Friday, 31 December 2021

Cuma 16, Cuba Lagi Tahun Hadapan!

Hari terakhir tahun 2021, saya melihat kembali azam yang telah saya letakkan buat diri. Azam membaca buku sebanyak 24 buah setahun, gagal! Memang membaca bukanlah satu perlumbaan, tetapi kalau ada sasaran kita akan rasa lebih bersemangat untuk menyelak lembaran demi lembaran.

Saya guna aplikasi Goodreads untuk merekod bacaan. Bagi tahun 2021 saya cuma berjaya menghabiskan bacaan 16 buah buku. Ada sebuah buku digital, tidak termasuk dalam pengiraan di atas. Jumlah muka surat yang tertera di atas pula tidaklah begitu tepat, sebab ada buku terbitan edisi kemaskini dengan pertambahan muka surat dan ada pula buku edisi terjemahan dengan jumlah muka suratnya tidak sama dengan yang asal. Tidaklah penting pun, saya nyatakan sekadar untuk makluman sendiri memandangkan ini tahun pertama saya merekod bacaan di Goodreads.

Buku paling nipis dan buku paling tebal yang saya baca tahun ini.

16 buah buku, boleh klik DI SINI kalau nak baca catatan saya berkenaan buku-buku tersebut. Kecuali sebuah buku berjudul Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran, saya belum buat catatannya sebab baru saja selesai membaca malam semalam.

Apa pun, Alhamdulillah dengan pencapaian ini. InsyaAllah tahun 2022 saya akan cuba lagi. Saya masih tetapkan sasaran 24 buah buku sahaja.

Selain azam membaca buku, saya juga sudah senaraikan azam berkenaan sasaran ibadah (mengaji/solat sunat/puasa sunat), berblog dan aktiviti rekreasi (mendaki/merentas hutan/berkhemah/eksplorasi gua). Semua sasaran saya biasa-biasa saja dan tidaklah tinggi. Dengan menulis senarai azam, kita lebih jelas dengan apa yang ingin kita capai dan lebih bersemangat untuk menjalani hidup seharian. Tapi, kena ingat bahawa kita hidup dalam suasana yang sangat mencabar. Sediakan hati dengan segala kemungkinan di mana azam kita tak terlaksana dek perkara yang tak terduga, di luar kawalan kita.

Semoga dengan izin Allah segala azam dan impian kita semua menjadi nyata. Selamat menyambut tahun 2022 buat sahabat-sahabat blog ❤️



9 comments:

  1. Selamat berjaya menunaikan azam.

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Tahun 2022. Semoga semua keinginan jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  3. semoga di permudahkn kak uji.. ;).. sihat2 sokmo dan sentiasa dilindungi dengan rahmat Allah.

    ReplyDelete
  4. sejak dah ada mcm2 sosmed ni org dh x minat baca buku.. huhu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..banyak jg tu 16 buah..

    ReplyDelete
  6. Takpe, tahun ni cuba lagi kak. Semoga tercapai segala azam yang dah disenaraikan tu. Aaaminn...

    ReplyDelete
  7. Perempuan dari masa lalu tu nampak sangat ohsem..
    Teruskan semangat membaca sis..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****