Wednesday, 22 January 2020

Singgah Sebentar di Taman Negara Sungai Relau/Merapoh

Dalam entri INI, saya ada menyebut mengenai Taman Negara Sungai Relau/Merapoh. Saya ni memang suka ke taman-taman negara. Jadinya alang-alang dah lalu Merapoh untuk ke Dabong, haruslah saya ajak suami singgah di taman negara di Merapoh. Niat saya cuma nak melihat-lihat dan ambil info je, sebab memang belum pernah sampai dan tak banyak info hasil carian di internet.

Perjalanan melalui Lebuh Raya CSR (Central Spine Road) disajikan dengan pemandangan bukit batu kapur yang indah.

'Selamat Datang Ke Gua-Gua Merapoh' - nampak perkataan gua tu je dah buat saya excited! Kami tiba di sini jam 3.55 petang. Menurut info di situ, terdapat 100 buah gua yang terletak dalam pekan Merapoh dan 23 buah darinya dikenalpasti untuk aktiviti pelancongan. Memang patutlah banyak gua, sebab sepanjang jalan nampak bukit batu kapur je.

Perjalanan diteruskan. Kali ni jalannya sunyi tanpa kenderaan lain. Risau jugak kot salah jalan. Tapi lepas tu rasa okey bila nampak ada sebuah motorsikal yang melalui jalan yang sama.

Melalui ladang sawit di kiri kanan jalan. Pastu kena 'roadblock' oleh kumpulan lembu.

Alhamdulillah...jam 4.04 petang selamat tiba di Taman Negara Sungai Relau/Merapoh, Pahang. Memang berbeza dengan Taman Negara Kuala Tahan, Pahang yang nampak 'hidup' dan lebih menarik.

Saya kemudiannya masuk ke pejabat taman negara untuk bertanya info lanjut aktiviti di sini. Senanglah kan bila-bila kot berkesempatan datang sini lagi.

Senarai bayaran yang dikenakan. Saya bertanya pada staf bertugas mengenai info perubahan bayaran permit masuk (dari RM1 kepada RM30 untuk tahun 2020), menurutnya mereka belum terima sebarang arahan rasmi. Jadinya bayaran permit masuk masih kekal RM1. Sempat jugak saya bagi pendapat, RM30 terlalu tinggi untuk warganegara. Sepatutnya ada dua kadar berbeza - warganegara dan bukan warganegara. Memang la bukan staf tu yang buat keputusan,  tapi saya nak luah rasa jugak..haha!

Hasil bertanya dengan staf tadi, inilah info aktiviti yang boleh kita lakukan jika berkunjung ke sini :

✔mendaki Gunung Tahan.
✔eksplorasi ke gua-gua (perlu call awal untuk set masa dengan jurupandu).
✔bermain dengan ikan Kelah di santuari Kelah (boleh walk-in sebelum jam 3 petang dan menaiki pacuan empat roda untuk ke santuari).
✔trekking hutan (jarak 500 meter, tak perlu jurupandu).

Lepas dapat info dan melihat-lihat sekitar (takde apa nak lihat pun sebab tak nampak sungai atau trek hutan dari pejabat taman negara), kami bergerak untuk meneruskan perjalanan ke Dabong.

Insya Allah ada rezeki saya teringin nak masuk ke gua-gua di Merapoh ni. Selama ni tak tau bahawa Merapoh menyimpan khazanah alam yang tidak ternilai. Semoga ia kekal dipelihara untuk generasi akan datang.


*Merapoh...untuk anda pencinta eksplorasi gua*


7 comments:

  1. ini tempat yang saya mungkin tak kan jejak, tengok dari jauh je suka dari dekat tak minat... dana tak suka sangat dekat dengan hutan... banyak serangga yang buat bulu roma naik kak heheheh

    ReplyDelete
  2. kalo dekat wak mukin dh terjah nih.. menarikk

    ReplyDelete
  3. subhanallah. cantik nya pemandangan. saya suka ^_^

    ReplyDelete
  4. nak ikut, seronok nya pg tempat macam ni

    ReplyDelete
  5. Belum pernah sampai sini lagi
    Cantik pemandangannya

    ReplyDelete
  6. selalu lalu je Merapoh bila nak gi KL tp cuma singgah nak makan n solat je. nanti la nak gi melawat taman negara kat situ..

    ReplyDelete
  7. sungguh banyakkk gua tuuu kalau nak terjah kan..
    negara kita banyak juga nature yang cantik2.. semoga kekal terpelihara..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****