Tuesday 5 March 2024

Pesta Angin Timur Perlis 2024

[Catatan kisah hari Sabtu, 2 Mac 2024]

Kalau ikutkan, saya tidaklah rajin nak ke tapak pesta di kala negeri Perlis sedang mengalami musim panas melampau. Tetapi memikirkan ini kesempatan pertama saya bagi melihat sendiri suasana PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2024 (PAT 2024), maka saya rajinkan diri jugaklah. Sebagai persediaan, saya bawa minuman air kosong dan memakai topi anti-UV.

Info ringkas | Musim angin timur merujuk kepada fenomena angin tropika yang bertiup di negeri Perlis sekitar bulan Disember hingga Mac setiap tahun. Tiupan angin kencang serta berterusan ini menyebabkan cuaca kering dengan suhu waktu siang lebih tinggi dan suhu waktu malam hingga awal pagi lebih rendah.

Pesta Angin Timur Perlis 2024 berlangsung pada 1-3 Mac 2024 di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau bermula jam 10 pagi hingga 11 malam. Pesta ini menampilkan pelbagai aktiviti, antaranya - Fun Run Jerami, persembahan wayang kulit, belon udara panas, Malam Genta Puisi, pertandingan bola jaring bendang, pertandingan futsal bendang dan pertandingan tangkap itik.

Saya dan Encik Suami hanya berkesempatan hadir ke tapak pesta pada hari kedua (Sabtu) iaitu sekitar jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Jadinya tak banyak aktivti yang dapat saya saksikan, tambahan pula kami tak berkesempatan melihat-lihat ke seluruh kawasan disebabkan faktor cuaca panas dengan suhu 36℃ dan kawasan tapak pesta yang luas.

Saya kongsikan foto dan video yang sempat dirakam sepanjang kunjungan kami di sini :

Pesta Angin Timur Perlis 2024
Foto 1 | Bendang kering yang dijadikan tempat letak kereta berbayar dengan caj sebanyak RM3 sekali masuk. Lokasinya berhadapan dengan tapak pesta. Ada petugas bermotosikal yang akan menunjukkan ruang letak kereta yang masih kosong dan tunjukkan jalan keluar.

Pesta Angin Timur Perlis 2024
Foto 2 | Pintu gerbang ke tapak PAT 2024.

Pesta Angin Timur Perlis 2024
Foto 3 | Pentas utama terletak nun di hujung sana. Manakala khemah di kanan dan kiri laluan ini menempatkan ruang pameran pelbagai agensi, antaranya Angkatan Tentera Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis dan pihak media.

Pesta Angin Timur Perlis 2024
Foto 4 | Antara khemah yang meriah dengan pengunjung. Di sini kita boleh cuba pegang beberapa jenis senjata api. Saya cuba pegang sepucuk pistol, eh berat! Entah macam mana nak melepaskan tembakan kalau nak angkat pun tak larat 😆

Pesta Angin Timur Perlis 2024
Foto 5 | Pertama kali saya tengok gulungan jerami di depan mata. Menarik juga kalau dapat berfoto atas gulungan jerami ni kan?

Pesta Angin Timur Perlis 2024Foto 6 | Ruang pameran oleh Tenaga Nasional Berhad. Menarik dan unik dengan dekorasi daripada jerami, bayaran RM2 dikenakan untuk masuk sini. Selain terdapat sudut info dan pameran kenderaan elektrik (EV), di sini juga terdapat banyak sudut menarik bagi yang gemar berfoto.

Pesta Angin Timur Perlis 2024Foto 7 | Di suatu sudut lain, pertandingan bola jaring bendang sedang berlangsung.

Pesta Angin Timur Perlis 2024
Foto 8 | Tempat berlangsungnya paintball bendang.

Pesta Angin Timur Perlis 2024
Foto 9 | Bahagian jualan makanan. Ada khemah dengan meja kerusi untuk kita duduk makan. Cuaca panas sangat, kami rasa kurang selera nak makan.

Pesta Angin Timur Perlis 2024
Foto 10 | Tak selera makan, tapi ‘berselera’ membeli buku di gerai Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Besar mata saya bila ternampak buku Astronomi dan Astrofotografi 😍. Bukan mudah nak dapat buku begini dalam bahasa Melayu tau. Encik Suami bagi ‘green light’, dapatlah saya memiliki buku dengan harga RM50 selepas diskaun sebanyak 50%. Pembelian yang sangat berbaloi! Buku setebal kira-kira 300 halaman, bersaiz besar, penuh info dan gambar-gambar berwarna.

Pesta Angin Timur Perlis 2024Foto 11 | Singgah tengok ayam warna-warni. Comel dan cantik, tapi kecantikan sementara je tau. Lepas bulu-bulu ayam tu tanggal, jadilah rupa ayam biasa. Harga jualan sebanyak RM5 seekor. 

Pesta Angin Timur Perlis 2024
Foto 12 | Sebelum beredar, sempat saya membeli aiskrim kelapa dari sebuah gerai. Memang sesuai sangat makan waktu panas terik.

Secara keseluruhannya, saya dapat merasai pengalaman baru yang menarik di PAT 2024. Pertama kali saya berkunjung ke tapak pesta yang diadakan di bendang kering. Tetapi kenalah tahan dengan keadaan berhabuk ya, maklumlah angin timur bertiup kuat menerbangkan habuk jerami. Kasut yang saya pakai pun jadi kotor dengan debu. Tapi itu bukanlah masalah besar, kerana beginilah realiti suasana di Perlis ketika musim angin timur.

Teringin juga saya nak berkunjung pada waktu malam (cuaca lebih nyaman dengan suhu lebih rendah), tapi tak rajinlah kami memandangkan jarak tapak pesta dengan rumah agak jauh iaitu kira-kira 40 km.


Video berdurasi 1:00 minit memaparkan suasana sekitar tapak PAT 2024.







44 comments:

  1. memang terik tu Ujie kalau dah cecah 36' , unik dan menarik Pesta Angin, berangin tak kat situ masa tu, alaahai.. lama kak ana tak tengok anak ayam warna warni tu.. bila dah besar hilang terus warna warninya kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, panas terik tapi berangin.

      Ha'ah...katanya bila bulu ayam tu tanggal ganti bulu baru, hilanglah bulu berwarna tu.

      Delete
  2. Saya pun macam kak Ujie. Jarang nak ketempat macam ni. Tambah lagi cuaca tengah panas, lagi lagi di Perthlis tu kan. Tapi alang-alang dah dekat tu, haruslah kita ambil kesempatan rasakan pengalaman. Menarik banyak booth yang kita boleh explore. Saya pun tak pernah tengok gulungan padi tu secara dekat, rasa kat sekinchan pun ada. ke sabak bernam entah. hebat orang yang boleh menembak tepat tu, nak angkat pistol berat pun tak mudah bagi kita orang biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..demi ambik pengalaman pertama. Tahun depan tak pergi pun takpe dah 😄

      Delete
  3. Ingatkan tak ada lagi orang buat anak ayam warna warni tu. Rupanya masih ada lagi . Mungkin masih ada yang tak tahu keburukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak elok sebab ayam ni disuntik pewarna kan Fiza?

      Delete
  4. Cantiknya gambar2 ni sebab natural light. Ya allah tapi nampak memang panas ya....hubby pun kalau balik Kedah sure cakap juga angin Timoq ni.

    Comelnya ayam2 tu....warna warni lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelebihan cuaca cerah, gambar jadi cantik. Tapi kita yang kat situ kena bertabah 😅

      Delete
  5. Kalau tengok langit...memang macam di Afrika pun ada hehehe...kalau panas dan berangin ok juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afrika ya 😂

      Alhamdulillah berangin kuat jugak.

      Delete
  6. Oh, baru tahu ada pesta macam ni kat Perlis. Kalau kat Johor ada pesta layang², pun sy tak pernah lagi jejakkan kaki, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau pasal pesta ni lepas pindah sini.

      Biasalah Sk, kalau kita dah lama menetap situ, kita tak heran nak pergi 😄

      Delete
  7. fuhhhh 36℃ & langit nampak terik betul tu!

    ReplyDelete
  8. cantik tengok langit yang biru tu kak, tp dapat dibanyangkan panas nya suasana tu...

    ReplyDelete
  9. meriahnya kak walaupun panas lit-lit...semalam saya ada terbaca gulungan jerami terbakar di Kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang Perlis, dah terbiasa cuaca panas terik 😀

      Delete
  10. banyak juga kegiatan, dan cukup luas area pestanya,sayangnya cuaca sangat terik,langitnya biru cerah...indah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebalik cuaca terik, ada keindahan langit biru 😁

      Delete
  11. saya dah bayangkan ada orang main layang-layang. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..akak pun 😄
      Sampai sana dok tengok kot ada orang main layang-layang. Rupanya memang ada aktiviti main wau, tapi bukan masa akak datang.

      Delete
  12. perkongsian yang menarik kak. Kalau saya si puteri lilin ni pergi memang mencair. hehe. ya, kalau panas tak selera makan sangat. nak minum je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri lilin tak boleh hidup kat Perlis lah gini 😄

      Ya, sebenarnya kami minum bercawan-cawan air tester kat booth Adabi. Tapi lepas tu kami shopping banyak kat situ, cover malu 😆

      Delete
  13. Melihat foto dengan warna langit yang biru cerah, cuaca disana sedang panas ya Mbak.
    Menarik juga ya acaranya. Banyak ditampilkan disana, termasuk perlengkapan dari army... Dan tak kalah menarik juga yang lainnya seperti buku-buku yang dipamerkan disana.
    Fotonya cantik-cantik Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, di sini sedang mengalami fenomena angin timur (angin kuat, cuaca panas melampau).

      Foto jadi cantik disebabkan cahaya matahari terik.

      Delete
  14. seru sekali acaranya
    tapi tak kebayang betapa panas suhu udaranya
    wah ada bukunya pula, saya jadi pengen beli tu. pengen nambah kolesku perpustakaan di rumah

    ReplyDelete
  15. blh buat berpinau mata
    dan pening bila. panas sgt
    ciknur memang x tahan
    gambar2 uji memangg cantikk. sunahanaullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai topi anti-uv cikNur, memang kurang rasa haba panas. Kalau tak, biasanya jadi pening kepala kalau lama berpanas.

      Alhamdulillah sebab terik, gambar jadi cantik.

      Delete
  16. Rajinnya padam mombor plat kereta... bagus2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi boleh, saya cuba jaga privasi orang 😁

      Delete
  17. Menariknya!
    Perlis skrg mmg all out promosi produk pelancongan dia kan PU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak usaha yang bersungguh, mungkin sebab Perlis tak ada kegiatan ekonomi yang betul-betul boleh memacu pertumbuhan negeri. Tambahan pulak, tahun 2024-2025 merupakan Tahun Melawat Perlis.

      Delete
  18. mana laa diorang dapat jerami
    banyak banyak macam tu...
    geram je tgk
    rasa nak baring2 hahahaa

    alololo comel2 anak ayam...
    agak2 daging dia akan jadi biru tak?
    hahahaha

    ReplyDelete
  19. Pesta Angin Timuq ni event wajib setiap tahun bagi negeri perlis . memang vibes yang ditunggu-tunggu tiap tahun , tapi kali nie memang panas teruk , sama la bawa spare botol air minuman & pakai mask untuk elakkan debu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga tahun depan tak panas melampau, mungkin lebih meriah kehadiran pengunjung.

      Delete
  20. sekarang dah melepasi musim menuai ke? xpernah tengok pertangingan bole bendang tu... biasanya ldy ke perlis disebabkan sawah padi.. tak pernah ke perlis musim padi dah habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah abis musim menuai Lady, sekarang bendang tengah kering.

      Delete
  21. Nak tunggu Ujie bergambar atas jerami gulung pulak lepas ni🤣
    Kalau saya memang jenis gayat tak berani tempat tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin...tapi segan aih umur dah acik-acik 🤣

      Delete
    2. Teringin...tapi segan aih umur dah acik-acik 🤣

      Delete
  22. Saya baru tahu ada festival ini. Menarik kak. Yg buat saya nak datang kalo bisa, Krn ada banyak jualan Macam2 😄👍. Bikin semangat kan. Tapi memang kalo cuaca panas begitu, LBH cocok makanan dan minuman yg sejuk.

    Coba kalo dia jual cold noodles , macam di jepang kan, yg jual di saat summer 😄. Sedaaap cold noodle tuh

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****