Thursday 14 September 2023

Ringkasan dan Kos Trip Ke Bangkok, Thailand

RINGKASAN TRIP  KE BANGKOK, THAILAND
28 JUN - 2 JULAI 2023 | 5 HARI 4 MALAM

Hari Pertama | Rabu
  • 3 petang - tiba di Lapangan Terbang Don Mueang.
  • Naik bas dan BTS SkyTrain ke hotel.
  • Pukul 5.25 petang - daftar masuk Noursabah Boutique Bed-Bangkok di Lorong Phetchaburi 7.
  • Menikmati hidangan pertama masakan Thai di Asma Kitchen, kedai makan depan hotel.
  • Jalan kaki melihat suasana malam di sekitar hotel, iaitu di Lorong Phetchaburi 7 dan Jalan Phetchaburi.

Hari Kedua | Khamis
  • Sarapan ringkas (kopi dan roti bakar sapu jem & mentega) di pantri hotel.
  • 8.30 pagi - jalan kaki ke masjid.
  • 9 pagi - menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Darul Aman.
  • Menikmati juadah jamuan hari raya oleh penduduk Muslim tempatan yang berhati mulia di kedai Rotinis Halal Breakfast.
  • Petang - aktiviti menyusuri Sungai Chao Phraya dengan menaiki Hop-On Hop-Off Tourist Boat. Pergi dan balik naik BTS.
  • Makan malam beli kebab di Red Istanbul Turkish Restaurant dan makan di bilik hotel.

Hari Ketiga | Jumaat
  • 6 pagi - sarapan di pantri. Beli murtabak daripada peniaga jalanan di luar bangunan hotel.
  • Lepas sarapan, cuma berehat di bilik sebab saya sakit perut. Tak jadi keluar berjalan.
  • 11 pagi - daftar keluar hotel.
  • Makan di Asma Kitchen.
  • 12.20 tengah hari - Encik Suami menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Aman.
  • Naik ARL di stesen Phaya Thai dan turun di stesen Ratchaprarop untuk ke penginapan seterusnya.
  • 2 petang - daftar masuk KC Place Hotel Pratunam di Jalan Ratchaprarop.
  • Keluar untuk ke Central Rama 3 dan pasar malam Ramkhamhaeng dengan menaiki pengangkutan awam (tren dan bas). Tapi sesat masa nak cari lokasi bas 😂. Pendek cerita, sebab dah lewat petang dan penat jalan kaki maka rancangan dibatalkan dan kami kembali ke hotel.
  • Makan malam di Afanti China Halal Food, lokasinya tak jauh dari hotel.

Hari Keempat | Sabtu
  • Naik ARL turun di stesen Phaya Thai, sarapan di Rotinis Halal Breakfast sebelum meneruskan perjalanan menaiki BTS ke Chatuchak Weekend Market.
  • 10.20 pagi - tiba di Chatuchak Weekend Market.
  • 3.30 petang - keluar dari Chatuchak Weekend Market dan terus balik berehat di bilik hotel.
  • 6.20 petang - naik teksi ke Central Rama 3.
  • Baliknya naik e-hailing Bolt menuju ke Jalan Phetchaburi untuk makan malam di Asma Kitchen.
  • Lepak menikmati suasana malam di dataran kecil depan bangunan The Unicorn berhampiran stesen Phaya Thai.

Hari Kelima | Ahad
  • Sarapan ringkas di bilik dengan buah laici yang dibeli di Central Rama 3 malam tadi dan sebungkus kacang gajus.
  • Siap-siap kemas beg sebelum keluar berjalan, mudah nak daftar keluar tengah hari nanti.
  • 10.20 pagi - tiba di Suan Pakkad Palace Museum dengan berjalan kaki dari hotel.
  • 12 tengah hari - daftar keluar hotel.
  • Makan di Afanti China Halal Food.
  • Naik ARL di stesen Ratchaprarop menuju ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
  • 2 petang - tiba di lapangan terbang. Mujur sampai awal, kami perlu beratur panjang dan ambil masa lama untuk check-in.
  • 6.40 petang - penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
  • 11.35 malam - penerbangan dari KLIA  ke Penang Airport.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Penang Airport sekitar 12.40 tengah malam hari Isnin.


Video berdurasi 3:08 minit sekitar trip ke Bangkok.


******************************************************************************

KOS TRIP KE BANGKOK UNTUK DUA ORANG
28 JUN - 2 JULAI 2023 | 5 HARI 4 MALAM

Pengangkutan :
  • Penerbangan pergi menaiki Thai Air Asia (Penang - Bangkok) dan balik menaiki Malaysia Airlines (Bangkok - Kuala Lumpur - Penang) - RM1,364
  • Caj parkir kereta di Airport Penang | 4 hari 13 jam 19 minit - RM160
  • Pengangkutan awam di Bangkok - THB1,417
Penginapan :
  • 2 malam di Noursabah Boutique Bed-Bangkok - RM307.82
  • 2 malam di KC Place Hotel Pratunam - RM329.96
Insurans / Takaful :
  • TripCare 360 Takaful | Platinum untuk suami isteri - RM66.10
Internet :
  • Internet Roaming Celcom - RM58 untuk 7 hari (kongsi berdua)
Makan :
  • Di Malaysia - RM33.10
  • Di Bangkok - THB3,965
Lain-lain :
  • Tiket Hop On Hop Off Tourist Boat | RM15.79 x 2 orang - RM31.58
  • Tiket Suan Pakkad Palace Museum | 100 Baht x 2 orang - THB200
  • Membeli-belah - RM8 + THB3,855

TOTAL PERBELANJAAN :
= RM2,358.56 + THB9,441 (nilainya RM1,283.97 mengikut kadar semasa kami buat tukaran wang)
= RM3,642.53


Saya catatkan secara terperinci perbelanjaan kami untuk rujukan sendiri pada masa akan datang. Mudah saya nak cari semula bila letak di blog begini. Mungkin juga ada kesilapan sedikit (terlebih atau terkurang), kadang beli barang kecil tersilap catat harga atau terlupa nak catat. Tapi secara keseluruhannya, total kos di atas adalah menepati kos sebenar.

Ringkasan Perjalanan dan Kos Trip Ke Bangkok, Thailand

Catatan trip ke Bangkok berakhir di sini. Terima kasih Allah atas kesempatan buat kami melihat negara orang. Banyak hal dapat kami pelajari, selain dapat melihat kelemahan diri menerusi kembara ini. Antaranya, kami belajar untuk sabar, tenang, redha, syukur, adab, toleransi dan indahnya persaudaraan sesama Muslim. Semoga permusafiran ini memberi manfaat buat kami dan buat sahabat pembaca catatan saya ini.

Semua catatan berkenaan trip ke Bangkok boleh di baca DI SINI.






.

19 comments:

  1. pengalaman yg berharga...oo.. ada direct flight Penang - Don Muaeng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, tapi masa tu tak banyak trip. Susah sikitlah kalau nak pilih ikut masa yang kita nak.

      Delete
  2. TQ share info ni Kak Ujie. Mana tau ada kesempatan ke Bangkok boleh la rujuk peruntukan bajet di blog Kak Ujie ni.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Sistematik perancangannya. Dapat pergi dan balik dengan selamat.
    Benarlah, kita mengembara untuk mencari ibrah. Sesekali keluar dari zon selesa menjadikan kita lebih memahami maksud sabar dan redha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali kak. Mengembara bukan sekadar suka-suka tapi kita keluar dari zon selesa.

      Delete
  4. wahhh pengalaman berharga mmg kena catat di blog hehe

    ReplyDelete
  5. Lengkap dan jelas , dan terperinci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip kali ini saya cuba mencatat selengkap mungkin sebagai rujukan pada masa hadapan.

      Delete
  6. Resit / tiket tu penting buat kenangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa…pandang resit/tiket tu terus terbayang kisah 😀

      Delete
  7. Saya ke Bangkok Januari lepas pun lebih kepada JJCM saja sebab ada bawa budak kecik..

    ReplyDelete
  8. Lengkap sungguh.. sy kalau balik travel akan beli satu album utk letak segala resit dan baki duit utk kenangan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik idea tu. Tentu dah banyak album Afif, dah berpuluh negara dijelajahi.

      Delete
  9. Bagus juga kalau ulang pergi tempat sama pada masa akan datang.
    Hehe terperinci.

    ReplyDelete
  10. Memang sangat membantu, baca entri Ujie dan suami pergi Bangkok. Banyak benda tak tahu, baru tahu. Nak pergi sendiri, tak tahu bila. Jadi terima kasih, atas perkongsian anda. :D

    ReplyDelete
  11. Kompliiit kak ujie 👍👍. Sayapun sekarang ini kalo traveling walo dekat pasti beli travel insurance . Penting memang, jaga2 kalao pesawat cancel, delay, atau apapun kejadian selama perjalanan. Dah merasakan sendiri uang tak banyak habis saat terjadi sesuatu dlm perjalanan.

    Bangkok nih memang menyenangkan untuk liburan. Dah lama juga saya tak kesana, trakhir 2019. Pengen ajak anak2 jadinya.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****