Monday, 4 February 2013

Terkena

Semalam ke Alamanda, Putrajaya. Siap membeli barang-barang, saya dan suami terus menuju dengan yakinnya ke tempat letak kereta sambil di tangan masing-masing menjinjing beg plastik. Tapi seketika kemudian kami jadi sedikit cuak, kereta kami tiada di tempat sepatutnya. Kami berpecah, masing-masing memeriksa tiap barisan tempat letak kereta. Tiada! Kami pergi ke tempat parking aras lain, kali ni suami je yang mencari dan saya cuma menunggu di tepi dengan beg-beg plastik. Dari hujung ke hujung mencari, masih tak jumpa. Teknik imbasan semula gagal mengenalpasti di aras mana kami parking. Kami pergi ke aras lain pulak, sekali lagi suami yang pergi mencari dan saya menunggu. Alhamdulillah...tak lama kemudian suami berpatah balik dengan muka ceria. Sampai di kereta, kami ketawa sebab tak pernah jadi kes begini sepanjang ke Alamanda! Betul-betul terkena.

Imbas kembali, beberapa jam sebelum itu...
Kami baru tiba di kawasan letak kereta Alamanda, kereta bergerak mencari parking. Penuh. Kereta bergerak ke aras lain pulak, juga penuh. Kami berpatah balik ke aras sebelumnya, mengharap ada yang kosong. Ada sekali tu kami nampak seorang perempuan menjinjing beg-beg plastik menuju ke kereta, mestilah dia dah selesai berbelanja kan. Kami ekori langkahnya. Tiba di sebuah kereta, perempuan tadi berhenti. Kemudian dia kelihatan melihat-lihat sekeliling dan berjalan semula seperti mencari-cari. Adush! Macamanalah dia boleh lupa letak kereta sendiri kat mana? Kalau tak kita mesti dah dapat parking. Saya dan suami berkata-kata.

Pengajaran cerita...jangan cepat kata/kutuk orang. Kita tak tau apa masalah mereka yang sebenarnya. Kali ni betul-betul terkena! Insaf.


p/s: Sorry, cerita punya cerita...berjela pulak entri ni.

32 comments:

  1. dulu selalu terkena kalau pergi alam sentral... mmg mabuk cari parking...

    ReplyDelete
  2. aku ni bila parking kat shopping complex, perkara pertama bila keluar kereta mesti tengok nombor kat tiang. atau pun snap satu gambar tiang yang terdekat.

    *pernah berlaku kat mid valley. berpeluh jugak la...

    ReplyDelete
  3. Takde la berjela mana pun entry ni.

    Hahaha.. Kan dah dibalas cash.

    ReplyDelete
  4. Memang panik kalau cari kereta di tempat parking tetiba tak ada. Blur jadinya kan...

    ReplyDelete
  5. MASYA:
    kalau pegi tghari gitu la jadiknya..parking pun dh penuh.

    SM:
    kalau kat tmpt yg jarang pegi mmg wajib amik gambar, ni sbb tmpt yg biasa pegi..confident je lah. ^__^

    LYD:
    kan..cpt je kena balas. Amik!

    ReplyDelete
  6. Saya mmg cuak kalau x jumpe kereta...huhu...mau lemah kepala lutut...patah kaki tangan...

    ReplyDelete
  7. KAKZAKIE:
    mmg blur..tak tau nak fikir kat mana sbnrnya keta?

    SITI NADIRA:
    hehe..mcm nak lemah jantung.

    ReplyDelete
  8. pernah jugak terjadi ngan ktorang kat CT Square...memang cuaklah time tu...

    ReplyDelete
  9. wak pon penah lupa parking Klcc ktne jugak,,, ahhkk

    ReplyDelete
  10. pernah terkena sekali...lepas tu sering beringat kat mana letak kete n ingat no tiang kat parking tu..

    ReplyDelete
  11. kebanyakan kalau parking bertingkat ni mesti terkena..kadang2 dah siap jalan merata baru teringat "eh tadi parking kat tingkat brape?" ha pastu berpeluh la cari kereta hehehe

    ReplyDelete
  12. alahai kak ujie... itulah kan, adakalanya kita terdetik dan termengata org. bila terkena diri sendiri baru tau... pernah juga kena pada en suami...

    ReplyDelete
  13. Dushhh! Takpe....pengalaman tu yg mahal tu...dari pengalaman, kite belajar kan?

    ReplyDelete
  14. ooo..ok..pham2x...mgkn tu la kot.pasni tak pyah ckp apa dh klu crik parking...hihihi

    ReplyDelete
  15. haha..sye pn pnah kena tym kt ikea hari tu..cuak cari kete tak jumpe..rupenye salah aras..

    ReplyDelete
  16. belum pernah lagi alami situasi mcm ni..tapi pengajaran cerita ni bagus jg..utk peringatn diri sy juga.tq kongsi citer ini:)

    ReplyDelete
  17. Pernah juga jadi sekali macam tu dulu masa parking kat area Bt Bintang. Ingatkan kereta dah hilang, hampir nak buat report polis. Sejak itu sampai sekarang JR akan catat nombor tiang bagi mengelakkan pisang berbuah 10 kali...

    ReplyDelete
  18. assalam ujie..betul kan ujie..baru kita cakap kita pulak dah tak ingat..tu yang acik risau tu..selalu kalau dah parking..acik siap catit kat mana dan aras berapa..buku kecik ada je dalam beg acik..sebab dah tua2 ni acik kerap lupa

    ReplyDelete
  19. tu la pasal kadang2 kita lupa aras mana kita park... saya pernah terkena kat midvalley

    ReplyDelete
  20. lepas ni kena patahkan ranting2... buat tanda supaya jgn sesat lagi...

    ReplyDelete
  21. kih2..ni la org kata 'byr cash!' hahahaha

    ReplyDelete
  22. Mesti dah cuak sgtkan masa nie.....

    ReplyDelete
  23. penah terkena kat mines dedolu..
    pengajaran :)

    ReplyDelete
  24. haha lol, akak ni, saya ingat kereta hilang ke apa tadi, lupa ruapanya :P

    ReplyDelete
  25. Mesti masa tu gabra giler kn...
    Tkut jugak mna lh tau kot2 kete kna curi

    ReplyDelete
  26. saya pun pernah kena macam ni kak..
    parking tempat lain..carinya tempat lain..
    memang cuak la sebab saya bawa kereta abang..
    mujur la jumpa juga kan..hehe

    ReplyDelete
  27. hahahaha..lau dh ramai sgt,tmpt parking pon bnyk, mmg kdg2 boleh lupa...hehehe

    ReplyDelete
  28. adoiyai..pengajaran yang berguna nih..hehehe..sy baru few times pergi alamanda and so far belum ade kejadian macam nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  29. pernah jugak jadi.. hihi.. bila dah terkena, sejak tu kalau parking, mesti akan ingat betul betul nombor kat tiang tu.. hihi

    ReplyDelete
  30. ahhhaa..
    sy memang kalah dgn parking nih..
    selalu lupa.. :)

    ReplyDelete
  31. alahai Che Din angah pun selalu lupa tempat parking...

    ReplyDelete
  32. betul tu kak.. skrng ni apa yg kita lakukan di bayar cash jer hehe... peringatan utk diri sendiri gak nie

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****