Tuesday 24 January 2023

Menikmati Kuey Teow Theng di Barika House, Changkat Jering

Kuey Teow Theng. Nama hidangan yang agak asing bagi saya. Kali pertama saya mencubanya ketika singgah makan di Barika House yang terletak di Changkat Jering, Perak.

Barika House, Changkat Jering
Ada perkataan ‘herba’ tu membuatkan saya ragu-ragu nak mencuba. Tapi kalau tak mencuba, macam mana nak merasa ‘kan?

Cuma ada dua pilihan hidangan utama di sini - Kuey Teow Theng dan Nasi Kukus Ayam Berempah. Jadinya saya pilih kuetiau dan encik suami pilih nasi. Macam selalunya, nanti masa makan kami akan saling bertukar hidangan. Dapatlah merasa makanan pilihan masing-masing.

Barika House, Changkat Jering
Kemas susun atur dan bersih kedai makannya.

Barika House, Changkat Jering
Menariknya di Barika House ni, ada beberapa set meja & bangku yang unik. Perhatikan kaki meja dan bangku yang digunakan. Kaki meja menggunakan kaki mesin jahit lama jenama Singer. Bangku pula menggunakan bekas tong. Nampak klasik.

Barika House, Changkat Jering
Set Nasi Kukuk Ayam Berempah. Saya rasa agak lama juga menunggu mereka menggoreng ayam, tapi ia penantian yang berbaloi. Sedap gorengan ayam berempah ni, isi ayam lembut berjus.

Barika House, Changkat Jering
Inilah Kuey Teow Theng. Rupa macam kuetiau sup. Dihidangkan bersama hirisan fish cake, isi ayam yang disiat, taugeh dan sambal merah. Juga ditabur dengan gorengan bawang putih dan hirisan daun sup. Semangkuk kecil sambal kicap turut disediakan kalau nak rasa yang lebih pedas.

Bagaimana rasanya? Menurut saya, Kuey Teow Theng tidak mempunyai rasa rempah yang kuat tetapi rasanya sedap dan cukup menyegarkan! Memang menepati cita rasa saya.

Lokasi Barika House cuma sekitar 3 km dari Plaza Tol Changkat Jering. Tak begitu jauh. Walaupun pilihan makanannya tak banyak, tetapi menu istimewa Kuey Teow Theng sudah cukup menarik buat saya. Tambahan pula dengan persekitaran kedai makan yang sedap mata memandang dan layanan mesra yang diberi, ia menjadi tarikan untuk kami datang lagi ke Barika House.

—————————————————————————

BARIKA HOUSE
Jalan Kampung Koh,
Changkat Jering, Perak.

Waktu operasi :
Setiap hari (kecuali Khamis cuti)
Pukul 12 tengah hari sehingga 11 malam
*Jumaat - buka selepas solat Jumaat





25 comments:

  1. Kena cuba ni kalau pergi Perak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh cuba. Mana tau kena dengan selera.

      Delete
  2. Wah.. Ada yang menarik di Changkat Jering.. Sha tandakan siap siap di maps.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah Puan Ujie jalan ke Changkat Jering.
    Unik nama menu. Kedai ini terjumpa sendiri atau ada saranan pihak tertentu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjumpa NA. Tengah lapar, berhenti jelah di mana-mana kedai yang ada tepi jalan.

      Delete
  4. hiasan kedainya nampak klasik tapi yang penting bersih dan selesa kan kak... nampak sedap dua menu tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tempat bersih selesa bertambah selera makan.

      Delete
  5. lama tk minum air botol legend tu...Kuey Teow Theng ni slalu juga tgk org buat tp tk pernh try lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tujuan gambar tu memang saja nak tayang air botol legend.

      Oo..saya pulak macam baru ni tau kuey teow theng.

      Delete
  6. Wah, boleh la cuba kalo pergi ke sana. Rasanya Ujie lagi tau banyak kedai makan menarik, banding saya, dok Perak, tapi tak tau. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la Nur. Tak banyak mana pun. Kebetulan memang tengah cari makan, terjumpa yang menarik.

      Delete
  7. Nampak pun bersih kedainya PU. Kalau tak jauh dari plaza tol bolehlah singgah bila balik kampung nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam Pencetus Ummah pulak PU tu 🤭

      Ha ah boleh singgah, tak jauh pun. Cuma nak keluar balik ke tol tu mungkin jem sikit sebab tengah baiki jalan. Kalau dah siap tu, oklah tak jem.

      Delete
  8. tempat menarik..makanan nampak sedap

    ReplyDelete
  9. menarik tpt nya. jauh lah pulak nak terjah ye. tp mana tau ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, kot laa ada ke Changkat Jering, boleh cuba.

      Delete
  10. Pernah makan sekali saja di Alor Star. Tak banyak kedai yang jual. Oh Kak Ujie prefer herba lebih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh taklah. Akak ingatkan kuat rasa herba, sebab nama menu ada ‘herba’. Rupanya langsung tak ada rasa herba/rempah. Tapi sedap.

      Delete
  11. Teringin pula nak rasa kuey teoe theng dengan gorengan bawang putih. Tentu harum baunya.

    ReplyDelete
  12. boleh try kalau balik kampung..inshaaAllah..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****