Monday, 5 August 2024

Catatan Hujung Minggu

[Catatan hujung minggu | 2 - 4 Ogos 2024]

⏵ JUMAAT 2 OGOS 2024
Bilik air dinding kaca di Wesley Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pada hari Sabtu saya ada janji temu dengan doktor gigi di Pulau Pinang, jadinya kami ambil keputusan untuk menginap di hotel supaya tak perlu bertolak awal pagi (sebelum subuh) dari Perlis.

Bilik air di penginapan kami berdinding kaca (rujuk foto di bawah). Leceh jugaklah setiap kali nak guna kena tarik/buka kain langsirnya. Juga ada sedikit bau kurang sedap bila kain langsir basah. Selain hal bilik air berdinding kaca dan bilik kurang kedap bunyi (dengar orang bilik sebelah berborak), saya puas hati dengan tahap kebersihan bilik penginapan kami.


⏵ SABTU 3 OGOS 2024
Janji temu rawatan susulan dengan doktor gigi
Janji temu setiap enam bulan sekali bagi memastikan gusi/gigi saya dalam keadaan baik. Buat kali pertama, bukan doktor Freeda yang memeriksa dan merawat saya, tetapi seorang doktor perempuan berbangsa Cina. Jujurnya saya rasa kurang selesa sebab sejak tahun 2022, hanya doktor Freeda yang memeriksa dan merawat saya. Saya suka cara doktor Freeda beri penerangan, juga tutur kata beliau yang lembut dan membuat saya rasa tenang.

Rawatan yang dilakukan kali ini - scaling, ukur gigi dan baiki ikatan gigi (splinting) depan bahagian atas. Kos kali ini sebanyak RM350

Menikmati suasana kampung di Jendela Sungai Lenggong, Perak
Dari Pulau Pinang kami menuju ke Perak. Destinasi yang tak asing bagi kami, iaitu ke Kampung Danglang, Kuak, Lenggong. Ini merupakan kali ketiga kami menginap di kampung ini. Sebelum ini kami pernah bermalam di Amazing Camp Legacy, kali ini kami menginap di Jendela Sungai Lenggong pula. Walaupun rumah kami di Perlis juga dalam suasana kampung/hutan, tapi tetap ada bezanya dengan kampung di Lenggong. InsyaAllah akan ada entri khas perkongsian pengalaman kami di sini.


Wesley Hotel, Restoran Tasik Raban dan gerai jual durian.

⏵ AHAD 4 OGOS 2024
Lawatan ke Galeri Lenggong Geopark
Saya tahu kewujudan galeri ini sewaktu buat carian di Google Maps - things to do - museum. Lokasinya tak begitu jauh dari Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Mulanya kami rancang nak pergi kedua-dua galeri tersebut, tapi memandangkan kami mengejar masa nak balik Perlis maka kami pilih ke galeri geopark sahaja. InsyaAllah catatan lanjut galeri berkenaan geologi ini dalam entri khas.

Menikmati hidangan tengah hari di Restoran Tasik Raban
Kami terjumpa restoran ini secara tak sengaja. Restoran Tasik Raban terletak di jalan besar iaitu di laluan Baling - Kuala Kangsar. Restoran yang luas dan sangat banyak pilihan lauk tengah hari. Setiap lauk ada tanda harga, taklah terkejut masa membayar nanti. Tempat makan di sini juga berkeadaan bersih dan selesa untuk kita menjamu selera. Waktu operasi (saya ambil info di Google Maps) - setiap hari 10.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Beli durian D24 dan IOI
Sebelum beredar dari penginapan Jendela Sungai Lenggong pagi tadi, tuan punya penginapan ada memberi kami buah rambutan dan sebiji durian. Cukup harum aromanya di dalam kereta kami. Saya fikir cukuplah sebiji durian tu buat kami makan berdua. Tapi, eh…ada orang rasa tak cukup dan sibuk nak membeli bila ternampak gerai jual durian tak jauh dari tempat kami makan tengah hari tadi.

Menurut penjualnya - seorang lelaki muda berbangsa Melayu, semua durian yang dijual merupakan durian tempatan. Encik Suami beli durian IOI dengan harga RM35/kg dan durian D24 dengan harga RM20/kg.

Selesai urusan membeli durian, kami terus bergerak balik ke Perlis melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Sebelum sampai rumah tu pula ada beberapa tempat lagi kami singgah - antaranya, pos bungkusan (return defect item) dan gunting rambut Encik Suami di Napoh, Kedah. Alhamdulillah jumpa jugak kedai yang bagus kemas hasil kerjanya dan harganya cuma RM10.

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah sebelum pukul 7 malam. 







23 comments:

  1. Cukup banyak kegiatannya dan pastinya menyenangkan terlepas masalah dokter gigi bukan rujukan kita sebelumnya, memang kalau kita sudah kenal dokter nya akan memberi rasa nyaman ya 😀 alhamdullilah selesai juga perawatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…lega rasa lepas jumpa doktor. Lagi 6 bulan berdebar semula 😅

      Delete
  2. Kemain bathroom dia ye transparent betul tu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, biasa jumpa sebahagian je dan jenis frosted glass.

      Delete
  3. Cantik bilik airnya tapi sayang curtain berbau pulak ye. Saya ni patutnya dah kena jumpa doktor gigi sebab dah setahun tak pergi tapi tak pergi2 lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi elok tak ada masalah takpe kot lajak sikit lebih setahun.
      Yang ada masalah ni kena mengadap doktor tiap enam bulan 😅

      Delete
  4. wow bathroom dia utk org honeymoon! hehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ana kat Perak, tengah banyak durian kan…😀

      Delete
  6. seronoknya mcm-mcm aktiviti boleh buat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat aktiviti santai dan selesaikan urusan hidup 😄

      Delete
  7. Uishhhh... betul² kaca seluruh dinding tu. Dah lama tak jumpa doktor gigi, durian tu teringin no. Lenggong tempat best ada sungai dan jeram kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Lenggong kaya dengan keindahan alam semula jadi. Sungai, jeram, tasik, gua.

      Delete
  8. Restoran Tasik Raban tu memang popular 👍
    Sy pun tgh dok fikir nak pergi dentist yg Sy biasa tapi jauh atau yg dekat tapi baru 1st time nak jumpa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah ke Lenggong beberapa kali, tapi biasanya cuma sampai Dataran Tasik Raban je, itu yang tak perasan Restoran Tasik Raban.

      Kalau sekadar check gigi, boleh je cuba ke dentist dekat rumah tu. Mana tau nanti serasi. Saya ada kes khas, terpaksa jugak pergi walau jauh.

      Delete
  9. jendela sg lenggong sedapp tak menunya? debar2 ni nk jumpa dr gg. tp lega bila dah selesai he hee
    tasik raban kalu blk. kg lalu beberapa kali je singgah.
    kg ciknur dpn sikit je ikut laluan grik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jendela Sg Lenggong tu tempat penginapan.
      Kami makan di Restoran Tasik Raban, Alhamdulillah memuaskan selera. Tapi restoran ni bukan di Dataran Tasik Raban tau, kena lajak ke depan lagi.

      Delete
  10. Jauh jalan Puan Ujie.
    Siap gunting rambut di Kedah? Kedai gunting itu baru pertama kali atau memang biasa di situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak balik Perlis, memang kena lalu jalan Napoh tu.
      Saya pergi pos parcel, suami ke kedai gunting rambut di sebelahnya.
      Pertama kali mencuba 😀

      Delete
  11. Destinasi ke Pulau Pinang - Perak - Kedah - dan kembali ke Perlis.. pasti banyak gambar yang diambil untuk dijadikan kenangan.

    ReplyDelete
  12. Kurang sesuai bilik air begitu kan. Agak leceh juga nak tarik buka shower curtain tu. Tak best juga bila bilik tak kedap bunyi sampai boleh dengar orang sebelah berborak. Mujur biliknya bersih. Ada juga kelebihan di situ.

    Saya pun kurang selesa kalau bertukar² doktor ni. Tapi nak buat macamana kan, kita tak boleh nak request. Asalkan gigi kita semakin sihat, kita teruskan je.

    Lenggong ni dah semakin menarik. Macam dah banyak tarikannya. Salah satu tempat yang saya teringin nak pergi dan explore.

    ReplyDelete
  13. walaupun dkt dgn kpg, tk pernah lagi ke restoran Tasik Raban..huhu..teringin gak nak stay kt Lenggong, tapi mesti ada yg bising...haha..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****