Tuesday 16 May 2023

Simpang Pulai - Lojing - Gua Musang

[Catatan kisah hari Selasa, 9 Mei 2023]

Buat pertama kali kami memulakan perjalanan ke Gua Musang pada waktu pagi, juga pertama kali ke Gua Musang pada tahun 2023. Dari hotel penginapan K Garden Hotel di Ipoh, kami menuju ke Simpang Pulai. Kami singgah bersarapan di sebuah warung yang terletak di sebelah kanan jalan.

Perjalanan dari Simpang Pulai, Perak bermula kira-kira pukul 8.45 pagi. Laluan pagi ini lancar dan agak santai, tak banyak kenderaan naik ke Cameron Highlands pada awal minggu. Sesekali kenderaan kami bergerak perlahan mengekori belakang lori yang menghadapi kesukaran di laluan berliku dan mendaki. Apabila tiada kenderaan lain, saya suka menurunkan cermin tingkap bagi menikmati udara nyaman di tanah tinggi. Seronok dapat menikmati keindahan pemandangan bukit-bukau dan bunga orkid yang tumbuh meliar di lereng bukit.

Kemudian timbul rasa seram bila terpandang runtuhan jalan di bahagian atas (jalan yang bakal dilalui). Saya cuba merakam foto runtuhan tanah tersebut, tapi tak jelas. 

Jalan Simpang Pulai.
Kami tiba di laluan tanah runtuh, lokasinya sebelum sampai di semi terowong (rockshed). Jalan asal yang runtuh kini di pasang pagar pelindung (hoarding), manakala jalan yang sedang kami lalui merupakan laluan sementara (dahulunya laluan ini terletak di belakang sebuah warung).

Kejadian runtuhan berlaku pada tahun lepas dan sehingga kini masih belum siap dibaiki. Bila tengok dengan mata sendiri bagaimana teruknya runtuhan tanah di sini, saya fikir memang ambil masa yang lama untuk jalan ini boleh digunakan seperti sediakala.

Jalan Gua Musang - Cameron Highlands.
Pemandangan di tanah tinggi Lojing (Jalan Gua Musang - Cameron Highlands). Sana sini ladang sayur berbumbung plastik warna putih. Ada satu hal lagi yang kami perasan, di kawasan ini terdapat banyak paip-paip pecah. Setiap kali lalu, mesti ada ‘pancuran air’ di beberapa tempat. Tertanya jugak apa sebabnya.

Perjalanan kali ini kami tak jumpa banyak lori balak seperti sebelumnya, hanya beberapa buah lori balak saja. Itu pun sewaktu kami sudah berada di simpang tiga ke Gua Musang. Kemudian baru kami perasan, terdapat sebuah pusat pengumpulan kayu balak di sebelah kanan jalan berhampiran simpang tiga tadi. Selama ni lalu tak perasan pulak, kali ni perasan sebab nampak deretan lori balak di tempat tersebut.

Jalan Gua Musang
Masjid yang sedang dalam pembinaan. Kami lalu sebelum ni, belum naik cantik begini. Kalau tak silap saya, ada sebuah lagi masjid cantik di jalan yang sama.

Jambatan besi Kampung Kerinting Gua Musang
Jambatan besi Kampung Kerinting, Gua Musang.
Kami ikut jalan pintas untuk ke bandar baru Gua Musang. Perlu melalui jambatan besi merentasi Sungai Ketil. Kecut perut saya setiap kali lalu jambatan ini. Mungkin sebab jambatan ini kecil muat satu kenderaan saja dan tiada tembok di sisinya.

Sungai Ketil Gua Musang
Aliran Sungai Ketil.
Dalam pada kecut perut, mampu jugak saya memotret foto jambatan dan aliran Sungai Ketil. Itu pun setelah berkali-kali lalu di sini 😅. Kali pertama kami lalu jambatan ni kerana mengikut arahan aplikasi Google Maps. Agak terkejut jugak masa tu bila tiba-tiba ada sungai depan mata dan kena lalu jambatan besi. Lebih kecut perut bila perlu lalu pada waktu malam.

Untuk info - pada Disember 2022 lalu, jambatan besi ini tenggelam kerana hujan berterusan lebih 24 jam yang menyebabkan peningkatan paras air Sungai Ketil.

Bukit batu kapur dan menara Masjid Buluh berhampiran Muse Ecopark.
Alhamdulillah selamat sampai kira-kira pukul 11.30 pagi. Tapi tak terus ke hotel penginapan, kami singgah makan di Muse Ecopark. 

Warong Muse Gua Musang
Warong Muse.
Deretan pilihan nasi bungkus di Warong Muse. Nasi Lemak dan sup dijual selepas pukul 2 petang.

Selesai makan, kami menuju ke hotel penginapan. Alhamdulillah dapat daftar masuk awal, iaitu kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Saya berehat di bilik, encik suami pula meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya.

Rekod perjalanan dari Simpang Pulai ke Gua Musang adalah kira-kira 2 jam 45 minit.






24 comments:

  1. Jauh perjalanan luas pemandangan.

    ReplyDelete
  2. Lajunya sampai Gua Musang dari Simpang Pulai. Saya pun pernah lalu jambatan besi, memang menakutkan, kan. Sedih tengok pemandangan tanah tinggi Lojing. Banyak dah tanah diteroka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selasa pagi, tak banyak kenderaan naik ke CH. Tu lancar je.

      Betul Nur. Sedih & sakit mata saya tiap kali lalu situ.

      Delete
  3. Subhanallah masih cantik view walaupun banyak kemusnahan akibat ketamakan manusia... negeri yg sy belum sampai dlm malaysia ialah kelantan... semoga ada rezeki ke negeri cik siti wan kembang... jirannya jer pernah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..InsyaAllah moga ada rezeki Mim ke Kelantan.

      Delete
  4. Seronoknya. Lama dah hajat nak lalu sini tapi belum sampai.

    Salam Aidil Fitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun kalau sesaja jalan entah bila nak lalu 😄

      Salam Syawal

      Delete
  5. seram dan gayat rasa pun ada tgk gambar kat ch tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar no.2 tu ya? Kat Lojing. Situ saya pun rasa gayat + seram jugak masa lalu 😅

      Delete
  6. Cantiknya sungai tu , nampak jernih airnya...
    Kami pun baru balik dari CH raya hari tu. Nampak serabut juga bila tanah² diteroka secara berleluasa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok PH beraya di CH 😁
      Serabut dan cacat pemandangan.

      Delete
  7. Belum pernah lagi lalu jambatan sebab jarang-jarang ke sana.
    Mesti lagi seram lalu jambatan itu waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lagi seram, dengan gelap malam, tempat sunyi.

      Delete
  8. Rasa macam dah lama giler x pi CH ikut Simpang Pulai

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA ikut Tapah ya? Ikut Spg Pulai ni jalannya lebih elok.

      Delete
  9. Simpang Pulai ni jalan nak naik Cameron Highlands yang berliku-liku tu kan? Rasanya pernah sekali je ikut situ, separuh jalan berhenti tepi sbb mabuk kereta dan muntah teruk hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ni jalan untuk ke CH. Satu lagi jalan yang biasa orang lalu - ikut Tapah. Tu lebih berliku-liku dan kecik jalannya.

      Delete
  10. cantik pemandangan dan dekat jugak ye kak cuma 2 jam lebih tak sampai 3 jam pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pagi tu tak banyak kenderaan, terutamanya kenderaan berat. Jadi lancar perjalanan. Kalau banyak lori tu yang jadi lambat, nak potong susah jalan berliku-liku.

      Delete
    2. Alhamdulillah pagi tu tak banyak kenderaan, terutamanya kenderaan berat. Jadi lancar perjalanan. Kalau banyak lori tu yang jadi lambat, nak potong susah jalan berliku-liku.

      Delete
  11. Jernihnya air Sungai Ketil.
    Best ni kalau dapat rendam kaki.

    ReplyDelete
  12. Cantik nya pemandangan selama di perjalanan,tapi serem liat jembatan gantungnya

    ReplyDelete
  13. cantik masjid warna hijau-putih..menarik pemandangan kebun2 sayur di tanah tinggi..teringin nak jalan2 ke Gua Musang..ikut Simpang Pulai, adventure sikit...hehe..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****