[Catatan Trip ke Kuching - Hari Ketiga | Ahad, 19 Mei 2024]
Hari kedua kami berada di Taman Negara Bako, pagi ini kami akan melakukan aktiviti jungle trekking ke Teluk Delima. Sebelum masuk hutan, kami bersarapan di Kafe Kerangas.
8.34 pagi |
Di sini tak disediakan nasi lemak (sarapan kegemaran saya), jadinya saya cuma makan telur dadar dan gorengan macam cucur udang. Cukuplah buat alas perut dan pemberi tenaga pagi ini.
Monyet Belanda (Proboscis Monkey)
Sedang kami bersarapan, seorang lelaki (melihat kepada pakaiannya, mungkin renjer taman negara) datang menghampiri kami dan memaklumkan kehadiran seekor monyet belanda di kawasan berhampiran kafe. Menurutnya lagi, kami boleh tinggalkan sekejap makanan dan barang di kafe untuk pergi melihat monyet belanda.
Kami menurut saranannya - tinggalkan makanan dan barang, terus menuju ke suatu arah. Dari jauh kelihatan beberapa orang pengunjung mat salih sedang berkumpul di bawah sebatang pokok sambil memerhati ke atas.
Sila klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Nun di atas sana kelihatan seekor monyet belanda sedang mencari makan. Kami semua memerhati dalam keadaan senyap supaya monyet belanda tak merasa terganggu dengan kehadiran manusia. Masing-masing tak melepaskan peluang untuk merakam foto dan video gelagat monyet yang memiliki hidung besar dan mancung ini.
Panjang sungguh ekornya.
Monyet belanda mempunyai perut besar.
Pemakanan monyet belanda - tumbuh-tumbuhan seperti pucuk daun muda.
Perhatikan mata dan hidungnya.
Monyet belanda merupakan spesis endemik di Kepulauan Borneo - hanya ditemui di Borneo dan tidak ditemui di tempat lain.
Nama tempatan : Monyet belanda, monyet probosis, monyet bangkatan
Nama inggeris : Proboscis monkey, long-nosed monkey
Nama saintifik : Nasalis larvatus
Video berdurasi 0:35 minit.
Alhamdulillah kami berpeluang melihat sendiri rupa monyet belanda. Rasa macam tak lengkap kunjungan ke sini kalau tak dapat melihat dengan jelas monyet yang unik ini.
Selepas itu kami kembali ke ruangan kafe untuk sambung makan sarapan. Sebaik kami tiba, sekumpulan monyet yang agak agresif berada di luar bangunan. Pekerja kafe bergegas menutup pintu kaca di bahagian hadapan dan sisi kafe. Kalau tak tutup, habislah makanan dalam kafe diambil monyet. Kami juga ada pengalaman buruk dengan kumpulan monyet agresif, nanti saya ceritakan dalam catatan akhir trip ke Taman Negara Bako ini.
Bersambung catatan seterusnya - eksplorasi hutan di laluan Teluk Delima.
.
Rezeki betul dapat tengok monyet belanda ni depan mata. Saya pun tak pernah lagi ada peluang ni 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah…ini pun dapat tengok seekor je. Jadiklah…😄
Deletewahhh mmg ikonik sbb spesis Monyet Belanda ni hanya ada di kepulauan kita shj kan? hehe
ReplyDeleteHanya ada di Kepulauan Borneo - Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia.
Deletelamanya tak datang melawat akak...akak apa kabar?
ReplyDeletebertuahnya akak rezeki dapat tengok depan mata ikon pulau Borneo,monyet belanda ni pun intelligent macam orang utan juga kan..
Akak Alhamdulillah sihat 😊
DeleteLama Afzan menyepi.
Tak pasti pulak persamaan monyet belanda ni dengan orang utan.
oh baru cik nur tahu namanya
ReplyDeletemonyet belanda
Tempat kita di Semenanjung tak ada, itu yang tak kenal.
DeleteComel, kan. Rasa nak peluk tapi takut, haha.
ReplyDeleteSk bayangkan teddy bear ya boleh peluk? 😁
Deletebaru lengkap perjalanan ke sana ye kak bila jumpa dengan si hidung besar ni,
ReplyDeleteRasa rugi pulak dah sampai dari jauh tapi tak jumpa dengan haiwan yang terkenal kat sini. Alhamdulillah jumpa jugak 😀
DeleteHehe ingat nama monyet Belanda dalam Bahasa Inggeris ada perkataan Dutch.
ReplyDeleteTakut juga monyet agresif ini gigit manusia.
Marah pulak orang Dutch, ada kaitan dengan monyet 😂
DeleteBetul. Gigitan monyet bahaya, risiko sebar rabies.
Ohhh begini rupanya. Hidung tu, mancung ya.
ReplyDeleteIras orang Belanda katanya 😅
Deletematanya cantik, hidungnya unik, perutnya bulat.. elok pulak ia duduk di situ, macam tahu2 orang nak ambil gambar/videonya.
ReplyDeleteHehe...katanya yang seekor ni memang tak kisah dengan orang. Yang lain pemalu, menyorok kalau nampak orang.
DeleteKami menyebutnya bekantan, memang mirip karena hidung mancung dan bulat😁,biasanya ada di Kalimantan Selatan.
ReplyDeleteSpesis monyet ni pernah nampak kat papan iklan. Ohhh ini la monyet belanda. Hidung dia unik sikit.
ReplyDeleteOhhh monyet Belanda ini maksudnya monyet Bekantan yaa 😍😍. Monyet ini dijadikan maskot di salah satu themepark besar di Jakarta , Dunia Fantasi Ancol. Dulu saat kecil saya pikir itu hanya maskot kartun. Tapi ternyata beneran ada makhluk nya di hutan Kalimantan dan Borneo.
ReplyDeleteMonyet yang rare. Rezeki juga dapat melihatnya depan mata. Comel pula tengok rupa parasnya. Monyet² ni kalau dah berkelompok jadi agresif dan merbahaya.
ReplyDeletecomelll...dia pun nk sarapan pagi...
ReplyDelete