Sunday 10 September 2023

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru

Foto-foto flora, fauna dan fungus (cendawan/kulat) berikut dirakam pada 3 September 2023 lalu, sewaktu saya dan Encik Suami melakukan aktiviti pendakian Bukit Juru yang terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Sila klik pada foto untuk paparan lebih jelas ya.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
1. Cendawan dengan bentuk seperti payung.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
2. Menarik dengan paduan beberapa warna.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
3. Menyerlah terang warna orennya.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
4. Bagai disusun bertingkat-tingkat.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
5. Unik bentuknya.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
6. Warnanya tidaklah menyerlah, tapi nampak menarik di mata saya.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
7. Kelihatan seperti 3 kuntum bunga bersusun.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
8. Cantik bagaikan sekuntum bunga.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
9. Mengkarung yang muncul di laluan sewaktu kami menuruni bukit. Cantik warnanya dengan sisik berkilat. Selesai saya merakam foto dan video, mengkarung ini melompat masuk ke semak.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
10. Sebahagian daripada pokok hutan yang diletakkan tanda nama - Meranti, Kelat dan Melembu.

Aktiviti memerhati flora, fauna dan fungus merupakan satu bentuk terapi mata dan jiwa bagi diri saya. Sesungguhnya Maha Hebat Allah yang menciptakan kepelbagaian hidupan di alam ini.

Alhamdulillah ❤️






.

21 comments:

  1. Cantiknya subhanallah. Terima kasih share kat sini

    ReplyDelete
  2. Bab ni paling suka bila jungle trekking - tengok flora dan fauna dalam hutan. Dulu pernah ikut kawan-kawan ofis pegi hiking, dieorg bawak masuk trail yg mencabar kena panjat guna tali bagai. Keluar dari hutan, baru dieorg tunjuk gambar2 yg dieorg ambik masa hiking. Tak sangka ada gambar kala jengking, ular hutan semua ada nasib baik saya je yang tak perasan masa tu kalau tak mesti naik bulu roma dan cepat2 nak balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila trail mencabar, mata fokus depan untuk selamat melangkah. Tak perasan yang lain-lain kan 😄

      Akak pernah jumpa ular atas daun, walaupun kecik tapi terdiam kita sekejap sebab terkejut 😅

      Delete
  3. dah macam ambik gambar utk assignment ni kak... ada pelbagai jenis spesis cendawan tu... mcm belajar bio pulak dah

    ReplyDelete
  4. No 8 tu tak pernah tengok 🤩
    Bila dipotret dan disimpan dalam blog, Insha Allah boleh dijadikan rujukan jika diperlukan. Keep it up PU 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH.
      Betul. Mudah saya nak membelek semula. Simpan di hp lama-lama kena delete 😄

      Delete
  5. Replies
    1. Aamin…moga-moga boleh sampai level pro suatu masa nanti 😁

      Delete
  6. cantik semuanya kak, janji akak tak ambil gambar ulat sudahla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jumpa ulat cantik, tapi sebab akak geli ulat, tak sanggup nak ambik gambar dia 😅

      Delete
  7. Cantiknya flora dan fauna. Unik2 je. Mengkarung punya warna pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali saya jumpa mengkarung warna gitu 😀

      Delete
  8. Itulah cara menghayati kehebatan Allah melalui ciptaan-Nya.
    Peminat cendawan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ya NA, saya suka belek cendawan sebab ada pelbagai rupa dan warna. Menarik!

      Delete
  9. Kalau melihat aneka cendawan macam ni, saya jadi teringin nak tahu mana yang beracun dan Mana yg safe to eat 😄. Tapi banyak yg bilang, semakin cantik warna dan bentuknya, semakin beracun dia.

    ReplyDelete
  10. Semoga ekosistem terus terpelihara.

    ReplyDelete
  11. Subhanallah, cantik2 cendawan..colourful..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****