Wednesday 21 August 2024

Ke Negara Jiran Melalui Pintu Sempadan Wang Kelian-Wang Prachan

[Catatan hari Ahad, 18 Ogos 2024]

Akhirnya, saya berkesempatan ke negara jiran iaitu Thailand melalui jalan darat setelah lebih sembilan bulan menetap di bumi Perlis. Saya dan Encik Suami pergi bersama jiran/rakan sekerja dengan menaiki empat buah kenderaan. 

Terdapat tiga pintu sempadan terdekat - Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis, Bukit Kayu Hitam di Kedah. Kami cuma nak jalan-jalan cari makan di wilayah Satun, jadinya kami perlu melalui pintu sempadan terdekat iaitu di Wang Kelian.

Persediaan sebelum masuk ke Thailand melalui jalan darat, secara ringkasnya :
  • beli insurans untuk bawa masuk kenderaan —> kami buat melalui ejen, kecuali insurans Ext. 101 perlu hubungi ejen insurans kenderaan kita.
  • isi borang TM2 (borang maklumat kenderaan), TM3 (borang senarai penumpang kenderaan) dan TM6 (white card - borang masuk/keluar Thailand) —> ejen isikan, sekali dengan buat insurans.
  • tukar duit Thai Baht (THB) —> kami tukar di Padang Besar dengan kadar tukaran THB1,000 = RM128.75

Wang Prachan Boundary Post
Wang Prachan Boundary Post | 10.50 pagi waktu Malaysia.
Kami parkir kenderaan di tepi untuk selesaikan urusan bawa masuk kenderaan dan cop pasport. Tiada bayaran tambahan diminta sewaktu cop pasport (tidak seperti pengalaman saya sewaktu melalui pintu sempadan masuk ke Betong, Thailand suatu ketika dahulu).

Tetapi rupa-rupanya setiap kenderaan perlu bayar overtime fee, Encik Suami perlu bayar 40 Baht semasa masuk dan 45 Baht semasa keluar. Berbeza kadar sebab masa masuk kami naik bertiga, baliknya tambah lagi seorang penumpang (pergi naik kenderaan lain, balik naik dengan kami).

Saya copy & paste info berkenaan overtime fee yang diambil dari laman riderchris.com :

Overtime Timing

You are ONLY required to pay the Overtime fee when you cross into Thailand Between the time below (add 1 hour if you’re using Malaysian time).

05:00-08:30
12:00-13:00
16:30-23:00
All-day on Weekends
All-day on Malaysia & Thailand Public Holiday(s)
 

IMPORTANT: If you are crossing into Thai other than the time stated above, it is FREE. I’ve crossed into Thai during working hours at 1430 on a weekday using my motorcycle and I didn’t have to pay anything! Also, the fee only applies to those who are driving their vehicle into Thai. If you’re on a public bus/walk-in, you are NOT required to pay any fee regardless of the time.

Fee Pricing
For Motorcycle: If you ride alone, you will need to pay THB10 and an additional THB3 if you have a passenger.

For Car: If you drive alone, you will need to pay THB25 and an additional THB5 per passenger.


Wang Prachan, Satun, Thailand
Wang Prachan, Satun, Thailand | 10.05 pagi waktu Thai.
Beginilah suasana selepas kita melewati pos sempadan Wang Prachan, meriah dengan gerai jualan di kanan dan kiri jalan. Saya pernah berada di sini pada tahun 2012, sewaktu terdapatnya kemudahan free flow untuk rakyat Thailand dan Malaysia - baca catatannya DI SINI.

Chalung, Satun, Thailand
Chalung, Satun, Thailand | 10.34 pagi waktu Thai.
Suasana jalan raya di pekan Chalung. Tidak begitu sesak. Wayar elektrik di sini juga tidak berselirat seperti yang saya lihat di Betong dan Bangkok.

Perjalanan kali ini, saya duduk di tempat duduk belakang. Rasa sedikit janggal sebab tak dapat melihat pemandangan luas di depan.

Perjalanan kami diteruskan menuju ke bahagian pantai tanpa panduan GPS, kami ikut saja kenderaan jiran/rakan sekerja Encik Suami yang dah biasa ke sini. Mereka semua pemegang Pas Sempadan (buku warna biru muda), kecuali kami berdua dan seorang lagi masuk menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa (buku warna merah).







24 comments:

  1. Complicated jugak nak bawak kenderaan masuk ke Thailand ye kak. Saya cuma pernah bawak kenderaan masuk ke Brunei masa menetap di Sarawak dulu, tapi seingat saya cuma isi white card je dan tak perlu bayar apa2 insurans atau fees.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Carneyz, kami pernah drive masuk Brunei ikut Miri, memang jauh lebih mudah berbanding masuk Thai.

      Delete
  2. tak pernah lagi jejak thailand dari mana-mana pintu masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan kami duduk dekat sempadan, bolehlah masuk ikut jalan darat ni.

      Delete
  3. Menarik ni tapi alangkah kesiannya Sy, x pernah masuk Thailand lagi wpun berjiran je 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah suatu hari nanti PH. Biasa kalau dekat, itu yang tak rasa nak pergi kot kan 😄

      Delete
  4. Pernah masuk melalui Bukit Kayu Hitam.... everything orang siapkan.... white kad ke apa....... kita tido jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, borang semua boleh upah ejen siapkan. Malah boleh buat awal sebelum hari bertolak.

      Tapi sampai border kena keluar jugak untuk cop pasport dan scan jari kita.

      Delete
  5. eh ye la Satun ni nampak betul2 macam kat msia hahaha esp tang wayar tu, kemas je... ada member suggest gak area Satun ni, nnt boleh riki2 gak la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satun lebih tenang dan katanya makanan lebih murah berbanding Hatyai. Bolehlah Ret try ke Satun pulak.

      Delete
  6. Selamat melancong ke negara jiran

    ReplyDelete
  7. Pengalaman menarik,tapi agak susah juga ya kalau bawa kendaraan ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lebih mudah jika masuk naik public transport. Cuma hulur pasport dan white card shj.

      Delete
  8. Saya pernah menggunakan jalan ni untuk balik ke Malaysia. Masuknya melalui Changlun dan keluar pula di sini. Pernah juga la bawa kereta masa tu masuk Thailand. Berpandukan GPS tapi....ada beberapa tempat GPS tu suruh masuk kami tak masuk sebab macam aik....ladang kelapa sawit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh laa kalau termasuk ladang sawit 😅

      Delete
  9. Ada juga suami ajak drive tapi saya kata ajak sesiapa yang dah biasa masuk, hehe kurang berani dgn border Thailand ni. Tapi kawan dan saudara mara yang pergi kata ok je. Insyaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi sebagai penumpang, memang ok je mudah. Driver/pemilik kenderaan yang kena uruskan dokumen dan bayar itu ini.

      Jujurnya, saya kurang suka masuk Thai ikut jalan darat sebab mereka suka-suka letak caj tambahan kat kita. Dan dah banyak kes tak cop pasport keluar (mungkin tak sengaja), so kita kena hati² check pasport sendiri.

      Delete
  10. Sila sambung cerita akak ya, mesti banyak gambar lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada entri terkini tu Dana, agaknya Dana tak perasan 😀

      Delete
  11. bolehlah plan ke satun lepas ni... hehe

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi sampai ke sana, tapi akan jadi mudah bila dapat pergi dengan mereka yang dah biasa pergi kan kak.. :)

    ReplyDelete
  13. Kalo saja Indonesia berbatasan langsung dengan Thailand, saya nak juga sering2 kesana 😄😄. Selama ini negara yg berbatasan dengan Indonesia, saya belum pernah visit. Sabah, Serawak, Papua Nugini, dan Timor Leste. Teringin sangat , tapi rasanya baru Timor Leste yg akan saya visit THN depan. Sabah Serawak dan Nugini ntah kapan lah bisa 😅. Jauuh.

    ReplyDelete
  14. Meriah betul jualan kiri kanan jalan tu. Kena bawa perlahan lah gitu. Terima kasih share infonya. Kot terlepas ke Perlis, bolehlah cuba jalan-jalan sini.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****