Saturday 23 September 2023

Kopi Chandu dan Kacang Pool di Pak Lurah Bistro

Kelmarin semasa dalam perjalanan balik dari rumah mentua di Batu Pahat, Johor saya dan Encik Suami berkesempatan singgah makan di Pak Lurah Bistro.

Saya pernah buat entri berkenaan tempat ini pada tahun 2021 DI SINI. Selain terdapat perubahan harga makanan, terdapat juga perubahan menu dan waktu operasi. Waktu operasi terkini saya catatkan di hujung entri ini.

Hidangan pilihan kami kali ini :

Nasi goreng kambing panggang
Nasi goreng kambing panggang | RM25
Rasa hidangan nasi goreng kambing panggang masih sedap seperti kunjungan sebelum ini. Cuma kambing panggang yang kami dapat kali ini banyak bahagian yang liat. Jadi rasa kurang berbaloi dengan harganya.

Set roti kacang pool
Set roti kacang pool | RM8
Biasanya hidangan kacang pool akan letak telur mata tu atas kacang pool, tapi yang ni telur mata diletak atas roti. Saya lebih suka begini sebab mudah saya nak makan roti bersama kacang pool.

Rotinya lembut dan tak kering, makan pula dengan kacang pool yang diperbuat daripada ramuan rempah ratus dan daging cincang, memang sangat sedap!

Set lempeng kacang pool
Set lempeng kacang pool | RM9
Sama je dengan hidangan di atas, cuma roti diganti dengan lempeng. Yang ini pun sedap, nipis dan lembut lempengnya.

Kopi chandu dengan susu segar
Kopi chandu dengan susu segar
Minuman kami - kopi chandu dengan susu segar. Encik Suami pilih kopi chandu panas dan saya pula lebih gemar kopi chandu ais. Harga kopi chandu ais RM6, kopi chandu panas saya kurang pasti harganya sama ada RM4 atau RM5.

Kopi chandu yang dihasilkan dengan campuran kulit kayu manis memberikan rasa kopi yang unik. Penggunaan susu segar pula menambahkan rasa lemak pada kopi chandu. Rasa kopi ini tak manis, memang menepati cita rasa saya. Pendek kata, memang sedap! Bagi penggemar kopi, harus cuba kopi chandu jika datang ke Pak Lurah Bistro.

Alhamdulillah perut sudah kenyang, kami teruskan perjalanan menuju ke utara tanah air. Rancangan asal nak menjenguk dan bermalam di rumah NS terpaksa dibatalkan sebab terdapat perubahan jadual kerja Encik Suami. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, kami keluar di Ipoh dan bermalam selama dua malam di K Garden Hotel. Encik Suami ada urusan kerja di Tanjung Rambutan pula.

———————————————————————-

PAK LURAH BISTRO NASI KAMBING BATU PAHAT
Jalan Besar Parit Sulong,
Batu 7, Felcra Seri Wangi,
Batu Pahat, Johor.
011-3376 3722

Waktu operasi :
Setiap hari | 9 pagi - 3.30 petang
Tutup | Selasa






.

23 comments:

  1. waahhhhhhh nasi goreng kambing panggang tu nampak sedap betul! kopi chandu & kacang pool pun nampak sedap fuhhhhh~

    ReplyDelete
  2. Selamat menikmati perjalan yang menyenangkan bersama Encik Suami tecinta. Sel

    ReplyDelete
  3. Tertarik sy dgn kopi chandu tu, pasti terkenang² kesedapannya bersama roti kacang pool.

    ReplyDelete
  4. Saya juga tertarik dengan kopi candhu..Nampak pekat elok.
    Nasi goreng kambing lagi la tapinkalau kena daging liat spoil la jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…sebelum ni makan, lembut dagingnya. Kali ni dapat liat pulak.

      Delete
  5. Cuya tak pernah merasa lagi kacang pool..
    Kopi chandu tu macam best jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki nanti Cuya jumpa menu gini boleh merasa.

      Delete
  6. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan 😋
    Sy simpan dulu dlm wish list..
    Mana tahu ada rezeki ke BP nanti 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..moga ada rezeki PH ke BP. Banyak makanan sedap di BP 😀

      Delete
  7. Telan air liur tengok kopi candu. Nampak pekat memikat!
    Nasi goreng kambing pun nampak sedap. Sini pun ada kopi candu. Tapi tak pernah cuba. Agaknya, macam nasi ganja ipoh kot, pekena sekali, lain kali nak lagi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba kopi candu kat tempat Nur tu, mana tau kena selera.

      Delete
  8. Dapat daging kambing liat memang potong selera makan.
    Jarang kedai makan letak susu segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan NA…memang tak pernah jumpa kedai makan buat kopi letak susu segar. Harganya memang lebih mahal, tapi rasa lebih sedap dan taklah manis macam letak susu pekat tu.

      Delete
  9. Nama tempat makannya unik juga pak lurah , pak lurah kalau di Indonesia artinya yg mengepalai RT dan RW suatu kampung hehehe,..yg bikin penasaran tu kopi chandunya..kayaknya nikmat banget 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan pemiliknya orang Jawa (penduduk sini ramai orang Jawa), jadinya letak nama kedai makan dengan unsur Jawa - pak lurah 😀

      Delete
  10. akak terpaling menggoda dana telur dia tu, suka beno dana telur kuning dia cari gitu

    ReplyDelete
  11. sedap2 semua menu tu, teringin puls nmpk kacang pool he hee kena cari jga ni

    ReplyDelete
  12. Bila baca post kak Ujie ni, terus rindu dgn kacang pool Haji di Larkin. Saya pulak suka telur dalam kacang pool tu. Setakat ni kacang pool Haji yang paling kena dgn tekak saya 😄

    ReplyDelete
  13. Lempeng tuh saya penasaran sangat rasanya 😍😍.

    Nasi goreng kambingnya kalo dari plating saya suka Krn kambingnya dipisah. Kalo di sini biasanya digaulkan dengan nasi. Sayang pula kalo tak lembut dagingnya ya kak.

    Tapj harga nasi goreng kambing di sana tak jauh bedalah dengan sini. Nasgor kambing selalunya mahal 😅

    THN depan insyallah saya nak ke JB. Semoga bisa mampir sini

    ReplyDelete
  14. Saya tak nampak lain da.. Sayateruja tengok kopi chandu tu.. kikiki.. Mengancam sungguh..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****