Wednesday 8 January 2020

Stong Heritage Eco Resort, Dabong

01.01.2020 | Rabu

Melalui carian internet, saya menemukan beberapa pilihan penginapan di sekitar Gunung Stong. Saya kemudiannya memilih untuk menginap di resort yang baru dibuka - Stong Heritage Eco Resort, Kampung Jelawang, Dabong, Kuala Krai, Kelantan.

Disebabkan saya dan suami tiba di sini sudah pun waktu senja semalam, jadinya hari ini barulah kami dapat melihat kawasan sekitar dengan lebih jelas.

Belok kiri untuk ke Stong Heritage Eco Resort. Kalau terus lagi akan jumpa Stong Hill Resort yang merupakan pintu masuk untuk ke air terjun Jelawang. Untuk info, air terjun Jelawang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara (305 meter).


Chalet Madu 2
Inilah chalet penginapan kami - Madu 2, terletak betul-betul di tepi sungai. Harga untuk chalet ni RM130/malam. Selain chalet begini, terdapat juga penginapan jenis dorm untuk program berkumpulan.

Pandangan dari sisi lain - chalet ni juga mempunyai pintu jenis sliding. Jadinya boleh la buka pintu dan bersantai menikmati pemandangan sungai dari dalam chalet. Nak duduk kat luar belakang tu pun boleh, ada disediakan kerusi.

Rupa bahagian dalam chalet kami. Kemas, bersih, cantik dan lengkap dengan kemudahan. Pendek kata, memang puas hati. Pengalaman paling best bila tidur malam di sini - nak tidur macam kena dodoi dengan bunyi deruan air sungai dan terasa macam tidur atas air. Tidur sambil tersenyum bahagia tau

Bilik air pun cantik dan bersih.


Sarapan Pagi Yang Indah
Alhamdulillah harga chalet sudah termasuk sarapan pagi. Kalau tak, macam susah jugak kami nak keluar dari sini dan mencari sarapan. Kami ke ruang makan resort, atas meja dah tersedia begini. Nampak kan cuma ada dua bungkusan makanan...sebabnya memang kami berdua je tetamu resort pada masa ni ðŸ˜ƒ

Sarapan kami - nasi kerabu daging bakar, siap beralas dan bertutup dengan daun pisang. Makan pulak atas meja buloh, sambil layan deruan air sungai...memang sarapan pagi yang indah!

Beginilah rupa ruang makan resort. Sesuai untuk program kumpulan besar. Saya tertarik dengan bangku dan meja buloh, juga kemasan pada siling. Serasi sangat dengan resort yang berada di tengah keindahan alam semulajadi.


Aktiviti Santai Yang Menyeronokkan
Kalau ke Kampung Jelawang, Dabong ni biasanya orang akan melakukan aktiviti pendakian ke Gunung Stong / Gunung Ayam, atau ke kaki air terjun Jelawang, atau sekadar berkelah.

Tapi kami tak bercadang pun nak buat mana-mana aktiviti tu atas faktor kekangan masa. Lagi pun dah pernah merasa mendaki Gunung Stong dan Gunung Ayam zaman remaja dulu. Masih teringat susah payahnya, tapi tak dinafikan memang ia satu pengalaman yang paling menarik pernah saya lalui sepanjang melakukan aktiviti mendaki. Siap 'disapa' oleh haiwan liar...fuh!

Kami cuma menikmati alam semulajadi di sini dan melakukan aktiviti santai berikut...

Berbasikal - pihak resort menyediakan dua buah basikal untuk kami. Satu tinggi dan berpalang (untuk lelaki) dan satu lagi rendah tanpa palang (untuk perempuan). Seronoklah suami mencuba bawa basikal di sini, mencabar jugak sebab permukaan tak rata.

Tanah resort ni asalnya kebun getah dan masih ada pokok getah yang dikekalkan. Awal pagi tadi dah ada orang datang menoreh. Tapi bukanlah ada aktiviti menoreh getah untuk tetamu ya...hehe. Yang kita boleh buat adalah bersantai di hammock tu. Pertama kali saya mencuba berbaring di hammock. Seronok rupanya! Selama ni agak segan sebab terbuka pada pandangan awam, tapi kali ni takde orang...memang rugi tak cuba.

Berbaring di hammock rasa macam nak terlena. Tapi terpandang cantik pulak pemandangan gini, terus snap gambar beberapa kali...hehe.


Mandi Sungai
Aktiviti wajib di sini - mandi sungai. Bukan budak je suka main air tau, pakcik makcik macam kami pun pantang jumpa air sungai cantik terus rasa tak sabar nak masuk air. Haha..

Sungai di tepi chalet kami. Airnya mengalir dari pergunungan, sejuk dan bersih.

Jernih boleh nampak batuan di dasar sungai. Paras air paling dalam yang saya masuk pun tak sampai paras pinggang saya. Cuma batuan di sini licin dengan lumut, perlu hati-hati memijak.

Segar rasa badan dapat berendam dalam air sungai yang sejuk dan bersih ni. Dengan bunyi aliran air sungai dan kehijauan alam, memang satu terapi buat diri saya.
-----------------------------------

Walaupun masa berada di sini sangat singkat, tapi kami berpuashati dan insya Allah ada rezeki nak datang lagi untuk aktiviti yang lebih mencabar.

Untuk korang yang nak bercuti ke sini atau nak anjurkan kem-kem, bolehlah layari Facebook/Instagram : Stong Heritage Eco Resort atau WhatsApp : 013-838 3828 (En. Azman) untuk info lanjut.






.

14 comments:

  1. subhanallah. indahnya alam semulajadi ciptaan Illahi. gambar pun semua menarik, tajam cantik hasilnya ^_^

    ReplyDelete
  2. cantik betul kak tempatnya, lagi lah tepi sungai... tapi tulah kalau dana memang tak mau la duduk kalau tau cuma ber2 je hhehehe lagi lah time malam, kalau siang hari ok lagi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Allahu, cantik amat tempatnya. Sangat sesuai degan jiwa hijau saya.. terima kasih atas info yang sangat berguna ini. Insya-Allah, telah masuk dlm perancangan tempat yg mahu dikunjungi..

    ReplyDelete
  4. cantiknya tempat ni Ujie, back to nature gitue kan :)

    ReplyDelete
  5. Cantik tempat ni kak ujie.. srnk tgk kak uji n husband suka pergi tempat yg aman damai macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur dah bertambah..kena cari tempat yg aman damai tenang, baik utk kesihatan :D

      Delete
  6. Cantik interior dalam bilik ni. Menarik sangat hidangan breakfast tu. Harap2 depa jaga lah resort ni. Maintainence tu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Yan, ni sebab baru buka mmg masih elok. Harap kekal elok & bersih untuk terus menarik tetamu datang.

      Delete
  7. love sangat dengan view dia. kak ujie dekat sana mereka ada tawarkan pakej apa ya? teringin nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akak pergi tu baru bukak, belum ada pilihan pakej.
      Boleh call en.azman untuk info terkini.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****