Semasa ke Kuala Lipis pada hujung Disember lalu, saya dan suami menginap di sebuah hotel bajet - Hotel Bestari Prima. Walaupun bertaraf hotel bajet, tetapi servis yang diberikan sangat bagus.
Kami ambil bilik 'Double Room' - sebuah bilik dengan keluasan yang memuaskan, kemas dan bersih. Lengkap dengan ruangan gantung pakaian, senanglah saya gantung baju/tudung yang dah diseterika untuk pakai esok hari.
Bilik air yang bersih dan berkeadaan baik.
Hotel ni tak menyediakan kawasan parkir khas, perlu parkir di petak berbayar. Pihak hotel siap bagi sekeping kupon letak kereta untuk penggunaan 1 jam, oklah daripada langsung takde.
Sarapan pagi turut disediakan. Inilah ruangan kecil untuk tetamu hotel bersarapan pagi. Bersih, kemas, lengkap semuanya. Sarapan dengan pilihan bihun goreng/nasi lemak/roti dan 2 jenis minuman panas. Walaupun ringkas tapi cukup memuaskan untuk sebuah hotel bajet. Semuanya layan diri - ambil makanan minuman, lepas siap tu buang sampah dan basuh peralatan makan disinki. Memang takde notis arahan, tapi faham sendirilah bila tengok ada sinki yang lengkap gitu dan meja makan terhad (kita bersihkan untuk kemudahan orang seterusnya).
--------------------------------------------
Kadar harga bilik di sini. Melalui pembelian di Agoda, kami cuma bayar sekitar RM67 untuk bilik jenis 'Double Room'. Oh ya, kat hotel ni perlu deposit RM20 (dikembalikan masa check-out).
Satu lagi yang bagus kat sini, siap dapat suratkhabar. Awal pagi dah ada suratkhabar Berita Harian dimasukkan ikut bawah pintu bilik. Terkejut jugak saya, sebab tak pernah lagi duduk hotel bajet tapi dapat suratkhabar. Terus tekun membaca, maklum je dah lama tak beli/baca suratkhabar 😄.
Untuk sesiapa yang perlukan hotel bajet di Kuala Lipis, bolehlah cuba menginap di Hotel Bestari Prima ni. Hotel bajet dengan servis terbaik 👍
bagusnya dapat suratkhabar..membantu industri suratkhabar...bilik air pun besar..puas hati..
ReplyDeletebagusnya kak walaupun hotel bajet, harga pun berpatutan dan selesa... jarang hotel bajet siap ada sarapan lagi... walaupun tak banyak tapi kira ok sangat lah tu kan...
ReplyDeletemenarik nya. dah macam servis hotel mewah ^_^
ReplyDeleteI love clean places.
ReplyDeleteharga sangat berbaloi untuk segala kemudahan dan kelengkapan..
ReplyDeleteyang penting bersih..
baru je check in sini . mmg bersih dan serba lengkap walau ia tak mewah :D
ReplyDeleteBaguslah hotel ni, masih kekalkan prestasi baik.
Delete