Tuesday 4 February 2020

Cara Simpan Halia & Kunyit Agar Kekal Segar dan Tahan Lama

Halia dan kunyit merupakan antara bahan wajib dalam kebanyakkan masakan kita. Cuma masalahnya, selalu terjadi halia dan kunyit yang disimpan mengecut, kering. Tambahan pulak macam saya ni yang ahli keluarga sangat kecil dan bukanlah setiap hari memasak lauk-pauk. Nak gunanya sikit dan kadang-kadang je. Bila tiba masa nak guna, tengok kunyit atau halia dah kering :(

Untuk mengatasi masalah tersebut, saya cuba ikut cara penyimpanan yang saya dapat daripada perkongsian di Facebook. Dah agak lama saya praktikkan dan ternyata memang terbaik!

Bila dah terbukti, barulah boleh kita kongsikan dengan orang lain pulak kan. Mungkin ramai yang dah tau, jadi perkongsian ni ditujukan untuk mereka yang belum tau..hehe.

Lepas beli halia dan kunyit, saya basuh dan masukkan dalam bekas berasingan. Halia tu biasanya besar, jadi saya potong kasi muat dalam bekas. Lepas tu masukkan air paip sehingga melebihi paras halia dan kunyit. Biar terendam sepenuhnya.

Lepas tu saya catatkan tarikh mula simpan dengan menggunakan whiteboard marker. Senanglah nak padamkan untuk catat tarikh lain nanti. Tujuan catat tarikh adalah untuk rekod. Bolehlah kita tau dah berapa lama kita simpan. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk (fridge).

Untuk kekal elok dan tidak berlendir, seminggu sekali mesti tukar air baru. Alah...sambil nak guna untuk masak tu kita buatlah kerja tukar air baru. Biasanya saya keluarkan semua, lalukan halia dan kunyit pada air paip (untuk basuh kot dah mula berlendir), dan basuh juga bahagian dalam bekas. Selepas tu bolehlah masukkan semula halia dan kunyit, dan isi air paip macam mula-mula tadi.

Hasilnya, halia dan kunyit saya kekal segar dan tahan lama! Dalam gambar-gambar di atas, halia dan kunyit tu dah disimpan dengan cara rendaman sejak 25 Disember 2019. Gambar pula diambil pada 30 Januari 2020, semasa saya tukar air baru. Dah lebih sebulan!

Sebelum praktikkan cara begini, saya gigih tanam halia sebab nak masak guna halia segar. Kunyit memang tanamlah, sebab perlukan daunnya. Tapi bila ada cara menyimpan begini, memang jauh lebih mudah bagi saya. Nak guna, bukak je fridge. Tak perlu korek dalam pasu..hehe.

Oh ya...cara ni juga sesuai untuk simpan lengkuas. 


12 comments:

  1. syukran berkongsi tips..kunyit/halia akan kecut kalau letak di luar..

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih kongsi tips ujie..
    Boleh CH Cuba..
    Selalunya halia Dan kunyit cepat busukan wlpn tak mengecut kering..

    ReplyDelete
  3. Boleh la cuba ni. Terima kasih kak share info. Camne nk bg tahan daun kunyit dgn daun sup ye.. Selalu layu🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun sup..Insya Allah nanti akak share ^_^
      Kunyit..belum buat eksperimen lagi..hehe

      Delete
  4. chantek n segar halia kunyit mak tuuh

    ReplyDelete
  5. tips yang baik ni Ujie boleh lah cuba pas ni :)

    ReplyDelete
  6. Bagus perkongsian ni. Thnk you

    ReplyDelete
  7. Bagus tips ni kak ujie..mcm ummi la konon nak tanam.tanam2 da besar2 pn..hehehe.. sb ny asal beli jer kecut..tq kak uji...tips berguna utk org dapur

    ReplyDelete
  8. kak ujie kita tag akak dalam GA mamapipie ..jom join kak ;)
    https://nurasyiqin201.blogspot.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ummi, kalau angin rajin datang..akak join ya.

      Delete
  9. wow memang tahan lama tu xde kecut2.. boleh prektis cemni lepas ni =D

    ReplyDelete
  10. dana penah tau pasal cara ni tapi tak pernah buat, tapi bila akak dah try dan berhasil nk buat jugak lah kak... tensen kadang bila nk guna kering kontang jadinya halia atau kunyit tu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****