Wednesday 21 September 2022

Mandi Laut di Pantai Bukit Keluang, Besut

AHAD | 04.09.2022

Sebelum ini, kami satu keluarga besar bersama-sama mendaki Bukit Keluang (entrinya DI SINI). Pada esok paginya kami beraktiviti di pantai pula - acara mandi laut.

Pantai Bukit Keluang ni terletak tidak jauh dari rumah adik ipar. Mereka sekeluarga biasa mandi laut selain selalu juga mendaki Bukit Keluang sejak berpindah ke sini beberapa bulan lalu. Seronok sungguh dapat tinggal berhampiran tempat yang cantik seperti Bukit Keluang ni kan.

Mandi Laut di Pantai Bukit Keluang, Besut
Pantai Bukit Keluang - pantainya panjang dengan pasir kekuningan. Dari pantai ini kita dapat melihat pemandangan pulau-pulau kecil. Nun di hujung pantai itulah terletaknya Bukit Keluang. Kita boleh melakukan aktiviti mendaki bukit dan menjelajah gua-gua kecil di kaki bukit. Biasanya orang ramai bertumpu di kawasan hujung sana kerana terdapat kemudahan tandas dan bilik mandi.

Mandi Laut di Pantai Bukit Keluang, Besut
Pokok bunga seri pagi yang menjadi penghias pantai.

Mandi Laut di Pantai Bukit Keluang, Besut
Kira-kira pukul 9 pagi kami dah ada di sini. Kami pilih lokasi yang jauh dari kumpulan orang ramai. Pantai di lokasi ini sedikit curam. Kiranya kalau dari jalan raya, kita tak perasan orang sedang bermandi-mandi di laut sebab kedudukan pesisir pantai yang lebih rendah.

Mandi Laut di Pantai Bukit Keluang, Besut
Ombak perlahan saja. Sesuailah untuk mandi laut.

Mandi Laut di Pantai Bukit Keluang, Besut
Masing-masing seronok bermain air. Walaupun air laut di sini tidaklah jernih kebiruan, tapi cukup memuaskan untuk kita bermandi-manda.

Tak ingat entah berapa lama saya tak mandi laut. Pandemik saja dah dua tahun. Jadinya acara mandi laut kali ni memang terasa seronok, tambahan pula bersama ahli keluarga yang lain. Main simbah-simbah air, cubaan berenang, mengapung diri dan ada yang sibuk bermain pasir. Seronok!

Paling seronok, saya dapat menikmati alam dengan cara mengapungkan diri sambil terlentang di permukaan air. Bila pejamkan mata, deria pendengaran lebih fokus menikmati bunyi air laut. Alhamdulillah…tenang sungguh. Tapi tak dapat berlama, ada je yang mengacau makcik nak bermeditasi. Tarik kakilah, simbah airlah. Haih! Hahah…

Bila dah semakin menjelang tengah hari, ombak mulai kuat. Dia punya kuat tu sampai boleh menolak kami ke pantai dan heret balik masuk air. Itu pun kami tak bermain ke tengah, tak berani sebab agak dalam. Masing-masing pun dah puas mandi laut, jomlah kita beredar. Perut pun terasa lapar, masa untuk makan tengah hari.



10 comments:

  1. Jernih airnya. Kalau dah jejak pasir di pantai memang kena berendam di laut!

    ReplyDelete
  2. mandi laut mmg boleh hilangkan stress. rasa tenang je dengar deburan ombak dan menghirup angin dari laut.

    ReplyDelete
  3. Sayapun lama tidak mandi laut. Hehe lagi lama daripada Puan Ujie.
    Seronok ya mandi beramai-ramai. Boleh buat acara tahunan.

    ReplyDelete
  4. saujana mata memandang
    seronokk.tgk
    bunga ni sentiasa menghiasai pantai dimana saja kan
    ciknur suka tgk..kalernya cantik

    ReplyDelete
  5. bestnya kak, pantai dekat2 rumah mil dah tak sesuai buat mandi manda... dana beredam kat pantai ni nikmatnya lain kan kak

    ReplyDelete
  6. Dapat bayangkan ketenangan yg hadir semasa mengapungkan diri atas air.. very relaxing :)

    ReplyDelete
  7. Seronoknya mandi laut. Kalau saya masuk tak mau balik dah. Hehe

    ReplyDelete
  8. Syoknya mandi laut.. Bersih dan cantik pantainya..

    ReplyDelete
  9. wah..seronoknya..pantainya bersih..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****