Friday 17 January 2020

Penulis Novel Kegemaran | Ramlee Awang Murshid

Bila sebut 'penulis novel kegemaran',  itu bermaksud kita gemar segala hasil karya penulis tersebut. Asal ada terbitan terkini je, kita sibuk nak beli. Kalau terbitan yang terdahulu pun kita sibuk cari. Kita rasa nak baca semua hasil karyanya. Sehingga akhirnya kita jadi pengumpul koleksi novel penulis tersebut.

RAMLEE AWANG MURSYID 
Saya minat membaca pelbagai jenis buku termasuk novel. Untuk kategori penulis novel Malaysia, buat masa sekarang saya masih meletakkan Ramlee Awang Mursyid (RAM) sebagai penulis novel kegemaran saya.

Koleksi novel karya RAM milik saya.

Saya mula mengenali novel RAM sekitar tahun 2006, sewaktu membelek deretan buku di Perpustakaan Awam Kuala Pilah. Saya dah lupa tajuknya, tapi itulah 'perkenalan' pertama yang seterusnya membuat saya jadi peminat karya RAM.

Bermula dengan membaca buku-buku RAM yang dipinjam dari perpustakaan, saya seterusnya mula membeli sendiri.

Siapakah RAM?
Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 merupakan seorang penulis novel berunsur thriller dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar tahun 1986-2010. Ramlee Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah. Novel pertama beliau - Igauan Maut telah diterbitkan pada tahun 1995.

Daripada lebih 30 buah novel RAM, saya memiliki 24 buah termasuk novel pertama beliau. Sehingga hari ini, ia menjadi sebahagian daripada koleksi buku kesayangan saya. Tersusun di rak dalam sebuah bilik, tak boleh orang pinjam (kecuali orang yang dipercayai je). Hehe...terpaksa kedekut untuk koleksi begini sebab kalau berlaku kerosakan, boleh kemurungan!

Untuk sebahagian buku lain, memang saya letak di rak buku ruang tamu. Tetamu datang boleh membaca atau pinjam bawa pulang. Kot rosak atau lupa pulang semula pun saya tak marah, bukanlah tak sayang tapi memang niat untuk bagi orang baca.

Siri Laksamana Sunan
RAM ada menghasilkan novel bersiri epik thriller iaitu Siri Laksamana Sunan. Ia menjadi antara novel bersiri kegemaran saya.

8 buah novel dalam siri Laksamana Sunan. Yang ke 9 saya baru order, dijangka dapat bulan depan. Sebenarnya dah jual dari tahun lepas, tapi saya terlepas keretapi..hehe.

Ok, siapa geng dengan saya (peminat karya RAM)? 😊


10 comments:

  1. penulis popular tuu.. tp wak dh lama x beli n baca novel camni

    ReplyDelete
  2. banyaknya koleksi..tak pernah lg baca karya RAM ni..ramai kata best..lain dari yg lain..

    ReplyDelete
  3. saya,saya.... dana pun peminat RAM kak, dana mula beli novel RAM masa dana belajar kt Uitm Jengka dulu tahun 2002 dulu, novel pertama dana tak ingat tapi novel dia yang lama-lama tu dana ada semua, suka dengan cara tulisannya jugak antara novel dia paling latest yg dana ada, nama tajuk Raudhah keluaran tahun 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak punya Latest - Imaginasi, 2017😅
      Sbb lps tu fokus kumpul novel penulis lain yg baru akak kenal & suka.

      Thn ni beli jugak sbb novel Saifudin Jalis tu siri Laksamana Sunan..hehe. tapi bln feb nantilah baru dapat.

      Delete
  4. Ramai kata penulisan RAM sangat best dibaca. Saya ada 3 je novel RAM ni.

    ReplyDelete
  5. banyak koleksi kak ujie.. mmg sedap baca novel die.. cara susunan ayat die mmg terer,..heheee

    ReplyDelete
  6. yes saya pun suka dia. gaya penulisan dia tu, takleh nak gambarkan perasaan dapat baca novel karya dia tu rasa camna :D

    ReplyDelete
  7. I really love his novels but dah jarang dpt baca

    ReplyDelete
  8. saya malas baca buku jadi saya support mereka2 yang suka membaca =)

    ReplyDelete
  9. saya emmang meminati karya beliau.. Buku pertama yang saya baca bertajuk Ungu Karmila..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****