Friday, 22 September 2023

Kembali ke Negeri Paling Selatan di Semenanjung Malaysia

Bukan main panjang tajuk entri, ayat mudahnya - balik kampung di Johor ๐Ÿ˜. Alhamdulillah saya dan Encik Suami berkesempatan kembali ke kampung halaman juga tanah kelahiran kami berdua yang sudah hampir lima bulan tidak dijejaki.

Kami balik kampung pada 17 - 21 September 2023. Dapatlah dua malam di kampung saya di daerah Pontian dan dua malam berikutnya di kampung Encik Suami di daerah bersebelahan iaitu Batu Pahat.

Pontian, Johor
6.40 petang hari Ahad, 17 September 2023 | Bandar Pontian
Kami selamat tiba di bandar Pontian pada pukul 6.40 petang. Bertolak dari rumah PP pada pukul 8.45 pagi, kemudian singgah selama 1.5 jam di Cyberjaya dan selepas itu berhenti solat di R&R. Total masa perjalanan kira-kira 10 jam. Aliran trafik lancar dari utara, tetapi sesak sewaktu kami tiba di Pagoh sehinggalah susur keluar di Simpang Renggam.

2.40 petang hari Selasa, 19 September 2023 | Kulai
Sebelum ke Batu Pahat, kami ke Kulai atas urusan kerja Encik Suami. Pekerjaan itu tanggungjawab, balik kampung pun satu tanggungjawab. Kita cubalah imbangi kedua-duanya.

Planet Neptune
6.20 pagi hari Rabu, 20 September 2023 | Batu Pahat
Keindahan warna langit subuh dengan dihiasi sebuah planet. Besar saiznya dan bersinar terang. Malam tadi ia berada di kedudukan agak jauh, subuh ini jelas di depan rumah. Dapatlah saya memotret keindahannya.

Hasil carian saya mendapati ia mungkin planet Neptun berdasarkan info berikut :

๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ข๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐˜‚๐—ป
Planet Neptun akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan seluruh permukaannya akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding pada kedudukan lain dan akan kelihatan pada keseluruhan waktu malam. Disebabkan oleh jaraknya yang jauh dari Bumi, ia akan kelihatan seperti bintik biru terang di langit malam. [sumber info : laman web Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)]


Selain foto planet di atas, saya juga berhasil memotret taburan bintang di ruang langit rumah mentua. InsyaAllah saya kongsikan pada entri lain.

Alhamdulillah…dapat pulang ke kampung menziarahi orang tua kami. Dapat juga bertemu dengan sebahagian adik-beradik dan makcik pakcik. Barulah terasa yang kami ni masih ada keluarga dan saudara-mara ๐Ÿ˜„






.

22 comments:

  1. Alhamdulillah, rezeki juga ada tugasan di selatan, dapat juga balik jenguk ibu ayah. Syukur.
    Sy belum pernah ke Batu Pahat, Pontian dah bbrp kali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya memang ambil cuti khusus untuk balik kampung. Bila dah sampai Johor, kebetulan ada hal kerja perlu dibuat, sekali jalanlah nampaknya ๐Ÿ˜

      Delete
  2. saya kalau dapat balik kampung hati ni rasa tenang lain macam,macam hilang semua masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pulak rasa lega. Entah apa yang lega ๐Ÿ˜„

      Delete
  3. Tahu sahaja Puan Ujie itu sebuah planet. Subhanallah cantik warna langit kelihatan ungu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak tau, ingat semuanya bintang. Sejak suka mencerap langit, dah tau beza mana planet mana bintang ๐Ÿ˜€

      Delete
  4. Uncle kalau ke batu pahat cari nasik biryani!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni saya sempat cari mi bandung je, nasi briyani tak sempat ๐Ÿ˜

      Delete
  5. Alhamdulillah.
    Rezeki namanya tu apabila dapat bertemu keluarga dan sanak saudara.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, dapat balik kampung. Cantik gambar langit Subuh tu.

    ReplyDelete
  7. Nama tempat nya agak mirip bandar Pontian,kalau di Kalimantan namanya Pontianak๐Ÿ˜foto bulan di waktu subuh cantik banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koq bulan siih...bacanya planet kenapa yg ketik bulan๐Ÿ˜๐Ÿ™

      Delete
    2. Hehe…memang mirip sekali namanya. Orang-orang selalu juga olok-olok menyebut Pontian dengan Pontianak. Merujuk kepada ๐Ÿ‘ป

      Biasa gitu kan, fikiran lain tapi menaip yang lain pulak ๐Ÿ˜„

      Delete
  8. Kalau kakak tak jelaskan, saya pikir itu bulan biasa ๐Ÿ˜…, ternyata planet lain. Memang kalo sedang di tempat yg masih bersih udara, tak banyak polusi, bintang pun terlihat ❤️❤️. Dah lamaaa sangat saya tak lihat bintang, saking tertutup polusi langit di sini ๐Ÿ˜…

    Balik kampung memang paling happy saat bisa ketemu para saudara, apalagi kalau parents masih ada ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, di kampung udara bersih dan kebetulan tiada awan banyak. Dapatlah melihat taburan bintang.

      Delete
  9. Baru sy tahu Ujie orang Pontian berjodoh dengan orang Batu Pahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…rezeki berjodoh satu negeri, mudah kami nak balik kampung.

      Delete
  10. Memang paling selatan la kan ..hujung Asia...hihihi
    Saya dah pernah sampaj tu Bandar Pontian hingga ke Kukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya…Pontian bandar penghujung benua Asia ๐Ÿ˜€
      Lalu rumah mak saya tu, nak ke Kukup.

      Delete
  11. Alhamdulillah, lepas hajat berjumpa ayah bonda. Dah lama saya tak ke Batu Pahat, last sekali masa pergi kenduri kahwin kawan sekerja tahun 2018 kalau tak silap.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****