Thursday, 2 January 2020

Menyambut Tahun 2020 di Dabong

Catatan pertama untuk tahun 2020. Alhamdulillah...masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mencoret di blog.

Walaupun tajuk entri ini 'Menyambut Tahun 2020 di Dabong', bukanlah bermakna saya ada satu rutin tahunan untuk menyambut tahun baru. Cuma kebetulan kali ini, saya berkesempatan berada di Dabong menjelang tahun 2020. Berbeza dari kebiasaan saya (duduk di rumah).

Dari Kuala Lipis ke Dabong
Alang-alang suami ada urusan di Kuala Lipis pada 31hb lalu, kami telah membuat rancangan untuk ke Dabong (mengisi cuti Tahun Baru).

Bertolak sekitar jam 3 petang dari Kuala Lipis, kemudiannya kami singgah sebentar di Taman Negara Sungai Relau/Merapoh (Insya Allah kisahnya pada catatan lain).

Malam Tahun Baru Yang Tenang
Alhamdulillah kami selamat tiba di Kg. Jelawang, Dabong, Kuala Krai, Kelantan sekitar jam 6.30 petang.

Air Terjun Jelawang bagai menyambut kedatangan kami di Dabong. Jika 22 tahun lalu, saya pernah ke sini untuk mendaki Gunung Stong bersama kawan-kawan. Tetapi kali ini saya kembali bersama suami, sekadar untuk melihat-lihat tempat orang.

Chalet penginapan kami untuk malam itu. Jauh dari keriuhan hidup di bandar, hanya ditemani irama alam.

Menikmati malam menjelang tahun 2020 dengan minuman panas di ruang makan resort. Tenang dan damai.

Malam itu kami tidur lena dengan dodoian deruan air sungai di tepi chalet dan nyanyian cengkerik. Hanya irama alam, tanpa bunyi letupan mercun dan percikan cahaya bunga api (seperti kebiasaan yang terjadi pada malam tahun baru).

*Catatan mengenai resort penginapan kami ini insya Allah pada entri seterusnya*


5 comments:

  1. Suasana tenang dan damai menyambut kedatangan tahun baru 2020

    ReplyDelete
  2. cantik nya resort tu kak, cuma kalau untuk dana yang penakut, seram jugak kalau tengok pemandangan dalam hutan malam-malam tuh... tapi kalau ramai orang tak la seram sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg takde guest lain pun Dana, kecuali kami suami isteri..hehe
      Ditemani dgn 2 org staf resort. Sorang tu tanya, ada rasa seram tak kat sini? Akak jwb, tak rasa seram sbb mmg akak suka suasana mcm ni.

      Delete
  3. wahh cantik waterfall tgh2 hutan tuh ;p

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah percutian yg sangat bermakna ni ^_^

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****