiviti2 memerhati hidupan liar lagi2 klu jumpa binatang mcm ular tu (walaupun saya seriau!). Kalau kita tak bermalam di situ boleh ke join aktiviti ni Kak Ujie?
ReplyDeleteMemang bagus sangat kalau anak-anak join, pembelajaran alam dan supaya tak takut dengan hidupan liar. Kalau tak bermalam, tak dapat join aktiviti ni sebab bot bergerak waktu siang je. Nak ke sini wajib naik bot.
Deletewahhh menariknya aktiviti night walk di taman negara!
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok!
DeleteRasanya malam lagi menarik, kan?
ReplyDeleteSiang dan malam, dua-dua menarik sebab boleh lihat haiwan berbeza.
DeleteTidak pernah lagi ikuti aktiviti jalan malam di hutan. Betullah kena ada minat untuk ikuti.
ReplyDeleteApapun memang nampak jelas fizikal haiwan/serangga yang Puan Ujie ambil.
Bila minat, kita tak takut/geli membelek segala serangga/haiwan yang ditemui. Kita rasa excited dan seronok.
DeleteDapat tengok pelbagai spesis di waktu malam satu kenangan yang paling menarik rasanya, tambah lagi dapat pulak kawan baru.. hehehe..
ReplyDeleteBetul, memang jadi suatu kenangan menarik dalam hidup saya. Alhamdulillah!
DeleteTeman saya lagi di Bako. Dia ada tulis cerita juga ttg taman negara ini
ReplyDeleteKak, ular viper itu berbisa kan yaa? Saya hanya penasaran, jika tak sengaja berpijak di jalan, dan dia menggigit, bisa nya berbahaya sampah level mematikan dan harus cepat dapat penawar atau tak?
Ngeri juga kalo mematikan, dan kita tak punya penawar. Jujur ini salah satu alasan saya tak terlalu suka trekking dan LBH suka membaca kisah orang lain yg sedang trekking. Takut ketemu ular 😅
Iya, pit viper ular berbisa dan boleh membawa maut.
DeleteAkak takut jugak, tapi keinginan trekking jauh lebih tinggi. Jadi caranya, perlu berhati-hati melangkah dan sentiasa waspada memerhati sekitar.
Bestnya ada aktiviti night walk. Tapi macam seram juga kalau jumpa haiwan liar yang berbisa berbahaya. Katak tu buat saya geli. Terujanya kalau dapat jumpa owl. Comel! Memang tak terasa jauh berjalan dan masa berjalan dengan pantas. Banyak steps tu kak. Selain dapat ilmu baru, tengok haiwan. Dapat juga mengenali orang luar.
ReplyDeletesaya gi taman negara Pahang sbb kerja...sambil menyelam minum air, bila dah ada di sana, langsung jadi minat flora & fauna...ikut jg aktiviti 'night walk'..
ReplyDelete