[Catatan Hari Ahad, 3 September 2023]
Ini merupakan kali ke-3 saya dan Encik Suami melakukan aktiviti pendakian ke Bukit Juru. Kali terakhir kami ke sini sekitar bulan Mei lalu. Tetapi kali ini kami akan mencuba trek yang belum pernah kami lalui.
Terdapat dua pilihan tempat permulaan pendakian (trailhead) untuk kita mendaki Bukit Juru. Kalau sebelum ini kami naik ikut trek yang dikenali sebagai ‘1800 Steps Bukit Juru’, tetapi kali ini kami cuba naik ikut trek ‘646 Anak Tangga’. Carian Google Maps - Bukit Juru Hiking.
Trailhead ini terletak berhampiran Warung Pak Su Mee Udang, boleh parkir kenderaan di kawasan lapang berhadapan warung. Semasa kami tiba, terdapat sebuah kenderaan saja di kawasan parkir. Timbul rasa cuak dalam hati saya, sebabnya setiap kali kami ikut trailhead satu lagi tu sentiasa banyak kenderaan para pendaki. Kalau tak banyak kenderaan itu maksudnya tak ramai yang menggunakan trek yang bakal kami lalui ini 😬
Apa pun, jom kita teruskan perjalanan!
8.27 pagi |
Perjalanan menuju ke kaki Bukit Juru bermula di sini. Papan tanda ‘Jom Kita Pi Naik Bukit Juru - 646 Anak Tangga’ jelas kelihatan dari jalan besar, sederet dengan warung Mi Udang tadi. Kami ikut saja laluan jalan tar ini untuk ke kaki bukit. Rekod aktiviti pendakian saya dengan menggunakan smart watch bermula dan berakhir di sini.
8.28 pagi |
Seterusnya kami tiba di laluan yang dipenuhi dengan rimbunan pokok buluh sebelum melalui kawasan semak belukar.
8.30 pagi |
Kami berjalan sehingga tiba di kawasan yang tak nampak mana satu laluan, semak samun meninggi. Terkejut jugak saya tengok keadaan begini 😬
Di balik rimbunan semak tu nampaklah papan tanda warna kuning dan anak tangga. Di situlah permulaan trek pendakian. Langkah kaki diteruskan dengan diiringi lafaz doa memohon perlindungan Allah.
8.31 pagi |
Papan tanda info berkenaan Bukit Juru.
Trek tangga konkrit menuju ke puncak bukit. Laluan di sini agak kecil dengan rimbunan pokok di kanan dan kiri tangga menjadikan persekitaran agak suram.
Suram ke seram? Jujurnya, terselit sedikit rasa seram melihat keadaan trek yang nampak macam terbiar seperti dah lama tak dilalui orang. Pun begitu, bunyi kicauan burung bernyanyi indah membuatkan hati saya rasa tenteram dan teruja untuk terus melangkah. Paling penting, penglihatan dan pendengaran kita harus peka pada persekitaran. Juga jangan riuh sangat bila berbual dan jangan senyap sangat bila berada di tempat begini. Sesekali saya bersuara, “Tumpang laluuu…ke tepi semua ya...”. Bimbang jugak kot jalan berdua senyap je, tiba-tiba muncul haiwan di laluan kami 😅
8.43 pagi |
Di sepanjang perjalanan kita akan jumpa tanda kiraan anak tangga. Juga pokok-pokok hutan dengan tanda nama, bolehlah belajar nama-nama pokok hutan.
Semasa di pertengahan pendakian, kami berselisih dengan seorang lelaki yang sedang menuruni bukit. Alhamdulillah, ada jugak orang yang dah melalui trek ini pada hari ini. Saya rasa lega. Lelaki tersebut memberi salam kepada kami dan memaklumkan terdapat dua tempat dengan pokok rebah merintangi trek, perlu merangkak untuk melaluinya. Alamak!
9.05 pagi |
Kami tiba di salah satu tempat yang dimaksudnya oleh lelaki tadi. Pokok-pokok kecil rebah merintangi trek tangga. Syukur jugaklah dah tahu lebih awal, taklah terkejut sangat kan. Kalau nak tengok macam mana rupa laluan bawah rimbunan pokok rebah ni, boleh tonton video di hujung entri.
Saya keluarkan sarung tangan dari beg, pakai sarung tangan di kedua belah tangan. Encik Suami tak ada sarung tangan, tapi dia tak kisah pun merangkak tak guna sarung tangan. Saya je rasa risau kot terpegang apa-apa. Uishh…jangan bayangkan yang bukan-bukan masa ni, perhatikan sekitar dan terus sajalah merangkak perlahan-lahan mendaki anak tangga.
9.20 pagi |
Alhamdulillah! Setelah kira-kira 50 minit pendakian dengan jarak 1 km, akhirnya kami selamat tiba di puncak Bukit Juru. Ada pendaki yang boleh naik dalam masa 30 minit saja, kami ambil masa lebih sebab kurang stamina dan kerap berhenti dek tabiat saya yang gemar memotret itu ini 😄
Dari jauh kedengaran suara riuh orang berborak. Sekumpulan pendaki sedang berehat di sini. Saya fikir mereka naik ikut trailhead satu lagi sebab tak lama tu nampak beberapa orang rakan mereka baru tiba dari arah laluan trailhead tersebut.
Kami tak berhenti rehat di sini. Saya ajak Encik Suami berjalan-jalan dalam hutan dengan melalui trek tersedia untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
Di kawasan yang penuh dengan batu besar.
Saya suka tempat ni, Masya Allah cantik pokok-pokok di sini.
10 pagi |
Selepas kira-kira 700 meter berjalan merentasi hutan, kami berpatah balik ke puncak bukit tadi untuk berehat. Kami makan tuna cheese sandwich dan minuman sejuk yang dibekal sebagai alas perut. Selepas berehat dan berfoto kenangan, kami kembali meneruskan perjalanan menuruni bukit.
Pemandangan dari puncak Bukit Juru.
Data dari Galaxy Watch.
Mula - 8.27 pagi, tamat - 10.46 pagi.
Secara keseluruhannya, menurut pendapat saya pendakian ke Bukit Juru melalui trailhead ‘646 Anak Tangga’ ini tidaklah terlalu susah sebab kita cuma perlu mendaki tangga konkrit tersedia. Treknya juga lebih pendek berbanding trek di trailhead ‘1800 Steps Bukit Juru’.
Tetapi cabarannya, trek bertangga di sini agak curam dan berliku. Mungkin sebab itu tak ramai yang suka lalu trek di sini, menjadikan laluan di sini agak terbiar dan dipenuhi semak samun. Sepanjang kami turun dan naik bukit, kami cuma berselisih dengan seorang pendaki saja. Bila tiba semula di kawasan parkir, cuma kenderaan kami saja yang ada di situ.
Seperkara lagi, bersedia juga dengan nyamuk yang banyak sewaktu mendaki. Besar saiz nyamuknya, terganggu jugaklah saya dengan bunyi dengung nyamuk yang cuba mendekati saya. Mungkin sebab bahagian bawah ni dipenuhi semak, habitat yang sesuai untuk nyamuk. Kalau di bahagian atas tak jumpa nyamuk.
Video berdurasi 1:29 minit sekitar pendakian kali ini.
.
Bila tiba atas, cantiknya permandangan.
ReplyDeleteItulah ganjaran bagi seorang pendaki 😀
DeleteKalau lepas hujan mesti licin tangganya sebab berlumut. Tapi pemandangan sana cantik, cuma setuju ada rasa seram jugak dekat certain tempat tu 😅
ReplyDeleteIya betul, memang ada tempat yang licin sebab berlumut. Lupa pulak nak tulis. Itulah masalahnya bila buat tangga konkrit.
DeleteCantik atas tu. Tapi permulaan laluan masuk tu ye, agak seram di mata LM
ReplyDeleteSaya sendiri pun rasa seram masa tu LM. Tapi saya berlagak macam biasa je, sebab saya yang ajak suami naik bukit ni 😆
DeleteAllahu..cantiknya pemandangan kat atas. Haha..samalah saya...haruslah ada sarung tangan. Rasanya saya ada masalah sensori ..kahkahkah... jangan la bagi saya pegang benda yang melekit, berlendir, lembab, basah berair semua tu. Merinding habis semua bulu roma
ReplyDeleteGeli kan…kot terpegang, mau terjerit 😅
DeleteSeram pulak lalu kawasan semak samun tu..
ReplyDeleteIya, bimbang kot ada apa-apa di balik semak.
Deletebestnya. dah lama dah tak hiking. hehehe. cantik pemandangan. hilang lelah lepas da sampai puncak
ReplyDeleteIya, sebab tulah tak serik hiking 😄
DeleteMacam seram betul melihat semaknya yang tebal tuh .. Berfikir fikir Kalau nak datang sini sekali lagi.... Apa pun, tahniah dah Selamat mendakinya...
ReplyDeleteBetul, akak takmo lalu trek sini lagi dah. Cukuplah cuba sekali ni 😬
DeleteBab merangkak tu macam seremmm gak 😅
ReplyDeleteBerbaloi sungguh pendakiannya bila dapat menikmati pemandangan indah sebegini, alhamdulillah.
Saya seram nak merangkak sebab takut tangan terpegang benda yang menggelikan 😅
DeleteMenariknya pemandangan!
ReplyDeleteDah lama saya tak mendaki bukit. Rasa rindu pulak.
Tapi bila fikir sekali lagi, rasa macam tak mampu...ahaks!
Takpe, kak Amie dah ada memori daki Kinabalu 🥰
DeleteHebatnya Ujie...travel..hiking....bukan kaleng-kaleng ni
ReplyDeleteTakdelah hebat pun mamaCella, saya hiking bukit rendah je ni 😅. Buat lepas keinginan masuk hutan dan untuk bina stamina.
DeleteSubhanallah.. cantik sgt view dlm hutan tu kak
ReplyDeleteIya Mim…tenang jiwa masa lalu situ.
Deletekalau uncle tak lepas ni... ketaq lutut!
ReplyDeleteBelum cuba, belum tau 😁
DeleteNgebayangin naik tangga sampai puncak rasanya ga sanggup ya,apalagi anak tangga rimbun dengan tertutup daun dan batang pohon, tapi pemandangan di atas sangat indah dan sejuk, capeknya langsung hilang 👍
ReplyDeletePemandangan di atas itulah antara motivasi buat saya terus melangkah naik tangga 😄
DeleteSubhanallah.
ReplyDeleteKena hati-hati mendaki. Nasib baik pergi berdua. Tidak sesuai lone ranger macam saya.
Kalau sorang diri, memang tak berani lah saya nak manjat mana-mana bukit pun 😅. Bimbang tergelincir ke apa takde orang tolong pulak.
DeleteBeberapa kali saya trekking macam rute seperti ini, dan terkadang rasa tak sanggub. Tapi kalo kuatkan niat, pada akhirnya sampai juga di puncak. Dan melihat view secantik itu, rasa terbayar semua lelah ya kak ❤️👍
ReplyDeleteTapi melihat foto track nya, saya pun agak seram, Krn terlihat sepi dan betulan hutan 😅. Kalo sendiri rasanya saya tak berani 🤣
seram jg tengok jalan masuk ke kwsn yg semak-samun meninggi tu....cantik kwsn hutannya..berbaloi trekking....cantik kaler tupperware tu..ungu...I like!
ReplyDelete