(sambungan entri ke Taman Negara, Kuala Tahan)
Entri sebelumnya DI SINI dan DI SINI.
Entri sebelumnya DI SINI dan DI SINI.
Alhamdulillah bangun paginya kaki dah kurang sakit, bolehlah meneruskan plan untuk ke LATA BERKOH & KELAH SANCTUARY. Semalam dah buat tempahan dengan satu travel agent untuk sewa bot awal pagi ni.
8.30pagi- kabus tebal & udara yang nyaman. Malam tadi hujan lebat. |
Sampai di premis terapung travel agent tu, boleh pulak dia minta bayaran RM180. Semalam sebut RM160. Melalui pembacaan di internet memang RM160 untuk satu bot kecil (4 penumpang). Macam-macam alasan dia beri untuk tambahan RM20 tu. Ikutkan hati memang nak cancel. Tapi atas faktor kami memang nak cepat (kononnya lepas dari Tmn. Negara nak ke Gua Gelanggi) dan masih awal pagi susah nak cari bot lain, maka terpaksa terima RM180. TIPS: Cari pemilik bot, elak guna orang tengah (agen).
Sepanjang menyusuri Sungai Tahan ni, memang saat yang sangat indah! Tak terucap dengan kata-kata. |
Untuk melalui Sungai Tahan ni, selain pemandu bot perlu ada pembantu (yang duduk di hadapan bot). Sebab airnya agak cetek dan kadangkala melalui tempat yang penuh batu, pembantu perlu guna dayung. Cuma masa kami pergi ni, paras air lebih tinggi daripada paras normal disebabkan musim hujan.
KELAH SANCTUARY
Dari jeti ke sini dalam 30 minit...
1- Kita kena berdiri kat sini dan campakkan makanan ikan. Kalau kita nak masuk dalam air boleh, tapi agak bahaya sebab dalam. Lebih-lebih lagi musim hujan.
2- Airnya gelap, jadinya tak dapat nampak ikan secara jelas. Cuma nampak riak ikan di permukaan air. Saya boleh bayangkan ia besar berdasarkan kocakan air.
3- Inilah ikan Kelah. Tengok dalam akuarium kat situ.
LATA BERKOH
Jarak dari Kelah Sanctuary tadi kira-kira 10 minit naik bot, kalau tak silap saya. Kat sini kami menerima kejutan, bot cuma berhenti di suatu tempat dan kita kena berjalan kaki untuk ke Lata Berkoh! Aduhai...semalam terpaksa mendaki, pagi ni terpaksa berjalan dalam hutan. Dah bayar mahal, haruslah diteruskan. Lagipun salah saya sebagai pencari info.
1- Memulakan perjalanan. Boatman kata jaraknya kira-kira 800 meter, 15 minit perjalanan. Dan dengan pesanan hati-hati licin, kalau boleh JANGAN mandi kat Lata Berkoh (arus deras, batu licin). Ayat last paling tak best...lepas hujan ni banyak pacat!
2- Antara laluan kami. Ikut je trek yang tersedia. Masa ni memang tak ambil gambar sebab sibuk perhatikan laluan yang nak dipijak. Akar berselirat dan tanah licin. Saya nampak banyak cendawan warna kuning cerah, cantik tapi tak larat nak berhenti amik gambarnya.
3- Inilah LATA BERKOH. Akhirnya setelah lebih 20 minit berjalan, baru tiba. Memang cantik dan buat kita geram nak main air. Kat sini kami cuma bergambar je. Masa asyik bergambar nilah saya rasa ada benda bergerak kat kaki...
Dah tak sedap hati, kami menuju ke pondok berhampiran. Suami yang tolong check sebab saya tak sanggup. Tengok-tengok ada beberapa ekor pacat! Seekor dah selamat menghisap darah, dan yang lain sempat dibuang. Mujur suami bawa pisau, kalau tak memang susah nak tanggalkan pacat yang tengah menghisap darah. Rasa nak menangis pun ada, geli tengok pacat bergerak kat sekitar kami.
Terus hilang mood, kami pun cepat-cepat berjalan balik. Saya melangkah laju-laju sampai suami beberapa kali minta slow sebab dia tak terkejar. Punyalah laju, kami sampai ke bot semula dalam masa tak sampai 15 minit! Kelakar pun ada, takut punya pasal.
Damai...tenang. |
Perjalanan balik...dengan berat hati. Masa ni dah mula ramai pelawat yang datang. (bawah) antara pokok mati yang menarik perhatian...siap boleh nampak akar-akarnya yang berselirat. |
-------------------------------------------------------------------------------------------
Balik chalet cepat-cepat check pacat. Jumpa lagi satu bekas gigitannya, masih berdarah. Sebab dah terkejut dengan serangan pacat dan kaki pun sakit semula, plan ke Gua Gelanggi ditunda ke lain masa. Insya Allah...
Tips:
- Kalau nak jimat, boleh berjalan kaki. Tak perlu sewa bot. Tapi fizikal kena mantap dan perlu masa yang cukup. Cth: ke Lata Berkoh naik bot cuma 40 minit, jika berjalan mengambil masa beberapa jam untuk jarak 8 km.
- Bagi yang kurang mampu dari segi fizikal, masih boleh mengikuti aktiviti ringan seperti melawat penempatan Orang Asli.
- Bagi pencinta hutan, laluan Sungai Tahan (menuju ke Lata Berkoh) adalah tempat yang MESTI pergi. Alam semulajadi yang memukau pandangan.
syok nyer!
ReplyDeleteyg penting berseronokkan !
ReplyDeleteKalau dapat duduk sekali kat batu-batu yg meangalir airnya alangkan nyamannya Ujie. Tak bawa bekal baju ke? Macam tak puas kalau tak mandi. Airnya nampak cantik...
ReplyDeleteKakzakie:
ReplyDeleteSaya mmg duduk2 je, ikut hati nak baring2 tapi segan sbb ada boatman kat situ. Suami je yg berpeluang.
masa ni banyak aktiviti dkt air ye :D..besnyerr dpt buat aktiviti mcm ni...
ReplyDeletect suka jungle trekking tp paling xsuka dgn pacat...huhuhu
Bestnye tengok...bilalah dapat buat aktiviti macam ni...gelinye dengan pacat...
ReplyDeleteKelah Sanctuary tu saya ada tgk dokumentari nya di TV...mmg best bagi ikan2 kelah tu makan kan...
ReplyDeleteair terjun Lata Berkoh tu sangat best...cantik...kaki fotografi mesti suka ke sini...
Saya tertanya tanya, bahaya tak jalan kaki area sini..ye lah, tiba2 saya terfikir pasal harimau...hahaha
cantik pemandangan...
ReplyDeletecantik sangat gambar yang ujie snap :)
ReplyDeletecantiknya lata berkoh tuu ..
ReplyDelete;) damai je rasa ...
Indah sungguh, tgk gambar teringin plak nk g mandi air terjun =)
ReplyDeleteni kalau peminat hutan mesti meronta2 nk pegi nih. dlu masa skolah rajin gak la ikut trip panjat itu ini.sekarang xde dah..ditaja sepenuhnya pun kena pk 10kali gak nk pg ke tak..hehe
ReplyDeleteMemang saya tak pegi la tempat gini. Kekeke. Saya ni memang lembik orgnya. Kalo pegi pun mesti akan menyusahkan ahli kumpulan. Dgn pacat lagi. Trr..trrr.. Pacat gigit sakit kan? Kalo lintah tak sakit. Tapi geli.
ReplyDeleteRM180 tu ujie dgn husband je la yg naik bot tu? Atau ada pelancong lain yg join?
hutan lah tempat paling best nak rehat minda..
ReplyDeletetang pacat tu yang tak tahan tu..
aduh..
ReplyDeleteteringat time mendaki dulu..
saya kena 9 gigitan pacat!..
huaaa... gelinya tuhan je yg tau..
Pergi ke tempat macam ni kena ramai ahli rombongannya baru meriah. Maklumlah dalam hutan...
ReplyDeleteTeringin juga nak ke sini suatu hari nanti...
Masa kecik2 dulu JR selalu derma darah kpd lintah di dalam sawah, maklumlah anak tani. Bila nampak lintah datang, sengaja tadah kaki utk dihisap darah, kata org tua2 ia baik utk kesihatan...
ReplyDeletebestnya...kami pi taman negara tak sempat p kawasan ni...=D
ReplyDeleteDaddy Z:
ReplyDeleteYg kat tv tu rasanya Kelah Sanctuary kat Tasik Kenyir. Yg tu mmg best.
Tak bahaya kot, sbb tu pelancong bebas utk jln kat trek yg disediakan.
Lyd:
Tak sakit tapi kesan dia agak dlm, dan jd gatal.
Yup, bot tu kami berdua je pelancong. Cari pelancong lain tapi tak ngam masa pulak.
Lia:
9 ? Sgt byk tuu..geli dan seksa lps tu.
Mie:
Nak tunggu ramai mmg tak pegila..tak jumpa geng yg suka masuk hutan dan sekepala.
JR:
Yelah..org ckp pacat pun gitu. Hisap darah kotor.
Nini:
Awak mesti pegi canopy & rapid shooting tu ya..