🌸 CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KELIMA - AHAD, 8 DISEMBER 2024 🌸
Sambungan entri terdahulu —> Jalan-jalan di Ueno Park, Ueno, Taito City
Selepas menikmati keindahan suasana pagi di Ueno Park, kami berjalan kaki ke Ameyoko Street. Kalau perasan (menerusi catatan terdahulu), sudah beberapa kali kami ke Ameyoko Street. Ini kerana lokasinya berhampiran dengan Ueno Station - stesen tempat kami turun/naik tren selama tiga hari menginap di Ueno.
Kalau sebelum ini kami ke sini cuma membeli buah/makanan untuk dimakan ketika berada di Tokyo, tetapi hari ini kami ada misi - membeli oleh-oleh. Lebih tepat - menambah oleh-oleh yang sudah dibeli di tempat lain 😁
Hampir pukul 10.30 pagi, rata-rata kedai di sini sudah beroperasi dan dikunjungi orang ramai.
Dalam foto di atas ni pula nampak agak lengang sebab kami masuk lorong yang kurang pengunjung.
Kami berjalan dari satu lorong ke satu lorong lain sambil memerhati kedai yang menawarkan barangan cenderamata.
Antara pilihan barangan cenderamata yang terdapat di sini.
Tote bag kain dengan motif budaya Jepun. Kami beli 15 buah beg, dapatlah harga diskaun.
Fridge magnet dan lain-lain barangan cenderamata. Bukan semua barangan buatan Jepun ya, ada juga buatan China. Kalau memang nak buatan Jepun sahaja, kena membelek info pada setiap barang atau bertanya terus kepada penjual.
Tak susah nak membeli di Ameyoko Street ni kerana rata-rata penjual yang kami temui boleh faham bahasa Inggeris. Semua barangan terdapat tanda harga yang jelas, sangat memudahkan kita untuk membuat keputusan pembelian.
Kalau kalian berkunjung ke Tokyo dan tak tahu di mana nak membeli cenderamata, bolehlah datang ke Ameyoko Street yang terletak di Ueno, Taito City.
Selesai membeli oleh-oleh, kami menaiki tren di Ueno Station menuju Ginza Station untuk ke lokasi seterusnya.
Suasana di lintasan pejalan kaki di Ginza, Chuo City.
Sebelum ini kami ke Ginza untuk ke tempat membeli-belah, tetapi kali ini kami ke Ginza untuk ke sebuah restoran makanan Jepun yang terletak di Tokyu Plaza. InsyaAllah catatannya di entri seterusnya.
Seronok shopping ni. Jepun banyak ole² menarik dan kualitinya bagus. Senang pergi tempat yang kita pernah pergi, tak sesat. Dekat pula tu. Nampak selesa shopping di sini. Urusan jual beli pun mudah.
ReplyDeleteBanyak memborong kak, yelah nak sampai ke sana entah bila ya
ReplyDeletearitu bos blk dr jepun dia belikan beg utk staffnya..lastweek ada geng blk jepun juga belikan ole2 biskut kapal
ReplyDeleteSeronoknya...dulu2 angan nya nak belajar kat Jepun, tapi angan je lah...malas belajar...hahaha
ReplyDeletekita org datang area ni tapau biskut kapal
ReplyDeleteBarangan buatan China merata negara ada. Itulah, kalau terlupa nak belek... kadang terbeli juga.
ReplyDeleteCantiknya totebag tuuu!
ReplyDeleteHaha stress jugak kan nak cari barang yg made in japan. Banyak made in china je semuanya
Bestnya shopping ole2 Jepun. Dapat FM pun dah best.
ReplyDelete