Antara aktiviti sempena cuti CNY lalu...jual suratkhabar/majalah/kotak. Biasanya jual kat orang naik lori tu, tapi sejak tahun lepas lori tu dah tak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan saya atas alasan keselamatan. Nasib baik kat TESCO (Nilai) ni ada Pusat Kitar Semula, bolehlah jual kat situ.
Yang jaga kat pusat ni seorang OKU. Lelaki bangsa Cina dengan berkerusi roda dan fasih berbahasa Inggeris. Waktu operasi kalau ikut yang tertulis kat dinding tu, setiap hari dari pukul 10pagi hingga 10malam. Harga jualan kertas (masa saya pergi aritu) 20sen untuk setiap kilogram. Hasil jualan yang kami dapat- RM10. Bolehlah buat ngeteh kat kedai biasa. Yang penting, nak bagi clear rumah. Lagi satu kalau nak jual TV rosak/lama kat sini pun boleh. Tapi cuma dapat RM4 je lah, orang tu kata cuma untuk tolong kita lupuskan TV semata.
Sebenarnya suratkhabar jadi banyak kat rumah saya bukan sebab beli. Kalau beli pun ada la sesekali, yang jadi banyak sebab suratkhabar The Sun yang suami ambil kat stesen LRT masa pergi kerja. Dah bagi free kan, ambik je lah. Lepas tu kalau ada kotak ubat gigi dan seumpamanya pun saya kumpul sekali dengan suratkhabar. Boleh jual sekali. Kononnya nak selamatkan bumilah tu, nak kurangkan sampah.
p/s: Ada yang masih bercuti? Berbahagialah sesiapa yang masih bercuti kat kawasan tempat tinggal saya ni, sebab dari pagi tadi hujan dan langit pun suram je...^__^
the sun suratkhabar percuma yang banyak iklan. hehee...
ReplyDeleteSM:
ReplyDeletebetul, isinya sikit je kan. Tapi iklan2 tu la yg membolehkan the sun percuma.
kerja!kerjaaa...
ReplyDeleteUjie... kakak pun jual semua kotak-kotak yg kakak dapat hasil dari membeli barang keperluan. Botol-botol syampoo/minyak dsb pun kakak jual juga. Tempat kakak ada lori laung-laung sepanjang jalan.
ReplyDeleteDari buang gitu dapat 10 ringgit dah kira banyak.
MRS EADY:
ReplyDeleteKerjaa..satu ibadah..:)
KAK ZAKIE:
Oohh..botol syampu pun boleh jual rupanya. rugi tak jual nih..
tempat ktorang stiap minggu ada lori dtg amik..botol2 minyak & shampoo pun diorang amik jugak..
ReplyDeleteTempat ktorang ni pun mendung jer..hari2 hujan...
dapat duit jugakkan.. daripada membuang gitu jer.. selamatkan alam hihihihihi.....
ReplyDeleteRM10??kira bayak gak laa tu..dulu sy rajin gak jual2 paper nie tapi bila zaman dah moden nie jarang dah beli paper..semua baca kat internet..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Bagus..boleh menjana wang...Saya selalu balik Nilai rumah mertua, tak perasan pula ada pusat ni di Tesco..boleh la jual kat sini..:)
ReplyDeletehhahaa.. sy amik cuti tambahan,, yahooo... :)
ReplyDeleteDaddy Z:
ReplyDeleteBgnn ni terpisah dgn bgnn tesco, dan agak jauh. Tu yg tak perasan. Saya pun baru2 ni je perasan.
wak pon byk suratkabar lama kt umah tuuu.., ehHHHe
ReplyDeletedari buang saja2 boleh jugak dpat hasil kan kak..go green..tapi kalo yana kat umah bakar jer..kikiki
ReplyDeleteRM10 pun duit kan..... ngeteh dah lepas utk 2 org
ReplyDeleteassalam uije..acik dah kerja dah..tak cuti pun..
ReplyDeleteKalau dekat nak jugak gi hantar. Byk barang boleh kitar semula ni.. Hehe
ReplyDeletememang seronok kan kalau cuti3 ni hujan.tapi ros dah abis cuti..:) huhuhu..
ReplyDeleteMinggu lepas JR jual kotak dan surat khabar lama, hampir penuh satu kereta dapat cuma RM9 lebih, lepaslah beli ais krim utk budak2....
ReplyDeleteok jugak tu dapat 10 ringgit...
ReplyDeletesurat khabar tak ada khabar melainkan khabar iklan je bersepah tu..haha
ReplyDeletealhamdulillah....rezeki kitar semula tu.
ReplyDeleteOo.. ada eh pusat kitar semula kat tesco? Kalo tin aluminium boleh jual tak kat situ?/
ReplyDeleteLYD:
ReplyDeleteboleh. tapi cuma RM2 sekilo. Kami dah bwk, tapi sbb murah sgt sanggup tak jual. Dulu2 pernah RM7/kg tau.
area umah saya xtau nak jual kat mana..ada lori masuk tapi mana nak dengar kalau umah nun atas langit.selalunya sy letak tepi tong sampah je sebab pernah nampak ada pakcik tua yg akan kutip benda2 recycle..kira sedekah kat dia je la hehehe
ReplyDelete:) yg pasti umah clear...hihihi
ReplyDeletesaya baru je bg kotak/surat khabar lama2 yg tahun lepas punya kat kawan suami...boleh dia jual. kalau sy dgn suami mmg malas nak angkut pi jual. dr buang je dlm tong smph baik bagi kt org kan..boleh gak diorg pi jual. niat lebih kurang mcm sedekah..boleh ke cmtu kak?
ReplyDelete