Tuesday 26 September 2023

Remaja Purba Kafe & Bakeri, Ipoh

Sewaktu ke Ipoh baru-baru ini, saya dan Encik Suami berkesempatan mencuba makan di Remaja Purba Kafe & Bakeri. Saya tahu berkenaan tempat makan ini hasil carian internet.

Kafe ini beroperasi mulai pukul 5 petang. Kami tiba di sini menghampiri pukul 6 petang.

Boleh pilih makan di dalam (ruang tertutup) atau di luar (ruang terbuka). Kalau nak makan di dalam, masuk ikut pintu satu lagi (tak kelihatan pada foto). Tapi nampaknya dah penuh di dalam, ruangnya sangat terhad.

Remaja Purba Kafe & Bakeri, Ipoh
Ruang makan di luar. Terdapat beberapa buah meja lagi di hadapan kafe. Masa ni hujan baru saja berhenti. Meja dan kerusi semuanya basah dek tempias hujan lebat. Kami pilih satu meja dan minta pelayan kedai lapkan dengan kain.

Kami diberi buku menu dan buku pesanan, perlu tulis sendiri pesanan kita dan kembalikannya ke kaunter.

Remaja Purba Kafe & Bakeri, Ipoh
Lemon Lime Mojito / RM7.90 dan Honeydew / RM6.90
Bila minuman sampai, baru terfikir kenapalah kami pesan dua minuman sejuk di hari yang sejuk selepas hujan begini 😅. Sepatutnya pesanlah satu minuman sejuk dan satu lagi minuman panas.

Minuman lemon lime mojito tu sedap tau, silalah pesan yang ini kalau datang sini ya.

Remaja Purba Kafe & Bakeri, Ipoh
Kek Red Velvet / RM12
Rasanya sedap, cuma tekstur kek sedikit kering.

Remaja Purba Kafe & Bakeri, Ipoh
Grilled Chicken Chop / RM17
Daging ayamnya lembut berjus dengan sos lada hitam yang cukup memuaskan selera. Sedap!

Remaja Purba Kafe & Bakeri, Ipoh
Spaghetti Bolognese / RM17
Rasanya berbeza berbanding spaghetti bolognese yang pernah saya makan di tempat lain dan yang saya masak di rumah. Sangat sedap!

Seperkara lagi yang menarik berkenaan kafe ini, tempat makannya dihiasi dengan pokok-pokok menghijau. Segar mata memandang. Sambil menikmati hidangan, kita juga dapat menikmati pemandangan indah perbukitan batu kapur (lokasi Lost World of Tambun).



************************************************************

REMAJA PURBA KAFE & BAKERI
24, Jalan Sci 1/1, Dataran Sunway,
Ipoh, Perak.

Facebook | Remaja Purba Kafe Dan Bakeri
Carian Google Maps | Remaja Purba Cafe and Bakery

Waktu operasi :
Setiap hari | 5 petang - 12 tengah malam
Tutup | Isnin






.

35 comments:

  1. Grilled chicken chop tu nampak menyelerakan la. Harga pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ok dan berbaloi sangat harga dan kualiti masakannya. Recommended 👍🏽

      Delete
  2. sedap nampak air lemon tu..segar je kan minum air camtu. kek kalau kering kadang buat mood spoil gak kan..lama sangat simpan tak bertutup kot..tu yang kering

    ReplyDelete
  3. Macam ada letak serbuk herba pada ayam yang dipanggang.
    Memang nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak, memang sedap rasa ayam panggangnya ditambah pulak dengan sos lada hitam yang secukup rasa.

      Delete
  4. Ya allah..sedapnyaaa...honeydew juice ngangrilled chicken tu alahai...menggoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…insyaAllah ada rezeki pengantin baru makan yang sedap gini.

      Delete
  5. Wahhh.. ni kalau sampai lagi ke Ipoh boleh singgah.. mesti owner seusia sy jugak 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kuranglah dengan saya…fasa remaja purba 😆

      Delete
    2. Assalammualaikumm..saya pemilik remaja purba..memang saya dah agak purba ni..hehe

      Delete
    3. Haa tu dia Sk, owner sendiri yang jawab 😁

      Delete
  6. sedapnya chiken cop dan spageti tu kak... nama kedai tu menarik betul dan unik

    ReplyDelete
  7. nama kafe teringat kat Ogy Ahmad Daud, hehe suka gelar dirinya remaja purba dedulu kan :) cantik ambience cafe ni

    ReplyDelete
  8. wah best nya. lama dah tak lepak cafe. sebab kadang2 macam noob dan nampak bodoh. sebelum ni prnah pergi 1 cafe ni tau. haram dia xlayan. hahaha sakit hati rasa. akhirnya saya dan mak keluar dari kafe. tp yela bukan semua staf tak guna kan hahaha. enjoy makan. bila entah nak pergi ipoh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tak bersungguh meniaga, takpe kita tinggalkan. Banyak lagi tempat lain.

      Delete
  9. Sukaaaa semua menu ini kecuali red Velvet 😅. Saya memang dari dulu tak bisa makan red Velvet hahahaha. Ntahlah kenapa. Dan dari foto Kaka, jujur memang terlihat dry cake nya. Tak moist.

    Sebenarnya bulan lalu teman saya yg waku itu ke Melaka, ajak main ke Ipoh. Tapi tak bisalah. Suami tak izinkan sering pergi macam tu 🤣. Krn juni saya baru dari Melaka, Juli dari Penang, tak mungkin Agustus pergi juga 🤣🤣.

    Padahal teringin nak ke Ipoh. Rasanya memang target saya nak datangi semua states di Malaysia nih lah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suaminya tak rela setiap bulan ditinggal Fanny 🤭

      Malaysia tak terlalu besar, insyaAllah Fanny boleh melawat ke semua negeri di Malaysia.

      Delete
  10. Tak masalah hari dingin minuman dingin, yang penting setelah diminum kepala panas jadi cepat dingin. He he ...

    ReplyDelete
  11. Tempatnya yg di teras lumayan sejuk lihat banyak yg hijau",menu pesanan juga sedap",jadi kepingin hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya pemilik kafe suka tanam pokok, jadi dihiasi kafe dengan tanamannya. Memang sejuk mata memandang.

      Delete
  12. Nampak menarik + nama kedai tu sama dengan blog MakBudak a.k.a RemajaPurba :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilla.. Menarik sangat.. tq kak berkongsi..
    Boleh bookmark siap2 dalam google maps..

    ReplyDelete
  14. unik nama cafenya..menu pun nmpk menarik

    ReplyDelete
  15. Remaja purba. Macam kita jugak, Ujie. Eh!

    ReplyDelete
  16. Segarnya lemon lime mojito!

    ReplyDelete
  17. Alhandulillah.terima kasih penulis blog..review tentang cafe kami..baru hari ni saya perasan..ingatkan cafe kecik kami orang takkan bualkan apa apa..hehe..terima kasih byk byk yaaa..jemput datang ke cafe kami lagi yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama puan 😊
      Makanan sedap, tempat OK. Harus saya kongsi di blog.
      InsyaAllah kalau ada ke sana memang teringin nak singgah makan lagi.

      Delete
  18. Remaja Purba di ipoh? Nampak santai je dlm kedai.. makanan kalau Puan Ujie kata sedap tu mmg betul sedap la tu hihii..:D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****